- bab 14 : RAHSIA ❞

29 3 5
                                    

Rizqi menjadi bualan para pelajar puteri pada malam semalam. Anis masih lagi tersengih- sengih sendirian kerana suara Rizqi terngiang-ngiang di kepala.

"Haish...untung betul siapa dapat cikgu Rizqi tu. Dah la tinggi, handsome suara sedap pulak tu bila jadi imam. Haih...untung...untung..." Bebel Anis sendiri.

"Ha berangan la tu. Sudah la tu Anis.....awak tu nak SPM ingat-ingat sikit." Pesan Farhana.

"Alah kau ni berangan kan free." Anis mencebik.

"Iyalah Anis ku sayang." Balasnya ringkas.

*************

Hampir sebulan setengah Rizqi mengajar di Sekolah Menengah Neo Science itu. Tinggal beberapa bulan lagi saja perkhidmatannya di sekolah itu. Apa yang membuatkan Rizqi lagi sedih adalah dia tidak dapat tinggal di sekolah itu sehingga peperiksaan SPM tamat.

Rizqi menghirup kopi yang dibuatnya sambil menonton televisyen. Tiba- tiba telefon Rizqi bergetar ada panggilan masuk.

"Hello?" Sapa Rizqi.

"Hello sayang...sorry la lama saya tak call awak. Busy sangat wak. Dah ke Johor ke KL pula kerjanya." Terang si tunangnya Sarah.

"Ok." Balas Rizqi ringkas. Moodnya dalam keadaan yang tidak baik sejak tunangnya ini tidak reti membalas mesej-mesej nya.

"Ok je? Awak ok tak ni?" Sarah bertanya.

"Tak payah nak caring sangat lah. Pergi je sambung kerja tu." Balas Rizqi. Suaranya mula kasar.

"Awak...marah ke....janganlah macam ni." Sarah memujuknya.

Talian terus dimatikan oleh Rizqi. Panas pula hatinya tiba-tiba tunangnya itu mahu mengambil berat tentang dirinya. Rizqi rasa seperti ada udang di sebalik batu tiba-tiba tunangnya sedikit berubah.

Keesokkan harinya selepas waktu sekolah, Rizqi menunggu Farhana dan Irfan di kelas tingkatan tiga untuk program mentor menti.  Tiba-tiba Irfan datang lebih awal seperti biasa.

"Assalammualaikum cikguku..." Sapa Irfan.

"Waalaikumussalam. Eh, awal pula kau? Tak sekali dengan Farhana?" Tanya Rizqi.

"Oh iya, Farhana tak join harini. Dia kena tolong cikgu hias dewan untuk program lusa." Terang Irfan.

"Oh...Irfan, aku nak tanya ni." Suara Rizqi mula serius.

"Apa dia?" Irfan tertanya-tanya.

"Kakak kau ada orang lain ke?" Rizqi bertanya sambil memandang tepat ke mata Irfan.

"Lah. Mana lah aku tahu. Tapi kenapa kau terfikir gitu pula?" Tanya Irfan.

"Entahlah. Tapi aku rasa dia lain sejak aku start jadi cikgu." Balasnya sedikit kecewa.

Irfan mengetap gigi. Ikutkan hatinya mahu saja dia beritahu kepada Rizqi hal sebenarnya. Tapi disebabkan amanah bapa dan kakaknya suruh merahsiakan dia terus berdiam diri tanpa memberitahu Rizqi hal yang sebenar.

"Maaf Rizqi aku harap aku boleh bagitahu kau tapi aku tak boleh. Aku harap kalau kau dah tahu kau tabah ya." Kata Irfan di dalam hatinya sambil merenung wajah Rizqi yang sedang menanda buku.

***************

Dewan sekolah mula dipenuhi dengan murid-murid. VVIP juga mula hadir. Bapa Farhana dikira juga sebagai VVIP sekolah. Tiba-tiba dia datang menegur Rizqi yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya.

"Assalammualaikum. Awak ke cikgu Rizqi? Cikgu praktikal kat sini?" Tanya bapa Farhana.

Rizqi sempat menjeling tag nama di baju blazer hitam itu. Tertulis nama Hamri di tag tersebut.

"Waalaikumussalam. Ya betul saya cikgu praktikal di sini." Balas Rizqi sambil menundukkan sikit badannya.

Farhana berjalan menuju ke dewan berselisih dengan bapanya. Farhana hanya senyum sedikit kepada bapanya. Rizqi menoleh kebelakang memandang Farhana lalu pandang semula kepada bapanya.

"Tuan kenal?" Rizqi bertanya.

"Dia anak saya." Balas Encik Hamri dengan mesra.

"Lah, anak?" Rizqi sedikit terkejut.

"Iya dia anak saya." Balasnya sambil memandang Farhana berjalan masuk ke dalam dewan.

"Patutlah..." Jawab Rizqi.

"Ha, cikgu dari mana?" En. Hamri bertanya.

"Kuala Lumpur." Balas Rizqi.

"Ahh...dekat- dekat jela kita....saya duduk Selangor." Tambah Encik Hamri.

"Tuan, dah boleh masuk dah sekarang ni, program dah nak mula." Kata seorang guru dari pintu dewan yang tidak jauh dari tempat Rizqi berbual bersama En. Hamri.

Entah kenapa pula hati Rizqi bila dapat tahu  En. Hamri itu adalah bapa Farhana terus berbunga-bunga hatinya.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now