Setelah berada di Singapura selama lima hari akhirnya Farhana dan abahnya pulang ke Malaysia. Sejak kejadian malam pertama di Singapura, Farhana sehingga sekarang tidak bercakap dengan bapanya. Farhana hanya memperdulikan dirinya sahaja.
"Hana, abah pergi kerja dulu. Jaga diri ya." Kata En. Hamri dari luar pintu bilik Farhana.
Farhana hanya mendiamkan diri. Dia masih tidak dapat menerima yang bapanya akan berkahwin lagi setelah enam tahun pemergian ibunya itu. Tiba- tiba Farhana mendapat flashback hari dimana sebelum ibunya menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Suasana sunyi di KPJ Sultan Shah. Jam menunjukkan pukul lima pagi. Banyak wayar dipasang di badan isteri En.Hamri. Tidak tinggal juga alat bantuan pernafasan. En.Hamri tahu nyawa isterinya itu bole diambil bila-bila masa sahaja. Di dalam hati dia berdoa supaya isterinya masih boleh bertahan.
En.Hamri duduk di tepi katil isterinya sambil mengusap lembut kepala isterinya itu. Walaupun dalam keadaan separa sedar, isterinya masih mampu memberikan senyuman kepada suaminya dan tidak lupa juga kepada Farhana. En.Hamri memegang erat tangan isterinya.
"A..abang, saya tahu saya dah tak lama. Saya cuma ada permintaan untuk abang." Ujar isterinya.
"Apadia sayang?" Balas En.Hamri lembut.
"Saya nak abang tolong jaga anak perempuan tunggal kita Farhana. Besarkan dia dengan kasih sayang, bukan dengan harta yang kita ada. Bimbing dia supaya dia jadi anak yang berjaya dunia akhirat. Boleh abang?" Soal isterinya
En.Hamri mampu menganggukkan kepalanya sahaja sambil menahan air mata daripada jatuh ke pipinya.
"Lagi satu abang, kalau saya dah tak ada ni, saya harap abang boleh cari kebahagiaan baru. Abang carilah sesiapa yang boleh gantikan tempat saya. Orang yang lebih baik saya yang boleh jaga abang dengan Farhana." Sayu suara isterinya
"Tak, abang tak akan cari yang lain. Tak ada siapa yang boleh gantikan sayang. Abang janji abang tak akan cari yang lain. Sayang cukup sempurna untuk abang. You're the only women I love dunia akhirat. Tak ada sesiapa yang boleh gantikan sayang. Kita jumpa dekat sana ya sayang." Balas En. Hamri lalu memberikan satu kucupan yang lama di dahi isterinya.
"Farhana anak ibu, dengar cakap abah tau. Jadi anak yang baik. Ibu doakan Hana kat syurga ok? Hana pun kena doakan ibu tau? Ibu sayang Hana sangat-sangat. Sini kita peluk jom." Farhana diberi satu pelukan yang erat lalu pelukan itu perlahan- lahan terlepas sambil nafas terakhir pun dihembuskan.
Air mata Farhana mengalir di pipinya, mengenangkan peristiwa yang sudah berlalu hampir 7 tahun ketika dia berumur 11 tahun. Lamunan Farhana terhenti apabila dia mendapat panggilan telefon daripada Rizqi.
"Hello Farhana? Awak okay? Saya text awak tak reply, saya call awak tak angkat. Apa yang jadi lepas awak balik dari Singapore ni?" Soal Rizqi
"Tak ada apalah. Saya ok je." Balas Farhana ringkas.
"Awak jangan tipu. Baik awak cerita apa yang jadi kat Singapore." Kata Rizqi seperti mendesak.
"Haih, kita jumpa petang ni. Nanti saya cerita semuanya." Balas Farhana sejurus panggilan dimatikan.
****************
"Ohh... macam tu, abah awak nak kahwin baru awak tak setuju sebab dia pernah janji dengan arwah mak awak dulu.... barulah saya faham.
" Tapi apa yang abah awak kata tu betul juga, nanti kalau dia dah tua awak dah kahwin siapa nak jaga dia semua.""Saya tak boleh la, saya tak suka. Tolong saya Rizqi. Saya nak cari kerja part time untuk tampung pelajaran saya nanti. Saya tak nak guna duit abah." Jelas Farhana.
"Awak serius ke ni? Awak betul nak lari dari abah awak? Pasal kerja saya tak kisah kita boleh cari kerja part time sama-sama."
"Ok takpe, nanti saya carikan kerja untuk awak. Kalau dah ade saya bagitahu awak. Tapi nanti awak nak pergi kerja macam mana?" Soal Rizqi."Hmm... entahlah. Aduh susahlah macam ni." Balas Farhana mengeluh.
"Takpe, kita cari kerja dulu. Dah ada kita fikir pasal transport pula. By the way saya pun nak sambung belajar juga." Kata Rizqi
"Wahh, dekat mana?" Tanya Farhana.
"Tak tahu lagi, tak tahu sama ada dalam atau luar negara. Mungkin ikut awak? Hahahaha...." Usik Rizqi.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...