Hari-hari rutin yang sama buat Farhana dan Rizqi. Farhana berjalan menuju ke kelas seperti biasa bersama kawan baiknya. Hari mereka berjalan dengan lancar begitu juga dengan Rizqi.
"Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Diminta semua pelajar tingkatan lima berkumpul di dewan sekolah. Sekian terima kasih."
Pengumuman itu diulang sebanyak dua kali melalui pembesar suara sekolah. Semua tingkatan lima segera menuju ke dewan.
Setelah selesai berhimpun, mereka kembali ke kelas. Taklimat yang hanya lebih kurang dalam 20 minit itu saja telah memenatkan mereka. Farhana bertembung dengan Rizqi lagi. Dia segera mengambil jalan lain supaya Rizqi tidak menyebut namanya lagi. Cukuplah dia sudah menyebut nama Farhana dengan kuat semasa dalam kelas beberapa hari yang lepas.
************
Selepas sekolah semua murid tingkatan lima diminta untuk berjumpa dengan mentor berserta pasangan mereka bagi sesi perkenalan. Farhana mengeluh sendirian. Betapa dia berasa sungguh malangnya nasib dia mendapat mentor seorang guru praktikal yang tidak sudah-sudah menyebut namanya.
Farhana dan Anis menuju ke haluan masing-masing. Dalam perjalanannya ingin berjumpa Rizqi, tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang sebaya dengannya datang memanggil Farhana.
"Hana." Panggil Irfan.
Farhana menoleh ke belakang. Dia berhenti melangkah apabila terlihat Irfan berjalan menuju kearahnya.
"Ye?" Jawab Farhana.
"Nak pergi mana?" Irfan bertanya.
"Jumpa Cikgu Rizqi kenapa?" Balasnya.
"Oh, kita satu mentor la ni." Kata Irfan.
"Entah." Jawab Farhana dengan ringkas.
Farhana meneruskan perjalanannya tanpa menghiraukan Irfan. Irfan hanya mengikuti Farhana dari belakang.
*************
"Baik kamu berdua. Ini modul kamu setiap subjek saya dah print kan. Ada masalah boleh datang jumpa saya." Kata Rizqi.
"Iqy, ajarlah aku math. Aku mana reti sangat math ni." Jawab Irfan selamba.
Farhana memandang Irfan dengan agak terkejut. Iyalah, tiba-tiba saja panggil Rizqi dengan nama panggil Iqy tapi Farhana hanya berdiam saja.
"Eh, kau ni. Ehe, sorry ye Farhana dia ni kawan saya dari kecil." Kata Rizqi kepada Farhana.
Farhana hanya mengangguk kepalanya.
"Dia ni kurang sikit dalam math. Jadi awak tolong dia ye. Saya tolong awak awak tolong saya kita tolong si Irfan ni. Kan awak berdua nak lulus SPM sama-sama kan. Kita mesti tolong sama-sama." Rizqi mula merepek mahu tutup malu Irfan memanggilnya Iqy secara tiba-tiba.
Selesai urusan mereka berdua dengan Rizqi, Farhana dan Irfan mengatur langkah pulang ke asrama. Rizqi juga mengatur langkah pergi ke keretanya. Sempat pula dia mengusik Farhana lagi sebelum farhana hilang dari pandangannya.
"Bye Farhana." Ucap Rizqi sambil melambai kepada Farhana.
Farhana menoleh ke belakang. Dia melambai kembali tetapi dengan lambaian yang agak janggal. Boleh naik muak Farhana jika Rizqi asyik menyebut namanya sahaja.
"Kau kenal cikgu Rizqi ke?" Farhana membuka topik.
"Haah. Kita orang kawan dari kecil dia satu kampung dengan aku. Kakak aku tunang dia." Balas Irfan sambil menggaru tengkuknya.
"Ha?! Jap. Bukan beberapa hari lepas dia ada datang sekolah ni kan?" Tanya Farhana lagi dengan agak terkejut.
"Ye ada. Malu sia aku dia buat macam tu. Aku buat-buat tak kenal jela dia tu kakak aku." Irfan merungut.
Perbualan mereka terhenti apabila mereka tiba dihadapan pagar asrama. Farhana terus meninggalkan Irfan dan masuk ke dalam aspuri begitu juga Irfan. Hati Irfan berbunga. Impiannya mahu bercakap dengan Farhana tercapai. Seperti kerang busuk Si Irfan tersenyum sambil berjalan menuju ke dormnya.
**************
Hati Rizqi sejak-sejak merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tunangnya. Selalunya dia akan menghantar mesej kepadanya setiap masa. Tetapi sejak-sejak ini jarang sekali mesej masuk kecuali mesej-mesej daripada grup sekolah dan lain-lain.
"Kenapa aku rasa macam something wrong? Aku rasa curiga dengan tunang aku sendiri. Ahh...lantak la perasan kau je tu Rizqi." Rizqi bercakap sendirian.
**************
"Aku Aqil Irfan." Irfan memperkenalkan dirinya kepada Farhana.
"Aku Nur Farhana." Balasnya
"Kau tak kesah kan kalau aku datang jumpa kau cuma untuk tanya pasal homework?" Irfan bertanya.
"Hm, takpe. Aku tak kesah." Balasnya
"Ehe. We, sorry lah kalau aku tanya pasal benda ni tiba-tiba. Aku just nak tahu, kau ada kawan lelaki ke?" Irfan bertanya lagi.
"Em...takda. Aku bukan selalu bercakap dengan lelaki. Tapi aku kenal je korang." Jawab Farhana melayan apa yang ditanya oleh Irfan.
"Tak, maksud aku kau ada boyfriend ke?" Jelas Irfan.
Farhana tersentap.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...