Farhana mula menggosok matanya cuba menahan mengantuk. Berbaki hanya tinggal 2 hari sebelum SPM bermula.
"Hana, sudahlah tu. Tidur jom. Dah lewat ni." Kata Anis.
Farhana terus berdiri dari lantai yang didudukinya lalu terus menyimpan bukunya di dalam beg sekolahnya lalu terus baring di atas katilnya.
"Hana, kita dah nak SPM 2 hari lagi, kau dah bagitahu cikgu Rizqi?" Tanya Anis.
"Belum. Esok aku bagitahu lah." Balas Farhana.
"Esok kau nak balik rumah ke?" Tanya Anis lagi.
Farhana tidak menjawab. Dia terus tertidur kepenatan. Anis lalu terus tidur setelah Farhana memulaukannya.
Keesokkan harinya, setelah habis waktu persekolahan, Farhana terus pulang ke rumahnya. Setiba di rumah dia melihat terdapat mesej daripada Rizqi di notifikasi telefonnya.
Esok SPM kan?- Cikgu Rizqi
Haah- Farhana
Goodluck ya ❤- cikgu Rizqi
Ok.- Farhana
Ok je?- Cikgu Rizqi
Ok jelah cikgu nak apa lagi?- Farhana
Hehe...tak ada apa. Bye.- cikgu Rizqi
Perbualan terus terhenti disitu. Farhana terus baring memerhatikan kipas yang berpusing itu. Memikirkan esok semoga baik-baik sahaja.
*****************
Keesokkan harinya, hari yang ditunggukan telah tiba. Semua murid tingkatan 5 diminta masuk ke dalam dewan peperiksaan memandangkan peperiksaan akan bermula dalam beberapa minit lagi.
Kedudukan Anis dan Farhana tidaklah berapa jauh hanya selang dua buah meja daripada kanan Farhana memandangkan dia duduk paling hujung sekali. Kertas soalan mula diedarkan oleh pengawas peperiksaan. Gemuruh rasa hati Farhana namun dia tetap yakin bahawa usahanya selama ini akan membuatkan hasil baginya.
"BAIK, SEMUA PELAJAR BOLEH MENJAWAB SEKARANG."
Mereka mula menjawab setelah diberitahu oleh pengawas peperiksaan itu. Semuanya berjalan lancar bagi hari pertama SPM.
*****************
"Iqy, kamu lama-lama dekat rumah ni dah dapat kerja ke?" Tanya ummi.
"Belum ummi, tapi Iqy rasa Iqy nak jaga kebun ummi jelah buat masa ni. Penat lah Iqy." Balasnya
"Oh, kalau macam tu tak apalah. Keputusan kamu kan, ummi ikut jelah." Kata ummi.
"Ha, ummi Iqy nak keluar ni, ummi nak ikut?" Tanya Rizqi.
"Eh? Nak kemana pula?" Balas ummi kebingungan.
"Alah, bandar je KLCC tu." Jawab Rizqi.
"Lah buat apa?" Tanya ummi
"Alah ummi siap jelah kita jalan-jalan je." Balas Rizqi sambil tersenyum.
"Yelah-yelah." Jawab ummi lalu terus memasuki biliknya.
*****************
TOK! TOK! TOK!
Kedengaran ketukan pintu kuat dirumah Pak cik Seman iaitu bapa Sarah.
"ASSALAMMUALAIKUM!"
Kata seorang lelaki berpakaian serba hitam serta berbadan sasa itu di hadapan rumah Pak cik Seman.
Rumahnya sunyi sepi. Seperti tiada orang. Lelaki yang bertubuh sasa itu mengetuk lagi pintu rumah pak cik Seman itu sehingga dibukanya.
"WOI BUKA PINTU NI!" Kata lelaki berbadan sasa itu lagi.
Beberapa minit kemudian, pintu rumah itu dibuka oleh tuan rumah iaitu Pak cik Seman. Lelaki tersebut lalu berjalan ke arah Pak cik Seman.
"Ha, duit hutang bila nak bayar?" Kata lelaki itu.
"Sabarlah, aku janji aku bayar nanti." Balas pakcik Seman.
"Nanti...kau bayar...baik kau bayar cepat sebelum anak perempuan kau tu kiteorng angkut!" Kata lelaki itu lagi.
"Tolong jangan tolong sangat aku janji dalam bulan ni aku akan bayar." Balas Pak cik Seman merayu.
"Ok, kiteorng tunggu. Kalau kau tak bayar dalam minggu ni juga tunggu nasib kau! Anak kau aku angkut! Bawa pergi jumpa boss besar." Kata lelaki itu lalu terus beredar dari situ menaiki keretanya.
Pak Seman menghela nafas berat. Isterinya yang berada di dalam rumah takut keluarganya dialami ancaman. Sarah pula akan menjadi mangsa jika pak Seman tidak dapat melangsaikan hutangnya.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...