- bab 27 : PULANG KE KL ❞

26 3 8
                                    

Rizqi mengambil keputusan pulang ke KL pada hari ini. Dia segera memandu kereta menuju ke sekolah sambil membawa beberapa bungkus Mac Donald.

Setelah tiba dia sekolah, Rizqi tidak sempat berjumpa dengan muridnya. Dia hanya meninggalkan Mac Donald tersebut di pondok pengawal lalu segera pulang ke KL.

Setelah beberapa jam dalam perjalanan pulang, akhirnya Rizqi selamat sampai ke kampung. Dia gembira akhirnya dia dapat tinggal bersama dengan ummi buat masa yang lama.

"Assalammualaikum ummi....Iqy dah balik." Katanya sambil melangkah masuk sambil membawa barangnya.

Razif yang sedang makan di dapur sambil ditemani ummi terus berlari keluar ikut pintu belakang apabila mendengar suara abangnya itu. Ummi pula pergi menyambut kepulangan Rizqi.

"Iqy, nak air? Ummi buatkan." Tanya ummi sambil melihat Rizqi yang sedang membawa masuk barangnya ke dalam bilik.

"Tak apalah ummi buat susah je." Balas Rizqi.

"Ummi ada masak kalau nak ada dekat atas meja tu ye?" Kata ummi.

"Baik ummi." Balas Rizqi ringkas.

**************

Rizqi baring di atas katil sambil memerhatikan kipas yang berpusing itu. Sunyi Rizqi rasa tidak dapat melihat kerenah murid-muridnya. Telefon bimbitnya diambil. Aplikasi WhatsApp terus dibuka dan terus mencari nama Farhana.

Farhana?- Rizqi.

Mesejnya tidak dibalas oleh Farhana. Rizqi hanya menganggap mungkin dia berada di asrama dan tidak pulang ke rumah. Yalah sejak dah nak dekat SPM ni mesti banyak kelas tambahan untuk dihadiri.

Keesokkan harinya, Rizqi bersarapan berdua bersama ummi. Sedang makan, tiba-tiba ummi membuka topik.

"Iqy dah mula nak cari kerja?" Tanya ummi.

"Haah, harini Iqy nak keluar cari kerja ummi tinggal kejap ye dekat rumah." Balas Rizqi.

"Iyalah nak semoga dapat. Kamu kalau dapat kerja biasa-biasa pun ok juga." Kata ummi.

"Takpelah ummi kalau takde rezeki buat masa ni Iqy nanti jaga jelah kebun ummi buat sementara nak cari kerja ni." Balas Rizqi.

"Ikut kamulah. Tapi takkan kamu nak buat sorang-sorang kebun tu?" Tambah ummi.

"Terpaksalah ummi, adik pun bukan boleh tolong tah mana-mana dia pergi." Balas Rizqi.

"Kamu ni, berlembut la sikit dengan adik kamu tu, kesian dia." Kata ummi.

"Pandai-pandai dia lah ummi. Bukan dia tunaikan pun janji arwah abah. Kan arwah abah kata dah besar jaga ummi tapi tengoklah sekarang jadi tah apa-apa." Balas Rizqi suaranya sedikit tinggi.

Rizqi terus mengambil pinggannya lalu basuh di sinki. Kemudian, dua melangkah keluar dari rumah untuk pergi mencari kerja.

Setelah seharian mencari kerja, sebelum pulang Rizqi singgah di sebuah restoran untuk makan. Setibanya di restoran, Rizqi ternampak kelibat Sarah dengan seorang lelaki yang pernah Rizqi nampak sebelum ini yang dikatakan boss syarikat kerja Sarah.

Rizqi duduk di sebuah meja yang tidak jauh dari tunangnya dan lelaki itu. Dia sempat mengambil gambar mereka. Rizqi bukanlah seorang lelaki yang terus menyerang, sebaliknya dia akan bertanya dahulu.

"Ni dah kali kedua aku nampak laki ni dengan Sarah. Ada something ke?" Rizqi berkata sendiri.

Sepanjang di restoran, Rizqi hanya memerhatikan mereka berdua sehingga mereka keluar dari restoran tersebut. Sebelum mereka hilang dari pandangan Rizqi,  dia sempat mengikuti Sarah dan lelaki tersebut hingga ke kereta mereka.

Rizqi sempat lagi mengambil gambar mereka untuk dijadikan bukti untuk bertanya kepada Sarah nanti.

"Oh, ni ke yang kau busy sangat? Gatal dengan jantan lain." Kata Rizqi lalu terus beredar dari situ.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now