- bab 31 : TEMAN ❞

20 4 4
                                    

"Ummi, Pak cik Seman tu? Banyak kereta dekat rumah dia." Tanya Rizqi kepada ummi.

"Entahlah nak. Ummi tak tahu apa-apa pula. Kenapa?" Balas ummi.

"Bukan apa, orang ada nampak 2 3 buah kereta tadi depan rumah dia. Macam kereta mewah lah gitu tapi warna hitam pula semuanya." Kata Rizqi lalu duduk disebelah umminya.

"Entahlah tak tahu ummi. Kamu nak makan apa harini?" Tanya ummi menukar topik.

"Ikut jelah ummi apa je yang ada dekat dapur tu." Balasnya.

"Ha iyalah." Jawab ummi lalu berjalan menuju ke dapur.

****************

Rizqi cuba mesej Farhana. Mana tahu nasibnya Farhana akan balas mesejnya.

Farhana- Rizqi

Awak dah balik asrama ke?- Rizqi

Beberapa minit kemudian Farhana membalas mesej Rizqi.

Belum. Kenapa?- Farhana 💕

Esok baru balik- Farhana 💕

Busy ke?- Rizqi

Baru nak buat homework.- Farhana 💕

Oh, teman cikgu sekejap. - Rizqi

Buat apa pula? Dah malam lah.- Farhana 💕

Saje.- Rizqi

Tak, cikgu nak buat apa?- Farhana 💕

Ada kerja sikit.- Rizqi

Buat jelah kerja cikgu tu. Saya bukan ada pun dekat sebelah nak teman.- Farhana 💕

Call lah.🙄- Rizqi

Lah, cikgu nak call ke?- Farhana 💕

Video call. Ummi nak tengok awak- Rizqi

Tipu. - Farhana 💕

Betul ummi nak tengok- Rizqi

Ok. Kejap.- Farhana 💕

Rizqi tersengeh sendirian. Senang betul Farhana termakan dengan penipuan nakal Rizqi.

Ok dah. Call lah.- Farhana 💕

Ok.- Rizqi

Rizqi terus menelefon Farhana. Pamggilannya segera diangkat oleh Farhana. Kelihatan Farhana hanya memakai telekung dan sedang duduk di meja belajar menerusi skrin telefon Rizqi.

"Hello?" Kata Rizqi.

"Em Hello." Balas Farhana.

"Awak buat apa?" Tanya Rizqi.

"Homework." Balas Farhana yang sedang menulis.

"Baru lepas solat ke? Pakai telekung lagi." Tanya Rizqi lagi.

"Haah. Cikgu dah solat belum?" Balas Farhana.

"Dah." Jawabnya ringkas.

"Ummi mana?" Tanya Farhana.

"Ha ummi?" Balas Rizqi.

"Ye." Jawab Farhana ringkas.

"Ummi tengah solat." Balas Rizqi mereka alasan padahal mahu melihat Farhana.

"Ohh....kata nak buat kerja macam tak buat apa-apa je." Kata Farhana.

"Memang tak buat apa-apa pun. Tengah baring lagi." Balas Rizqi.

"Kata ada kerja ajak orang teman." Kata Farhana.

"Mana ada kerja cikgu tipu je." Balas Rizqi lalu dia terus duduk di meja di biliknya.

"Kamu bercakap dengan siapa tu Iqy?" Tanya ummi sebaik pintu biliknya dibuka sedikit.

Rizqi terus menoleh kebelakang sedikit terkejut dengan kehadiran ummi yang secara tiba-tiba.

"Ha, tipu! Kata ummi yang nak tengok Hana. Ha cikgu tipu...." Kata Farhana.

"Lah, Hana ke...." Kata ummi lalu terus mengambil telefon ditangan Rizqi.

"Lah Hana...bila nak balik rumah ummi lagi." Tanya ummi keriangan.

"Insya Allah ummi lepas SPM." Balas Farhana.

Rizqi mengeluh. Baru saja mahu sembang kosong bersama Farhana tiba-tiba ummi datang. Rizqi hanya sabar menunggu sehingga ummi habis bersembang dengar Farhana dengan penuh kesabaran.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now