Prolog

11.1K 212 6
                                    

"AKU dengar citer budak tu payah nak layan lelaki. Kau tak nak try ke?" Taqim memulakan perbualan.

"Mana, mana, mana??" Tiga sahabat menyoal serentak. Anak mata mereka melilau mencari seseorang yang dikatakan.

"Tu......" bibirnya dimuncungkan ke arah gadis cantik, ayu, sopan yang berbaju kurung moden di penjuru perpustakaan kampus.

Terbuntang luas tiga mata disitu seakan terpukau dengan kecantikkan yang dimiliki oleh gerangan gadis yang berkaca mata tersebut. Gerangan itu sedang kusyuk menyalin infomasi yang ada pada buku di hadapannya. Mata cantik itu silih berganti membaca satu persatu perkara yang tersirat dan tersurat pada helaian kertas.

"Cantik dowh!!" Tembus suara garau seorang buaya darat.

"Ye weyyhh! Kau tak nak tackle?" Seorang kawan berbaju merah darah ikan bertanya sambil menyiku kawan sebelahnya.

"Tak boleh! Aku nak dia!" Sergah seorang lagi sahabat yang berbaju kemeja biru muda. Kacak..

"Boleh ke kau? Entah-entah belum apa-apa dia dah reject kau!" Ejek Iqbal pada Zayn.

Zayn senyum kambing. "Kau tak kenal aku siapa. Ini Zayn lah!" Dia berdiri menepuk dada kirinya dengan bangganya. "Kau orang tengok macam mana aku buat kerja aku!"

"Zayn.."

"Apa dowh? Kau nak ganti aku ke?"

Kepala digeleng. "Tak payah buat perangai lah. Duduk diam-diam. Dia tengah belajar tu.. Jangan kacau lah.." Kata Zafril Mikael yang sedari mendiamkan diri menikmati santapan mata dan hati seorang diri.

Tajam Zayn cerlung mata padanya. Perlahan-lahan lelaki itu mula mengukir senyuman.. "Kau ada hati kat dia ke der?"

"Bukan macam tu."

"Dah tu, lepaskan aku. Aku nak uruskan kerja aku sekarang." Zayn tepis tangan Zafril Mikael yang menahan dirinya.

"Zayn.."

Zayn berlalu pergi meninggalkan sahabatnya yang terkial-kial disitu. Lain pula Zafril Mikael disitu.. Ditenggelami keresahan.

Beberapa saat kemudian, mereka mula meledakkan ketawa yang besar sehingga tidak menghiraukan warga perpustakaan yang lain setelah melihat gadis itu mula mengemas barang-barangnya dan beredar dari tempat itu.

Entah kenapa Zafril Mikael melepaskan hembusan nafas lega. Matanya tak lepas mengekori jejak langkah gadis yang membuatkan jiwanya tidak tenang walau hanya sebaris senyuman yang terukir dibibir manis gadis itu waktu bertembung mata dengannya sebelum ini.

"Macam mana bro?!" Taqim mula menyoal. Lebih baik dia tahan tawa sebelum tumbukkan mendarat di pipinya. Hehe.

Zayn dengan muka hampa duduk bersandar di kerusinya tadi. "Jual mahal gila! Nak pandang muka aku pun tak nak! Bodoh!" Marah Zayn. Berkali-kali dia menumbuk meja di situ. "Kurang ajar!"

"Hahaahahahahahahahaha!!!!" Tawa mereka terburai kecuali seorang lelaki yang menjadi tatapan seluruh gadis di dalam perpustakaan yang gah itu.

"Diam arh!"

"Aku dah cakap kat kau kan.. Dia tu payah nak tangkap cintan! Bukan mudah macam perempuan yang kau kenal sebelum ni!" Tutur Taqim dengan tawa bersisa.

"Kau tak nak try ke Ril?" Iqbal menyiku lengan sahabatnya yang sedari tadi hanya terdiam. Orang ketawa pun dia senyap je macam patung mannequin.

Zafril Mikael hanya diam.

"Pengecut!" Sumpah Taqim.

Sepantas kilat matanya merenung Taqim yang tak henti-henti memecahkan kesunyian di situ. Habis semua pelajar di situ memberikan kerlingan pada mereka yang duduk semeja dengan Taqim.

"Try je lah Ril.. Kalau sepupu kau ni tak boleh, kau mesti boleh. Siapa tak kenal kau Ril. Tengok ni.. aku pulak naik rimas tengok perempuan-perempuan kat sini pandang-pandang, kerling-kerling kau kat sini.." Tokok Iqbal.

"Ye wey! Gila lah kalau perempuan tu tolak kau.." Tambah Taqim pula.

"Macam ni, apa kata kita buat dare!" Cadang Zayn.

Mereka bertiga angkat kening. Makin gila perbincangan mereka kali ini.

"Apa kau cakap ni, Zayn?"

"Kitorang cabar kau, buat perempuan tu tunduk pada kau! Seluruh hati dia, dia serahkan pada kau! Boleh?!"

"Gila weyh?!"

"Biar betul kau ni Zayn?!"

Ternganga Iqbal dan Taqim dengan cadangan gila seorang Zayn Emicron!

"Tak payah buat cadangan bodoh lah Zayn." Dia kemas buku-bukunya. Masa untuk dia hentikan perbualan bodoh antara mereka. Jika tidak, perkara ini akan berubah menjadi besar.

"Lemah kau Ril! Fine! Kalau kau tak nak, biar aku je buat. Lepas aku berjaya, aku akan buat dia menyesal tolak aku hari ni!!"

"Zayn!!" Jerit Zafril. Bergegar satu dewan itu.

"Apa? Kau tak nak kan? Ke kau memang ada hati kat perempuan tu??"

"Gila.." ucap Iqbal dan Taqim serentak. Pergelutan antara dua saudara ini akan berlarutan kah?

"Kau tak nak? Takpe.. Aku akan jalankan permainan ini!"

"Bodoh la kau ni Zayn. Kau ingat dia tu kereta mainan ke?" Aju Zafril seakan berbisik. Dia tidak mahu semua yang ada di situ dengar perkara yang menjadi tajuk pergaduhan antara dia dengan Zayn.

"Well.."

"Fine! Biar aku dengan dia!" Zafril memberi kata putus.

Zayn tersenyum menang. Puas! "Kau jadi wakil aku ye. Balas apa dia buat kat aku.." Bahu sepupunya ditepuk-tepuk sebagai tanda peringatan.




Wait..

Takdir kitaWhere stories live. Discover now