MAHUNYA bergegar rumah sewa tiga sekawan tu apabila suara yang memberikan jawapan kepada segala persoalan yang berlegar-legar di kepala Daneen sejak daripada pagi tadi lagi. Selepas sahaja dia mendapat tawaran pekerjaan tanpa perlu dia pergi temuduga pun. Pelik kan? Tapi apa yang buat Daneen tertanya-tanya tu?
Daneen pelik la, siapakah CEO syarikat yang baik hati sangat nak bagi dia kerja yang temuduga tu kan? Lepastu, dia tanya la salah satu housemate nya, Adira. Adira pun memberikan jawapan yang baginya sangat mengejutkan sampai kepada tahap dia boleh terkena serangan jantung,
"Daim Al Waqeel. Yup, you heard me right. Daim Al Waqeel, bekas teman lelaki kau tu". Macam mana Adira tahu pun, Daneen tak tahu.
Sebagai seorang manusia yang dramatik, maka menjerit la dia. Dalam banyak-banyak ex boyfriends sejak daripada sekolah menengah, dia paling benci Daim. Daim ni tersangat la annoying. Dan yang paling CLICHÉ, dia ni beku macam batu.
Yup, kisah hidup Daneen Isabella bakal menjadi kisah paling common untuk korang semua baca dekat mana-mana cerita pun. Namun, ada twist nya. So, Im warning yall, cerita ni cliché. If you guys don't like it, drop it.
Back to the present,
"Kau serius la, Dira?". Daneen mengeluh besar sebelum melabuhkan seluruh badannya ke atas sofa di ruang tamu rumah mereka itu.
Adira hanya menganggukkan kepalanya. Mulut sibuk mengunyah kerepek Mister Potato berperisa barbeku yang terdapat di dalam silinder biru.
" Betul la apa Dira cakap tu. Tengok ni". Seorang lagi housemate Daneen dan Adira--Syeeqa--menghalakan skrin telefon nya yang memaparkan biodata lengkap lelaki yang 'dibincangkan' ke arah Daneen. Biodata itu lengkap dengan pekerjaan dia sekali. Mengeluh lagi lah Daneen dibuatnya kerana fakta itu telah diperkukuhkan.
"Jawatan apa kau mohon?". Adira menjilat jari jemarinya lalu menutup silinder itu sembari bertanyakan soalan itu.
"Private assistant a.k.a PA. Memang mampus lah aku nak menghadap dia. Ughh! Ya Allah, kenapa la dalam banyak-banyak orang, dia yang Kau jadikan majikan ku Ya Allah". Daneen menyembamkan wajahnya ke dalam timbunan kusyen kecil yang disusun di atas sofa merah itu.
"Tabah la, Neen". Syeeqa dan Adira datang menghampiri lalu menggosok lembut bahagian belakang badan wanita itu.
Daneen Isabella
-gadis berumur 28 tahun
-dramatik nak mamp--
-girl boss
-ceria
-benci Daim🐳
Earlier that day...
"DAH habis ke?". Soal Daim kepenatan setelah menemubual seramai 10 orang calon pada haritu itu. Dia sangat penat. Lagi penat sebab takde satu pun calon yang memenuhi kriteria yang dia ingini.
"Harini dah habis. Tapi esok ada lagi 15 orang". Ujar Ilia, pembantu peribadi sementaranya itu. Ilia ni dulu memang PA Daim tetapi dia sudah dipindahkan ke Kedah, atas arahan bos besar sendiri iaitu ayah kepada Daim.
"Ramainya... Tch". Daim berdecak. Malas betul!
"Tuan boleh pilih atau sort out calon temuduga esok. Jadi, daripada 15 orang mungkin boleh berkurang ke 5 orang ke. Would you like to take a look at their resumes?". Ilia mengajukan idea yang bernas itu membuatkan Daim mengangguk perlahan. Sumpah, dia penat harini.
" Nah, tuan". Ilia kemudiannya menghulurkan 5 fail yang berisi resume calon temuduga itu. Nanti lagi 10, dia bagi majikannya ini tengok nanti. Kesian jugak dia tengok Daim tu, nampak macam penat semacam aje.
Daim membelek-belek fail pertama dan terus dia mencebik. Fail itu dibalingkan ke tong sampah berdekatan. Ilia tidak terkejut dengan perlakuan ini kerana dia tahu, ini akan terjadi jikalau Daim terlalu stres.
Fail kedua pula diambil dan dibelek. Kemudian juga dibuang ke dalam tong sampah yang sama.
Sampai lah fail yang ketiga...
Reason for appliance:
Nothing. I just want good money. Don't worry, Im a hardworking woman. So, I do great work, you give great salary. Fair and square.Ternaik kening Daim dibuatnya.
Salah satu sebab dia stres pada harini adalah hampir semua calon temuduga tadi dan juga dua lagi yang telah disingkirkan awal itu memberikan alasan yang sama apabila ditanyakan 'kenapa anda memohon pekerjaan di sini?'. Tahu tak mereka semua jawab apa?
"I can serve good for this company".
Tak ke macam tak menjawab soalan tu?
Tapi...
Calon yang seorang ni menarik sekali ya sebabnya. Lain daripada yang lain. Dan yang penting, dia berkeyakinan tinggi untuk tulis macam ni. Daim suka!
Matanya kemudiannya dialihkan kepada bahagian atas resume itu. Untuk melihat nama dan gambar manusia yang unik itu.
Dan lagilah terbuntang matanya apabila menyedari yang...
Name:
NUR DANEEN ISABELLA BT AHMAD ISMATerukir senyum sinis. Ah! Dia rindukan gadis ini. Rasanya sudah hampir 3 tahun tidak bertemu. Boleh pula si Daneen ni pergi mohon kerja dekat sini ya?
"Tuan, kenapa tuan senyum-senyum ni?". Soal Ilia apabila dia mulai keseraman melihat kelakuan majikannya itu. Tadi bukan main stres sampai berlapis-lapis dahi. Ini, senyum pula.
"Saya dah jumpa calon yang sesuai untuk jawatan ini". Idea bernas muncul di akal fikirannya dengan serta-merta setelah melihat sebaris nama yang tertulis di atas kertas putih itu.
"Serius la, tuan?". Tanya Ilia, tidak percaya.
"Yup".
Daim Al Waqeel
-lelaki berumur 28 tahun
-annoying (bagi Daneen)
-tipikal bos yang dingin
-alergik makanan laut
-tak benci DaneenMaka, bermula lah kisah mereka buat kali yang kedua...
🐳
Hi sayang-sayangku!
Back again with me and my newest story!
This is my 10th story and I really hope awak semua enjoy baca cerita ni tau!Btw, macam saya cakap tadi...
Cerita ni WILL BE CLICHÉ.
Trope CEO kaya-kaya gitu.
Jadi kalau awak rasa taknak baca, awak boleh drop sekarang tau.
Jangan dah baca, baru awak nak judge apa semua. Hehe, author dah warning tu!Enjoy reading!
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...