45- Tadika & Proposed

3.4K 142 14
                                    

DANEEN punya lari pecut tu, kalah Usain Bolt. Lari pecut ke mana? Turun daripada kereta untuk ke arah tadika tempat di mana Dhamir belajar. Kenapa? Sebab dia dah lambat sebenarnya nak ke majlis temu murni si comel itu. Baru lima tahun dah ada temu murni, cute kan?

Sandal nya dibuang sebelum dia bergegas masuk ke dalam rumah di taman Perumahan Melati yang dijadikan sebagai Tabika Kemas itu. Tanpa melihat sekeliling, terus Daneen meluru ke arah meja guru yang ada di tengah ruangan itu.

Dengan nafas yang termengah-mengah, dia bertanya kepada guru yang bertag nama 'Huda' itu.

"Maaf lambat, Cikgu Huda. Ni ha saya baru nak balik kerja, datang nak ambil report card Dhamir". Hampir sahaja Daneen sesak nafas dalam pada menerangkan sebab kenapa dia terlewat itu. Sebenarnya, dia lupa nak bagitahu tauke kedai bakeri tempat dia bekerja itu yang dia nak datang temu murni Dhamir hari ini.

"Eh takpe, Cik Daneen. Lagipun, dah ada orang ambil report card Dhamir". Kata Cikgu Huda sambil tersenyum manis membuatkan Daneen menelan air liur kelat. Siapa pula yang nak ambil report card anaknya ini? Nak kata Dian... Dian ada di Kelantan sekarang.

"Erk... Siapa, cikgu?". Tanya Daneen.

"Tu...". Cikgu Huda pula hanya tersenyum seraya menundingkan jarinya ke bahagian hujung ruangan. Daneen segera berpaling ke belakang dan terlihat lah seorang lelaki dewasa yang masih berkemeja dan bertali leher bersama seorang kanak-kanak berambut kembang di sebelahnya. Kedua-dua sedang tertidur pulas. Yang dewasa tu tidur di atas sebuah bean bag, si kecil pula tidur atas si dewasa tu.

Tepuk dahi Daneen dibuatnya. Buat malu je! Nasib baik kanak-kanak dan ibu bapa yang lain dah balik. Tapi masih juga malu sebab ada seorang lagi cikgu tadika (lelaki) yang duduk tidak jauh daripada meja Cikgu Huda.

"Cik Daneen kejut lah mereka tu. Katanya, mereka nak balik bila Cik Daneen dah sampai".

"Oh ya? Baik, baik. Terima kasih, cikgu". Daneen menundukkan sedikit kepalanya sebelum berjalan menghampiri dua manusia yang sedang tertidur itu. Siapa lagi kalau bukan si dewasa; Daim Al Waqeel dan anak terunanya; Dhamir Anaqee. Sempat Daneen kerling ke arah guru lelaki yang tersenyum lebar melihat ke arah situasi sekarang ini.

Sampai sahaja di harapan kedua manusia yang sedang tertidur pulas itu, Daneen bersuara.

"Waqeel... Dhamir...". Kaki anaknya ditepuk-tepuk perlahan. Perlahan tu dia agak-agak dapat lah kut mengejutkan si dewasa sekali. Malas lah dia nak sentuh Daim, buat dosa kering je.

"Dhamir... Bangun lah. Ibu datang ni". Kaki kanak-kanak itu sekali lagi ditepuk-tepuk. Kalini dengan lebih kuat tetapi tidak sampai menyakitkan si Dhamir tu.

Dan ada hasilnya.

Menggeliat kecil Dhamir membuatkan Daim turut meregangkan tangannya ke kiri dan kanan. Best sangat kut tidur dekat tadika. Atas bean bag pula tu. Macam takde tempat lain dia nak tidur. Haih...

Dhamir duduk tegak di atas lantai di hadapan Daneen dengan mata yang masih tertutup. Tangan kirinya naik menepuk perut Daim barangkali ingin menyuruh lelaki itu bangun.

"Aku dah bangun lah, little sunshine". Bicara Daim dengan suara seraknya. Lama betul dia tidur?

Buka-buka sahaja mata, jelas di kornea mata Daim melihat gadis manisnya yang sedang duduk bersimpuh di sebelahnya sambil merenungnya tajam.

"Dah sampai?". Soalnya sambil tersenyum manis. Kedua matanya digosok sebelum dia turut duduk tegak di sebelah Dhamir membuatkan kanak-kanak yang masih mengantuk itu menyandarkan kepalanya ke lengan sasa Daim. Sempat lah si Dhamir tu menguap sekali.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now