7- Extra Affectionate

4.6K 225 7
                                    

KERETA diberhentikan betul-betul di hadapan pagar rumah sewa Daneen. Kalini yang memandu ialah Daim sendiri dan bukannya Hyder. Bukan apa, nak suruh dah Hyder yang hantarkan tadi... Tapi mamat tu sibuk nak pergi pick up Mak Milah. Maka perlulah Daim memandu sendiri. Jarang-jarang berlaku ni ya.

Daneen keluar daripada tempat duduk penumpang di bahagian hadapan itu dan berjalan mendekati pagar rumahnya. Tangannya menyeluk ke dalam beg tangan kecilnya itu untuk mencari kunci pagar. Apabila sudah dijumpai, dia membuka mangga yang mengunci pagar itu. Selak besi bersaiz besar itu ditolak lalu langkahnya diatur ke bahagian 'dalam' halaman rumah itu.

Belum sempat Daneen nak mengunci semula pagar besi itu, Daim keluar daripada keretanya dan menghampiri tempat berdirinya figura Daneen. Tepatnya berhadapan dengan Daneen. Hanya dipisahkan dengan pagar besi itu.

Serta-merta ingatan Daneen tentang memori dahulu menerjah minda. Begini lah perlakuan Daim setiap kali menghantarnya pulang setiap kali selepas dating di waktu mereka masih bersama dulu.

"Daneen".

"Hm?".

"Bacakan jadual aku untuk esok". Pinta Daim secara tiba-tiba.

"Sekarang?". Keliru benar Daneen dibuatnya. Dia macam, 'bukan harini hari cuti ke?'.

Daim menjatuhkan kepalanya sekali.

"Ehem ehem". Telefon yang ada di tangan ditekan butang 'on' nya sebelum jarinya menari-nari di atas skrin objek berbentuk segi empat itu untuk mencari fail tempat penyimpanan segala jadual Daim. Simpan dalam telefon atas sebab kalau berlaku kecemasan jika dia terlupa membawa iPadnya. Tak sangka pula 'kecemasan' itu pada hari ini. Hari cuti dia!

"Esok pukul 10 pagi kau ada meeting dengan wakil daripada Esther Holdings. Pukul satu petang ada lunch dengan wakil daripada Esther Holdings jugak dan dekat sini kau suruh aku tambah notes special which is 'Daneen must come along'...". Tersenyum sendiri Daim ketika Daneen membacakan extra notes itu.

"... Lepastu lepas habis lunch tu sampai pukul lima petang takde apa-apa, kau boleh balik dah. Tapi pukul 8.30 minit malam ada acara yang kau kena attend which is Potret and Sketches Bidding di Hotel Luxurious and Deer. Yang ni takde extra notes. Acara tu habis dalam pukul 11.30 macam tu. Itu sahaja Tuan Daim. Ada apa-apa yang kau nak suruh aku tambah?". Tanya Daneen buat kali terakhir sebelum dia menekan butang 'off' telefonnya.

" Add extra notes on the event". Arah Daim selamba.

"Okay. What is it?". Tangan Daneen sudah bersiap sedia untuk menaip.

"Daneen must come along".

"Okay.. WAIT WHAT?! I don't wanna go". Bantah Daneen dengan laju.

"Why not?".

"Kau tahu aku tak pernah suka pun ikut kau pergi event macam ni kan? Aku dah pernah bagitahu kau banyak kali yang aku tak suka. Kau tak faham-faham lagi ke?". Sedikit sahaja lagi amarah Daneen ingin memuncak.

"Kau kena ikut".

"Tak nak". Daneen tetap bekeras.

"Esok lepas kerja aku bawa kau pergi fitting baju. I don't wanna hear any excuse from you, sunshine". Tanpa sebarang kata lain, Daim berpaling ke belakang lalu masuk ke dalam keretanya meninggalkan Daneen yang terpinga-pinga serta sedang berasap di situ. Kalau lah boleh letak cerek atas kepala Daneen tu, confirm dah mendidih. Betapa geram dan marahnya dia dengan perangai degil dan suka mengarah Daim itu. Tak pernah nak berubah!

Mata Daneen kemudiannya menyaksikan kereta itu laju membelah jalan, meninggalkan kawasan rumahnya.

"What the hell is wrong with him?! Ughhh! Lepastu pergi macam tu je?!". Entahnya! Nanti orang cakap aku skip banyak details. Padahal si Daim tu memang macam tu.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now