30- Double Triple Hot

3.4K 155 4
                                    

DARIPADA tadi, kerja Daneen adalah merenung si Daim tu makan sahaja. Tak berganjak langsung daripada tempat duduknya akibat dilarang oleh jejaka itu. Katanya, kalau taknak teman dia makan seperti yang sudah dijanjikan, dia taknak makan ubat. Mengada kan?

"Tuan belum bagitahu lagi siapa perempuan tadi tu. Memang nak berahsia ke?". Soal Daneen. Sebenarnya, dia takdela kisah sangat pun. Cuma niatnya untuk memecahkan kesunyian.

Ye ke ni....?

"Kisah jugak kau eh".

"Kisah la! Dia tu perempuan. Orang asing pula tu. Sesuka hati je nak masuk bilik CEO syarikat ni. Siapa entah yang bagi keizinan". Daneen melarikan wajahnya daripada terus dipandang oleh Daim dengan mencapai sebiji karipap yang dibelinya tadi lalu disuakan ke mulut.

"Chill, sunshine. Dia tu sepupu aku. Dia baru balik daripada New Zealand. Nama dia Raisya. Aku rasa dia datang sini sebab mama dia suruh kut. But don't worry, I was dead asleep just now. Tak layan pun dia. Your man is loyal, sunshine". Eh eh. Sesuka hati je nak claim diri sendiri tu punya Daneen. Habis naik memerah wajah yang disumbat dengan karipap itu.

"Tak tanya pun Tuan layan ke tak". Daneen memutarkan bebola matanya ke arah Daim. Geram! Selalu aje bagitahu info yang tak penting. Dia hanya bertanya tentang siapakah perempuan itu. Tak perlulah nak bagitahu yang selebihnya.

"Saja, nak bagitahu. Kau nampak curious". Sambung Daim lagi menghirup baki kuah bubur yang ada di dalam mangkuk kertas itu. Sedap betul! Sampai licin dilahap oleh lelaki demam yang tak nampak macam demam tu. Entah di mana Daneen beli bubur ni.

Mata heterocromia nya dialihkan ke tepi.

Oh, Mc Donald rupanya...

Patut lah sedap.

"Cepat la makan. Kerja saya bukan asyik nak jadi babysitter Tuan Muda aje". Mana taknya, dah nak masuk 30 minit dia menemani jantan mengada ni makan. Penat la! Penat menunggu, penat kena usik. Kalau melibatkan Daim ni, semua lah penat.

"Dah nak siap dah. Oh and, lepasni teman aku keluar".

"Ini termasuk dalam skop kerja saya ke tak ni? Lagipun Tuan Muda nak keluar pergi mana? Tuan kan demam. Ha, Hyder kan ada. Apa kata Tuan ajak dia je". Daneen awal-awal lagi dah malas nak ikut Daim ni melainkan hal itu melibatkan kerja. Dia bukan apa, dia cuma takut jika ada staf-staf lain yang sibuk nak mengata.

"Tak termasuk tapi jangan risau, aku bayar gaji kau lebih nanti. Hyder dah memang ada dekat sana. Dia selalu ada dekat sana. Sebab tu kalau kau perasan, dia takde dekat office ni selalu. And for your second question....".

🐳

PEJAM celik, pejam celik... Ha dah sampai!

Mahunya ternganga luas mulut Daneen tatkala melihat tempat itu. Terima kasih la Daim sebab bawa Daneen datang sini, boleh dia cuci mata heuehueueue... Astagfirullahalazim!

" Tutup sikit mulut tu. Suka la tu tengok free show". Daim naik bengang melihat si gadis manisnya yang sibuk menatap lelaki-lelaki yang kebanyakannya hanya berseluar tiga suku di dalam ruangan boxing itu.

Yup. Tempat yang dituju mereka adalah sebuah boxing gym yang bertempat tidak jauh daripada bangunan Infinity LInes Holdings. Kata Daim, boxing gym ini kepunyaan Hyder. Hebat dia kan?

"Ala saja nak cuci mata". Daneen membela diri.

"Tengok aku punya-".

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now