DAH nak dekat dua jam rasanya Daneen menjadi tunggul diantara Daim dan client nya ini. Oh tidak lupa juga ada seorang lagi wanita yang duduk bersama mereka bertiga, mungkin pembantu peribadi si client tu kut.
"Saya rasa kita patut makan dulu ni. Lama sangat berbincang sampai tak sempat nak pesan makanan tadi". Gelak tawa menghiasi ayat terakhirnya itu. Tuan Qash. Nama diberi kepada orang yang sedang berunding bersama Daim ini.
"Sure". Balas Daim sepatah seraya mengalihkan pandangannya kepada Daneen.
Daneen angkat kening kanannya sekali menandakan yang dia tidak faham akan maksud di sebalik pandangan itu. Menandakan yang dia perlukan penjelasan.
Daim mengeluh perlahan sebelum membuka mulut,
"Kita makan dulu boleh?".
"Oh ha, boleh boleh". Daneen tersenyum janggal di hujung katanya. Bukannya apa, terasa bodoh pula dirinya apabila sudah terang-terang dia ter zone out tadi. Mengelamun tentang apa pun tak tahu.
"You got a funny assistant, Tuan Daim". Wanita yang duduk di samping Tuan Qash itu tersenyum segaris. Mungkin lebih kepada memaksa dirinya untuk tersenyum ini. Entah lah, rasa macam nak bersangka buruk dengan semua orang je di saat ini. Tapi tak baik kan?
"She is".
"Sally, pergi pesankan makanan untuk semua. I want their signature aglio olio and for you two...?". Tuan Qash mengalihkan pandangannya ke arah Daim dan Daneen.
"Boleh tolong order kan nasi kerabu untuk saya dan Tuan Daim? Untuk minuman pula, dua jus oren". Pesan Daneen dengan penuh lancar dan bersemangat. Dia kalau bab makan, memang nombor satu. Tadi nampak tak bersemangat kan? Ini dah nampak macam terlebih bersemangat pula. Maklumlah, ini jela masanya untuk makan tengahari kan? Nanti dah la balik pukul 5. Lantak orang la nak fikir dia makan banyak ke apa. Ada dia kisah?
Dan... Dia masih ingat makanan kegemaran Daim.
"Okay, I'll be right back". Sally lalu berjalan ke arah kaunter; tempat untuk menyatakan pesanan masing-masing. Sistem restoran ini memang begitu. Takde pelayan. Pelanggan hanya perlu datang sendiri ke kaunter dan membuat pesanan. Berdikari sedikit. Nanti makanan dah siap, baru ada orang yang akan tolong hantar.
Lebih kurang 15 saat selepas Sally berlalu pergi, Tuan Qash mulai membuka bicara lagi dengan soalan yang agak biasa lah terdengar di telinga para pekerja.
"So... Berapa lama dah Daneen bekerja dengan Daim ni?". Santai sahaja bunyi soalannya itu.
"Baru je harini Tuan Qash. Harini hari pertama".
"Macam mana? Okay tak?".
"Okay lah juga". Daneen tersenyum hambar. Sebenarnya dia agak tidak suka dengan perbualan ini. Perbualan ini membuatkan dia tak boleh nak jujur. Takkan la dia nak cakap yang Daim ni majikan yang menjengkelkan pula dekat depan Tuan Qash ni.
Lain lah kalau Daim tiba-tiba nak pergi tandas kan? Boleh la dia mengumpat sikit dengan Tuan Qash ni.
"Excuse me, I wanna go to the washroom. I'll leave you guys for the conversation. Daneen, saya ke tandas sekejap okay?". Ha kan baru je cakap tadi. Hehehehe.
"Okay". Daneen hanya menjawab dengan sepatah perkataan sahaja. Yela, takkan dia nak halang lelaki itu daripada pergi membuang pula kan.
🐳
"APA yang kau bualkan dengan Qash masa aku pergi tandas tadi?". Amboi, tahu la dah habis waktu pejabat, tak payah la nak kasar sangat. Dasar Daim Al Waqeel!
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...