29- Baby(ing) Boss

3.5K 135 5
                                    

HARINI dia masuk kerja macam biasa. Yup, setelah seminggu bercuti dengan niat untuk memulihkan traumanya. Eh--bukan seminggu sebenarnya. Lebih kepada tiga hari sahaja kerana lagi empat hari tu ada tetamu tak diundang.

Hang Tuah dan Hang Jebat. Dua ekor tu.

Ataupun lebih dikenali sebagai Daim Al Waqeel dan Hyder Zafran. Menyibuk aje! Orang nak rehat-rehat tenangkan minda, boleh pula dia datang bertandang.

Tapi...

Bagi Daneen, kehadiran mereka berdua--terutama sekali Daim--tidaklah membebankan sangat. Malah semakin membuat dia... bahagia? Yes, I think that's the right term to use.

Apa-apa pun, hidup harus diteruskan!

Macam harini lah ha... Balik-balik je daripada Johor semalam, terus Daneen merehatkan badan dan terlelap. Tahu-tahu harini dah melangkah masuk ke ruangan tingkat di mana terletaknya kubikelnya dan bilik Tuan Mudanya itu.

Harini Daneen mengenakan pakaian simple sahaja. Sepasang baju kurung bercorak bunga-bungaan kecil yang tak perlu digosok. Kenapa? Sebab dia penat! Memang tak la nak gosok baju penat-penat cenggini. Lambat lagi! Gosok baju lah perkara yang paling malas untuk dia lakukan. Rambutnya pula digayakan dengan gaya sebahagian daripadanya diikat dan sebahagian lagi dibiar lepas. Bahagian yang diikat itu dihiaskan juga dengan reben putih.

Ringkas dan cantik!
+comel teramat!

Patut lah Daim pernah melarangnya untuk memakai baju kurung jika ke pejabat. Bukan kerana aturan pejabat itu; bahkan Daim tak pernah melarang para pekerjanya nak pakai pakaian apa pun, asalkan tak mencolok (ke menjolok?) mata dan tak macam gelandangan. Asbab utamanya adalah kerana Daim takut ada mata-mata gatal merenyam yang nak curi-curi pandang gadis manis miliknya ini.

Beg tangan kecilnya diletakkan ke atas meja di kubikel itu. Pakaiannya ditilik-tilik sedikit sebelum dia berjalan bersama iPadnya untuk masuk ke dalam office Daim. Sudah menjadi tugasnya untuk melaporkan segala jadual lelaki itu pada setiap pagi.

Pintu itu diketuk perlahan.

"Tuan Muda, ini saya. Boleh saya masuk?". Sopan Daneen meminta izin. Kang kalau main terjah aje kan, mahu kena campak perempuan ni daripada bangunan tinggi melangit ni.

Eh tapi, berani ke Tuan Muda Daim tu nak campak buah hati kesayangannya ni? Hehehehehe...

" Hm... ". Berkerut dahi Daneen apabila medengar hanya gumaman lemah yang keluar daripada mulut penghuni pejabat itu.

Pintu kaca itu kemudiannya ditolak dan dia melangkah masuk ke dalam bilik berdinding serba kaca itu. Apabila Daneen mengangkat sahaja wajahnya, terlihat kepala Daim sudah terbaring di atas meja kerja itu berlapikkan lengannya.

Daneen pun apa lagi, panik la!

Terus dia berlari anak ke arah Daim.

"Huhh! Ya Allah, Tuan! Tuan bangun, Tuan! Jangan tinggalkan saya lagi! Gaji bulan ni belum masuk! Bangun Tuannnn!". Tangannya menggoncang-goncang lembut bahu lelaki itu.

"Im not dying yet, Miss Daneen". Lemah Daim berbicara.

Dah kalau bukan nak mati, mamat ni kenapa? Macam tak larat je. Ke...

"Im having fever". Oh, dah agak dah!

"Lah demam. Ingatkan dah eek tadi. Sorry sorry". Daneen mengeluarkan lidahnya ke tepi sambil memejam mata; gaya seperti seseorang yang sudah kehilangan nyawanya.

"Dahtu Tuan larat tak ni? Nak balik ke? Kalau nak balik, saya boleh bagitahu Hyder". Daneen menundukkan sedikit wajahnya agar dia dapat memandang mata Daim yang tertutup tu.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now