SEJAK daripada Daim membuat keputusan untuk tidak menjelaskan macam mana parut itu boleh hadir di lehernya kepada Daneen di kedai tadi, gadis itu langsung tidak bercakap dengan jejaka itu. Merasakan yang dirinya tidak cukup penting untuk mengetahui segalanya tentang Daim.
Memang. Memang pada situasi sekarang ni, Daneen mungkin lagi tidak penting kepada Daim. Tapi, sepanjang lima tahun mereka menjalinkan hubungan bersama, tidak pernah sekalipun Daim bercerita tentang parut itu.
Itu pun tadi nasib juga la Laila berbunyi tentang parut di bahagian leher Daim tadi. Kalau tidak, sampai bila-bila pun itu akan menjadi rahsia Daim.
"Daneen, kau masih nak bermasam muka dengan aku pasal tu ke?". Bicara Daim untuk memecah kesunyian ketika tinggal mereka berdua bersama Hyder sahaja di pangkin itu. Yang lain sudah ke dalam dusun untuk mencari lebih banyak durian. Daim dan Hyder nak ikut tadi tapi disuruh untuk duduk sahaja di pangkin itu oleh Pak Isma ditemani Daneen.
"Tak penting pun kalau hanya sebab tu aku nak bermasam muka dengan kau". Jawab Daneen tanpa sedikit pun berpaling ke arah Daim. Gadis itu sebaliknya sibuk menghirup lebihan kuah mi sup miliknya.
"Itu hak kau untuk bagitahu aku ataupun tak. Lagipun aku buk-".
"How many times should I tell you, kau antara orang terpenting dalam hidup aku". Daim meraup wajahnya. Dia sebal dengan dirinya sendiri kerana pergaduhan ini. Silap dia juga kerana tidak jujur tentang rahsia silamnya kepada Daneen sejak awal-awal dahulu. Di waktu mereka menjalinkan hubungan mesra.
"Then kenapa kau tak bagitahu aku? Atau kau ingat mungkin perkara tu tak penting untuk aku tahu? Waqeel, you already know everything about me. My darkest secret. But how come I know nothing about you? Itu yang aku kecewa tentang kita". Tipu. Daneen menipu. Tak semua rahsia miliknya diketahui Daim. Masih ada lagi satu yang tersisa dek kerana dia takut untuk berkata jujur. Jadi, buat sementara waktu ini... Biarlah rahsia itu dia simpan sendiri di antara dirinya dan keluarganya sahaja.
They both were hiding something from each other.
Hyder yang duduk tidak jauh daripada kedudukan Daim itu menelan air liur perit.
Memang la dia rindu akan pergaduhan pasangan ini, tetapi bukan pergaduhan yang genre nya seserius ini. Hyder rindu akan pergaduhan-pergaduhan manja mereka. Taknak yang ini. Seram!
"It is. Mereka tu tak penting, Daneen. Tak akan menjejaskan hubungan kita pun. Tak kira lah as a couple, employer-employee, friends or whatsoever. Kisah di sebalik parut ni takkan beri kesan apa-apa pun pada kau". Penerangan Daim pada kali ini berjaya membuatkan Daneen terdiam.
Fikirnya, mungkin betul lah cakap Daim itu. Kisah di sebalik parut itu mungkin tidak akan memberikan apa-apa kesan pun kepada hidup seorang Daneen Isabella. Namun masih juga... Perasaan ingin tahunya membuak-buak.
"Okay, fine. Don't tell me anything then". Ujar Daneen sebagai respon lalu turun daripada pangkin itu, memakai selipar dan berjalan masuk ke dusun durian itu. Meninggalkan Daim dan Hyder yang hanya mampu melepaskan keluhan berat (ya kedua-duanya).
"Macam mana sekarang, Tuan?". Hyder membuka mulut.
"Still jangan bagitahu dia". Pantas sahaja Daim menjawab. Dia betul-betul berasa bahawa perkara itu tidak penting langsung untuk diketahui oleh Daneen.
"Tapi-".
"Jangan, Zafran. Jangan. Nanti dah sampai masa, aku sendiri yang akan bagitahu dia". Hyder tahu, apabila Daim sudah mulai menyebut nama keduanya itu... dia tidak boleh melawan lagi. Kata-kata Daim yang itu merupakan kata-kata terakhirnya. Tidak boleh dibantah. Noktah.
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...