51- Daneen's Old Trauma

3.6K 147 0
                                    

SEBULAN KEMUDIAN,

TERKELIP-KELIP Daim dan Dhamir memandang Daneen yang kelihatan agak agresif pada harini ini. Bukan agresif macam mana la, tapi Daneen kelihatan seperti nak marah dekat semua benda je. Mungkin ada yang tak kena?

Masak pagi tadi pun berkerut-kerut muka macam nak marah. Ni tengah tengok televisyen pun masih berkedut seribu dahi wanita kesayangan Daim itu. Apa dah jadi?

"Kenapa ibu tu, little sunshine?". Soal Daim kepada budak yang ada dalam dukungannya itu. Ingatkan boleh lah dapat jawapan daripada si rambut kembang itu... rupa-rupanya Dhamir hanya mengangkat bahunya. Tanda dia betul-betul tidak tahu.

"Cuba Dhamir pergi tanya".

Kalini, Dhamir menggeleng laju.

"Dahtu papa lah ni kena tanya ibu?".

Kedua-dua ibu jari kanak-kanak itu kemudiannya diangkat. Bibirnya melorek senyuman paling manis sehinggakan ternampak kedua lesung pipit comelnya itu. Eeee geram!

"Tapi papa baru balik kerja ni, takut la". Tengok, Daim pun gerun kalau dah nampak wajah Daneen yang seperti mahu makan orang aje itu. Daim balik-balik je, disambut dengan wajah itu. Telan air liut perit juga lah dia. Fikirannya daripada tadi ligat memikirkan tentang apa-apa yang dirinya ada terbuat salah.

Tapi, rasanya takde.

Mungkin....

Ha!

Daneen datang bulan!

"Jap, papa rasa... Ibu period lah... Kan?". Daim masih lagi bercakap dengan Dhamir. Kanak-kanak itu hanya mampu mengerutkan dahinya. Tidak mengerti maksud di sebalik perkataan 'period' itu.

"Takpe, takpe. Dhamir turun sekejap, pergi duduk dekat ibu. Tapi, jangan dekat sangat. Perhatikan daripada jauh je. Takut ibu melenting nanti. Papa nak pergi belikan ibu barang dia". Daim beruar-uar mahu menurunkan si kecil itu daripada dukungannya tapi Dhamir berkeras tidak mahu turun.

"Nak ikut ke?". Tanya Daim lalu Dhamir mengangguk laju.

"Sekejap, papa tanya ibu". Dhamir lalu diletakkan juga buat sementara waktu lalu Daim berjalan menghampiri isterinya yang masih kelihatan grumpy itu.

Tempat duduk di sebelah Daneen diduduki sebentar sebelum tangan kasarnya mencapai tangan Daneen yang tidak memegang apa-apa itu. Tangan Daneen satu lagi tengah memegang perutnya sendiri. Barangkali sedang menahan sakitnya period pain.

"Daneen...". Panggil Daim perlahan. Kang kalau tersalah cakap, boleh masuk tujuh kaki dalam dia hari ini.

"Hm?".

Gulp!

Garang betul!

"Abang pergi kedai sekejap ya? Dhamir ikut sekali. Nak kirim tak?".

"Erm... Nak...". Perlahan sahaja perkatan 'nak' itu disebut oleh Daneen.

"Nak apetu, sunshine?".

"Abang tolong belikan Daneen mochi ice cream boleh tak? Perisa strawberi punya. Daneen teringin sangat nak makan".

"Boleh...". Pipi wanita itu dicium sekali oleh Daim.

"Abang keluar dulu ya? Kunci pintu tu".

"Okay".

🐳

BALIK je daripada kedai, terus Daim menyuruh Dhamir untuk menonton televisyen di ruang tamu terlebih dahulu sementara dia pergi kepada isterinya untuk memberikan barang-barang dan aiskrim yang dibeli.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now