23- Village D1

3.3K 152 2
                                    

TAHU-TAHU, sampai.

Setelah lebih kurang satu jam lima belas minit menaiki kapal terbang dan 15 minit perjalanan daripada bandaraya Johor Bharu ke kampung halaman Daneen yang bernama Kampung Seri Manis (don't search it up, kampung ni tak wujud pun), Daim dan Hyder akhirnya sampai juga di hadapan sebuah rumah kayu tradisional yang dipercayai rumah keluarga Daneen itu. Rumah itu tidak lah terlalu besar namun Daim pasti, muat untuk menampung Daneen, kedua orang tuanya dan adik lelakinya; Daneesh Idlan.

Tapi yang peliknya... Rumah ini senyap sunyi. Tapi, pintunya terbuka luas. Mungkin sahaja para penghuni sedang berehat di dalam rumah agaknya.

"Takde orang pun, Tuan". Tegur Hyder sambil menggaru-garu kepalanya yang sudah agak berpeluh kerana kepanasan menaiki kereta tanpa penghawa dingin milik ketua kampung tadi.

"Bagi salam".

Hyder mengangguk sekali sebelum memberi salam, "Assalamualaikum! Ada orang tak?".

Senyap...

Membuatkan Hyder memandang Tuan Mudanya yang sedang berdiri statik dengan wajah berkerut itu. Barangkali sedang kepanasan berdiri di luar ketika cuaca panas terik ini.

"Sekali lagi".

"Assalamualaikum!!". Salam dilontarkan oleh Hyder buat kali kedua.

Hampir berputus asa lelaki itu apabila kedua-dua daripada salamnya tidak dijawab. Dia sudah lah sedang kepanasan ni. Dah macam bermandi peluh. Tambahan pula dia yang memakai uniform kerjanya yang merupakan kemeja berwarna hitam itu. Walaupun lengan kemeja itu sudah dilipat ke situ dan dua butang teratasnya dibuka, bahang kepanasan itu masih tetap terasa.

"Saya rasa memang takde orang lah ni, Tuan Muda". Ujar Hyder.

"Kau bagi salam sekali lagi. Kalau takde orang jawab jugak, kita-".

Belum sempat Daim menghabiskan kata-katanya, dia dipotong oleh suara seorang wanita yang agak berumur dipercayai datang daripada belakang rumah.

"Waalaikumussalam! Sekejap, mak dekat dapur ni. Nanti mak datang!". Sahut wanita tua itu. Daim tahu, itu suara Mak Piah, ibu kandung kepada gadis pujaan hatinya.

Dengan kedengaran nafas yang agak termengah-mengah kerana berlari kecil dan bunyi lantai kayu rumah itu, Mak Piah akhirnya sampai juga di muka pintunya. Menyaksikan dua orang pemuda bersama dua bagasi berdiri di anak tangga rumahnya itu.

"Eh, Daim? Lama tak nampak kamu, nak". Sapa Mak Piah. Sebenarnya dia agak pelik dengan kehadiran Daim ke sini memandang lelaki itu sudah lama tidak bertandang ke mari sejak tiga tahun yang lepas.

"Assalamualaikum, Mak Pi-".

"Ish, Daim ni. Kan mak dah kata, panggil 'mak' je. Berapa banyak kali nak pesan ni?". Mak Piah ketawa kecil seraya berjalan menuruni tangga dan berhenti di anak tangga ketiga paling bawah untuk bercakap dengan lebih hampir dengan Daim dan Hyder.

"Assalamualaikum mak". Daim mengulangi salamnya.

"Waalaikumussalam, nak. Daim ke mari ni ada hajat apa?". Terus sahaja Mak Piah bertanya sembari matanya beralih ke arah Hyder yang berada di sebelah Daim itu.

"Ini siapa, Daim? Kawan kamu ya?". Soal Mak Piah lagi kerana setahunya, dia tidak pernah melihat Hyder sekiranya Daim berkunjung ke rumahnya beberapa tahun yang lalu.

"Ini pengawal peribadi Daim, mak. Nama dia Hyder Zafran". Terang Daim.

"Assalamualaikum Mak Pi-".

"Haih... 'mak' je...". Mak Piah mencerlung tajam ke arah Hyder dengan niat untuk bergurau. Tapi... Mak Piah memang lebih gemar jika anak-anak muda memanggilnya dengan nama panggilan 'mak' sahaja. Bahkan, seluruh anak muda di Kampung Seri Manis menanggilnya dengan nama panggilan 'mak' sahaja dan bukannya 'Mak Piah'.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now