15- You Belong With Me

4.3K 183 6
                                    

"AND you've got a smile
That can light up this whole town
I haven't seen it in a while...".

Ya, itu lagu Taylor Swift dan Daneen tahu tu. Gadis itu sudah mendengarkan lagu itu dinyanyikan beberapa kali oleh lelaki yang sedang berdiri di hadapan pagar rumahnya sambil memegang sekuntum bunga matahari itu. Entah daripada mana dia dapat bunga matahari malam-malam buta ni pun, Daneen tak tahu.

"Daneen, kau tak kesian ke dekat dia tu? Dah setengah jam dia tunggu kat luar". Tegur Syeeqa sambil memakan bertih jagungnya. Best pula tengok drama romantik antara dua pasangan yang telah berpisah ni.

"Entahnya Neen. Mana tahu dia tak sengaja ke tadi. Lagipun dia dah padam kan? Pergilah jumpa dia sekejap. Malam ni sejuk Daneen, demam dia nanti". Pesan Adira pula.

"Ye dho. Lagipun tak berhenti lagi dia nyanyi lagu Taylor Swift tu. Bising nanti, jiran dengar". Walhal mereka tinggal agak jauh daripada orang ramai. Lokasi yang menjadi pilihan Syeeqa sendiri.

"Taknak!". Dan Daneen tetap bertegas dengan kata putusnya. Dia taknak jumpa dengan lelaki yang dianggap 'gatal' olehnya itu.

"If you could see that I'm the one
Who understands you
Been here all along
So, why can't you see?
You belong with me...

Standing by and waiting at your backdoor
All this time how could you not know, baby?
You belong with me
You belong with me...".

Nyanyian Daim itu masih didengari sampai ke dalam rumah mereka membuatkan Daneen bangkit daripada duduknya di sofa itu dan berjalan ke arah tingkap rumahnya.

Tingkap itu dibuka sedikit agar dia boleh mengintai figura itu buat kali ketiganya.

'Kesian lah pulak...'.

"Pergi sekejap je dekat dia tu, Daneen. Cakap baik-baik. Tak baik tau buat anak orang macam tu. Nanti dia sakit lagi macam mana? Apa kau nak jawab dekat mama dia nanti?". Suruh Adira buat kali keseribu pada malam itu membuatkan Daneen mengeluh perlahan sebelum dia berjalan ke arah pintu utama rumah itu.

Gugusan kunci yang tergantung di bahagian belakang pintu itu dicapai sebelum dia membuka kunci pintu itu. Pagar besi yang bermangga di bahagian luar juga dibuka menggunakan salah satu kunci yang ada di gugusan itu.

Mendengar sahaja bunci pintu pagar besi itu dibuka, terus nyanyian Daim tadi terhenti. Kepalanya diangkat dan terlihatlah Daneen yang memakai pijama bercorak strawberi itu keluar daripada pintu utama rumah itu. Senyuman nipis terlakar di wajah Daim. Yay! Berjaya!

Semakin lama, semakin dekat langkah Daneen dengan Daim yang sedang berdiri di dekat keretanya; di luar pagar.

Sampai sahaja di hadapan pagar utama itu, terus Daneen bertanya dengan nada suara yang macam nak taknak je, "Kau nak apa?".

"Nak minta maaf". Dengan penuh rasa bersalah, lelaki itu berkata. Mukanya turut dipaksakan untuk menjadi comel agar simpati boleh diraih daripada gadis di hadapannya itu.

"Sebab apa?". Tanya Daneen lagi, sekadar untuk menguji lelaki itu.

"Sebab hantar gambar-gambar tu. Tapi, sumpah! Sumpah aku taknak hantar kat kau pun. Aku nak hantar dekat Hyder". Nama Hyder ditutur perlahan.

"Hyder? Kau gay pulak dah?". Daneen menyilangkan tangannya ke dada.

"NO! Absolutely not! Aku cuma nak tanya dia baju mana yang sesuai. Aku nak hantar gambar tu dekat dia tapi tersilap hantar dekat kau. Salah aku. Salah aku sebab aku tak tengok dulu contact name tadi. Sorry--".

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now