DAIM menjeling sahaja wanita di sebelahnya yang sedang memakan aiskrim itu. Tadi bukan main teruk dia menangis masa mula-mula Daim sampai dekat dia, sekali Daim sua aiskrim... Terus diam.
"Kau kenapa nangis tadi?". Soal Daim dengan nada mendatarnya sambil mata fokus ke atas jalan raya. Tangan sibuk mengawal stereng kereta. Wajah didatarkan. Hanya mulut yang terkumat-kamit...
"Ada lah". Balas Daneen ringkas. Dia sebenarnya malas nak ingatkan kisah tadi, buat sakit hati je.
"Kau nak aku berhentikan kereta macam haritu ke? Lepastu paksa kau bagitahu. Macam tu?". Daim mula mengugut untuk melakukan teknik seperti beberapa hari lepas. Dah kalau degil sangat, itu je rasanya yang berkesan.
"Ish, suka paksa kan?!". Daneen berpaling ke arah Daim dengan muka yang dimasamkan.
"Memang pun. Sekarang ni, kau duduk elok-elok dekat kerusi kau lepastu kau bagitahu aku kenapa kau menangis macam mak hilang anak tadi". Daim menjeling ke arah kaki Daneen yang elok duduk bersila di atas kerusi tempat duduk penumpang di hadapan itu.
Selepas menyumpah seranah Daim di dalam hati kerana jantan tu suka sangat memaksa, Daneen akhirnya membuka mulut juga untuk bercerita.
"Tadi aku pergi blind date...".
"BLIND WHAT?!". Eh eh, terkuat pula suara cik abang dekat sebelah ni. Kenapa? Terkejut sangat ke kalau Daneen pergi blind date?
"Kau ni gelabah asal? Aku cakap tadi aku pergi blind date dengan sorang mamat ni. Lepastu kitorang pergi lah restoran kan...". Makin lama Daneen bercerita, makin ketat genggaman kedua tangan Daim pada stereng kereta itu. Cemburu eh bang? Nasib baik la Daneen tak nampak.
"... lepastu aku lapar masatu. Aku order la pasta dengan garlic bread dengan air kosong. Itu je kut. Lepastu kau tahu dia bagitahu aku apa?". Daneen kembali memusingkan kedudukan badannya agar boleh menghadap Daim buat kesekian kalinya. Baru syok bercerita. Walaupun Daim tak tengok pun dia kerana sedang fokus memandu.
" Tak tahu. And sunshine, unless you want me to lock you on my lap, please sit properly". Daim cuma risau jikalau jadi apa-apa yang membahayakan keselamatan wanita tu. Dengan duduknya tak betul. Nanti terlingkup ke depan baru tahu. Maka, terpaksa la dia ugut sikit.
"Gatal!". Daneen jeling Daim sekilas.
Sebelum dia menyambung ceritanya lagi selepas membaiki kedudukannya, "Lepastu dia cakap aku gemuk sebab nak makan banyak-banyak ni. Dia cakap yang 'bukan perempuan selalu pesan salad je ke?'. Pastu aku marah lah kan? Aku bangun lepastu aku simbah dia dengan mushroom soup. Pastu of course lah lepas tu dia sumpah seranah aku. He called me a 'bitch'. The end. Puas hati dengar cerita? Nak gelak, gelak arh. Kau pula aku hempuk guna stereng tu nanti". Ugut Daneen. Padahal Daim tak menunjukkan tanda-tanda nak gelak pun. Wajahnya mendatar sahaja.
"Apa nama dia?".
"Siapa?". Tanya Daneen kembali dengan riak wajah yang jelas-jelas kelihatan seperti sedang clueless itu. Daneen memang selalu macam ni.
"Partner blind date kau tadi".
"Yazid Hilmi. Kenapa kau tanya?".
"Nothing". Sepatah sahaja jawapannya.
"Oh... By the way kan... Kenapa kau telefon aku tadi? Kena pulak dengan masa tu". Kalau 'cerita' Daneen yang buatkan Daim berasa ingin tahu, kalini 'call' Daim yang tadi pula membuatkan Daneen berasa ingin tahu. Adil lah kan?
"Mama nak jumpa". Masih lagi dengan wajah datarnya yang terpasang.
"Puan nak jumpa??? Buat apa?". Nampak tak tanda soal lebih banyak daripada biasa tu? Itu maknanya, Daneen sedang keliru dua kali ganda + terkejut.
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...