BARU je sampai dekat depan pejabat ni, bulu roma Daneen sudah menegak semuanya. Seram sejuk pula dirinya terasa untuk masuk ke dalam bangunan ni. Macam mana kalau Daim halau nanti? Macam mana kalau Daim tak suka dia ada dekat sini? Macam mana kalau Daim benci dia?
Ya, semua kerisauannya tertumpu kepada Daim.
Lelaki itu susah dijangka dan tersangat lah menjengkelkan. Macam mana kalau dia ubah fikiran nanti lepastu halau Daneen keluar? Sumpah malu! Taknak, taknak!
Daneen menghembuskan nafasnya perlahan sebelum berjalan melangkah ke dalam bangunan pencakar langit itu dan terus menuju ke meja receptionist.
"Hi, saya-".
"Cik Daneen?". Tanpa sempat Daneen memperkenalkan diri, Ilia yang sedang berdiri di tepi receptionist syarikat itu, memotong. Seolah-olah memang dia sudah kenal dan sedang menunggu kedatangan Daneen.
"Ya, saya".
"Selamat datang ke Infinity LInes Holdings. Saya Ilia, pembantu peribadi Tuan Daim buat sementara waktu. Saya akan assist awak untuk harini". Ilia tersenyum manis seraya menghulurkan tangannya kepada Daneen yang masih terpinga-pinga itu. Lambat-lambat, dia sambut juga tangan Ilia itu. Bukan niatnya untuk berlaku sombong, cuma dia masih terkejut.
"Jom, saya bawa pergi jumpa Tuan Daim dulu". Oh no! Daneen taknak lalui fasa ni! Tak boleh ke kalau dia berkerja tanpa perlu melihat wajah beku mendatar tu? Eeee benci la!
"O-okay". Sampai tergagap Daneen dibuatnya kerana terlalu gementar.
"Jangan takut, Cik Daneen. Tuan Daim tu baik orangnya walaupun beku sikit. Sekarang ni, dia tengah tunggu cik. Katanya tak sabar nak jumpa PA baru dia ni". Ilia memulakan perbualan mesranya seraya membawa Daneen untuk berjumpa dengan majikannya itu. Part 'beku' tu, dia perlahankan sedikit suara dia.
'Ceh, tak sabar konon. Kau nak kenakan aku kan sebenarnya?'. Daneen berdecak sambil memutarkan bebola matanya tatkala Ilia tidak melihat.
"Oh...". Lepas je 'oh' tu, Daneen melepaskan tawa paling awkward di abad ini. Tak pernah dibuat orang untuk ketawa sejanggal itu. Nampak sangat berlakonnya!
"Bilik Tuan Daim ada dekat tingkat 10. Dekat situ hanya ada bilik dia dan kubikel yang agak besar untuk PA. Tak lain dan tak bukan, awak la orangnya tu. Lepastu kalau nak naik turun bangunan ni, awak kena guna lif biasa tau. Kalau awak bersama Tuan Daim, baru awak boleh naik lif VIP. Setakat ni faham, Cik Daneen? Maaf la kalau saya bercakap terlalu laju takpun terlalu banyak. Saya ni orang yang mudah excited sebenarnya".
Ilia dan Daneen bersama-sama melangkah masuk ke dalam lif itu lalu butang bernombor 10 ditekan oleh Ilia.
"Eh, takpe takpe. Saya faham je Cik Ilia".
"Hehe... Okay, lagi ape erk... Ha!". Seolah-olah ada mentol bercahaya yang muncul di atas kepalanya.
"Tuan Daim tak suka kopi. Dia hanya minum teh. Pelik kan?".
"Yup. Tak pernah lagi jumpa orang tak suka kopi". Tipu. Ini adalah suatu penipuan. Daim adalah bekas teman lelakinya. Jadi, secara teknikalnya dia memang sudah pernah menemui orang yang tak suka kopi. Kan?
"Kan kan? Saya pun kadang-kadang tak faham dengan dia tu. Lagi complicated daripada perempuan!".
Ting!
Tiba-tiba lif terhenti di lantai ketujuh dan pintu besi itu terbuka memunculkan...
"Eh, tuan?". Tegur Ilia sejurus sahaja Daim melangkah masuk ke dalam lif itu bersama mereka berdua.
![](https://img.wattpad.com/cover/340055857-288-k243811.jpg)
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...