11- Clubbing

4.4K 188 4
                                    

RUPANYA memang betul la Daim yang tulis semua rumor palsu tentang dirinya itu. Oh ya, Hyder juga terlibat sama dalam 'kejahatan' ini. Jadi, yang pagi tadi dia buat-buat cemas semasa terserempak dengan Daneen itu ialah lakonan semata-mata. Semuanya palsu!

Kenapa Daim merancang semua ni?

Kerana dia ingin mengomfirmasi sendiri tentang perasaan Daneen terhadap dirinya. Adakah wanita itu masih mencintai dirinya? Well, melihatkan Daneen yang begitu merisauinya tadi dan ada terselit rasa cemburu itu... Dia yakin! Masih ada peluang keemasan untuk dirinya memenangi kembali hati wanita itu.

Tapi... implikasinya adalah...

Sekarang ni sudah masuk tengahari dan daripada pagi tadi, Daneen tidak sedikit pun membuka mulut untuk bercakap dengan Daim melainkan tentang hal-hal kerja dan ini membuatkan Daim serba sedikit berasa risau. Yela, biasanya Daneen ni banyak soal, banyak cakap. Kalini dia diam sahaja dengan wajahnya yang mendatar itu. Nampak sangat masih marahkan Daim. Siapa suruh buat kerja bodoh macam tu lagi kan?

"Segala video dan gambar-gambar palsu itu dah di take down oleh bahagian IT kita. Jadi, Tuan Daim tak perlu risau lagi. Itu sahaja daripada saya. Ada apa-apa lagi?". iPad yang dipegang ditutup. Matanya memandang tepat ke arah mata Daim.

"Kau masih marahkan aku?". Soalan yang langsung tak berkait dengan hal pekerjaan!

"Saya rasa tak perlu kut saya jawab soalan tu. Kita kan dekat tempat kerja ni. Tolong jadi profesional sikit bol--".

"You look even more beautiful when you're angry. Marah lah aku lagi". Daneen tengah macam nak meletup sekarang ni, boleh pula Daim sibuk memuji wajah cantiknya itu. Pakej dengan tersengih-sengih pula tu. Ingat comel ke?!!

Tarik nafas, hembus nafas.
Tarik nafas, hembus nafas.
Tarik nafas, hembus nafas.

"Tuan Daim ingat saya main-main ke? Tuan Daim tahu tak saya penat berkejar naik tangga lepastu naik lif pula semata-mata nak sampai cepat dekat Tuan Daim sebab saya risaukan Tuan. Saya takut emosi Tuan Daim tak stabil. Lepastu Tuan boleh suka-suka je cakap yang ini semua prank? Tuan ada fikir tak perasaan saya? Saya benci penipu, Tuan Daim tahu tak?!". Terlepas juga segala amarahnya yang sudah ditahan-tahan sejak tadi itu.

" Yup. Aku ingat kau main-main". Masih lagi dengan senyum kambing dia tu.

"Waqeel! Im totally not joking!".

"Now, baru aku rasa kau tak main-main". Daim bangun daripada kerusinya dan berjalan mendekati Daneen yang berdiri tak jauh daripada mejanya itu. Lelaki itu kemudiannya mengambil tempat dengan duduk di hujung meja kerjanya sendiri itu.

"Lets get back together, hm?". Setelah mereka berdua terdiam seketika, Daim kembali membuka mulut lagi. Usaha pertama untuk memujuk agar Daneen kembali semua kepadanya.

"Dah banyak kali aku cakap, aku taknak. Tak faham ke, Waqeel? Aku taknak. Aku taknak ada hubungan istimewa dengan kau. Aku taknak ada apa-apa hubungan pun dengan kau. Berapa banyak kali lagi untuk aku cakap supaya kau faham ni?".

"Tapi kenapa? Kenapa dengan kau? We got broken apart 3 years ago because of unknown reason. Dan aku masih tak boleh terima kenyataan tu. Aku tak pernah faham, Daneen. Aku tak pernah faham kenapa kau nak putuskan hubungan kita. Yes, aku mengaku aku overprotective tapi takkan sebab tu je". Suara Daim sudah menghampiri takat merayu. Dia betul-betul ingin tahu mengapa Daneen memutuskan hubungan mereka tiga tahun lepas.

"Waqeel, please. Aku taknak cakap pasal ni. Aku cuma nak kerja, aku nak cari rezeki. Tolong faham aku, Waqeel". Dan Daneen betul-betul mahu Daim memahaminya.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now