36- Broken Into Pieces

3.3K 127 1
                                    

DARIPADA kejauhan, Daneen tenang sahaja melihat dua orang jejaka yang terlihat begitu serupa daripada belakang itu melakukan sesi senaman di halaman rumah keluarga Puan Rohaini itu. Katanya, lepas bersenam ni baru lah mereka akan menghantarkan Daneen pulang. Sebab tu lah Daneen setia menunggu di salah sebuah meja kecil yang ada di taman; berdekatan mereka berdua ini.

Dagunya ditongkat menggunakan sebelah tangan dan dia cuba mengamati pemandangan itu.

Kedua-dua figura di hadapannya itu langsung tidak boleh dibezakan jika dilihat daripada belakang kecuali perbezaan pada warna rambut mereka. Seolah-olah mereka berdua merupakan pasangan kembar.

Hyder dengan seluar sukan tiga sukunya yang sedang berlari setempat itu terlihat persis Daim dengan pakej ketinggian yang hampir sama sebiji. Yang membezakannya dengan Daim hanya lah warna rambut yang terlihat seolah-olah sedang bercahaya keemasan setiap kali jejaka itu berada di bawah cahaya matahari terik. Peluh yang melalui bahagian belakang badan Hyder turut terkena pada parut panjang yang masih dan akan terus kekal ada di situ.

Melihat sahaja parut itu, fikiran Daneen terus melayang ke arah Daim. Pandangannya turut dialihkan ke arah Daim yang juga hanya memakai seluar sukan tiga suku sama seperti Hyder tetapi sedang membuat push up tidak jauh daripada tempat kawan baiknya itu berlari setempat. Rambut Daim yang berwarna hitam pekat dibasahi peluh itu lebih menarik perhatian Daneen berbanding dengan emas di kepala Hyder.

"Tengok apa?". Suara garau itu tiba-tiba menegur membuatkan Daneen sedikit terperanjat. Kalau ada pasu bunga dekat sini, mungkin dah terlempar ke kepala sang penegur. Siapa tu?

Apabila Daneen memusingkan kepalanya, wajah Dilane menyapa. Yup, Dilane Al Waleed. Satu-satunya adik kepada Daim. Kalau dilihat daripada yang ini, mereka tidak seiras langsung! Boleh jadi kalau orang tak kenal tengok, mereka akan ingat Daim dan Dilane ni bukan adik beradik.

"Tengok... diorang...". Kekok Daneen menjawab. Bukan apa, dia sedikit tidak terbiasa berbual berdua dengan lelaki ini. Bahkan tak pernah pun kut berbual berdua dengan Dilane sepanjang lebih lapan tahun dia mengenali keluarga ini.

"Biar aku betulkan. Kau tengok Daim je kan sebenarnya?".

"Takdela! Saya memang betul-betul tengok mereka berdua". Pantas Daneen membantah. Terasa membahang pula wajahnya saat ini. Malu dituduh sebegitu rupa walaupun memang dia merenung Daim lebih lama tadi.

"Chill sis. I know. Saja je nak usik". Heh! Lebih kurang sama je perangai dengan abangnya. Annoying tu tak lari langsung!

"Aku pelik lah, kenapa kau putus dengan abang aku eh? Oh by the way, ni bubur ayam yang mama buatkan untuk kau. Dia suruh makan sampai habis dulu sebelum balik". Tak perasan lah pula Daneen yang lelaki di hadapannya itu memegang semangkuk bubur ayam yang kini sudah diletakkan ke atas meja kecil itu.

"Terima kasih".

"Yup, no problem. Rasanya abang aku okay je kut tapi kenapa korang putus erh? Dia ada buat hal ke?". Dilane mengulangi persoalannya tadi. Masih terasa ingin tahu.

"Ya, Daim memang baik. Cuma dulu tu dia overprotective sikit la tapi tu bukan sebab utama saya putuskan hubungan dengan dia". Daneen membuka bunga cerita apabila Dilane sudah mengambil tempat duduk di kerusi di hadapannya. Sedikit menghalang pemandangannya.

"Dahtu kenapa?".

Untuk menjawab persoalan ini, Daneen hanya mengangkat bahu. Dia juga menarik nafas lega tatkala melihat Daim yang sudah menuju ke arah meja yang diduduki oleh dia dan Dilane itu. Bagus lah kalau ada Daim, tak payah la dia nak buka topik ni lagi. Daneen tidak suka membicarakan topik ini. Langsung.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now