50- 12 Dulang & Backstory

3.6K 142 1
                                    

SESUAI dengan tajuk dan memandangkan hari ini ialah hari persandingan pasangan pengantin baru Daim Al Waqeel dan Daneen Isabella, kita akan melihat-lihat sedikit apa yang 12 dulang tu which some of them are not really trays.

Seramai dua belas orang groomsmen memasuki dewan itu dengan dipimpin oleh Hyder yang segak memakai sut lengkap berwarna hitam itu. Kesemua dua belas orang manusia itu masing-masing memegang satu dulang (seorang satu) yang berisi hantaran daripada pengantin lelaki untuk pengantin perempuan.

"Abang, kenapa empat yang belakang tu macam tinggi semacam je?". Daneen yang sedang duduk di pelamin bersama Daim itu berbisik ke telinga suaminya.

"You will see". Daim yang segak memakai sut putih itu hanya tersengih-sengih membuatkan Daneen menterbalikkan matanya. Orang tanya betul-betul, dia jawab main-main pula!

"Tak seronok lah abang ni". Daneen mencebik.

"Surprise tu sunshine, mana boleh bagitahu sekarang".

"Dipersilakan para groomsmen untuk meletakkan kedua-dua belas dulang hantaran di tempat yang disediakan". Pengumuman itu dibuat oleh emcee majlis bersanding yang diadakan di SN Forever Hotel itu. Salah sebuah hotel termewah di Malaysia.

Daripada dulang pertama sampai dulang kelapan, semuanya bersaiz normal lagi. Ada di antaranya merupakan heels, handbag, perfume... ala yang biasa orang bagi tu. Tapi...

Hantaran ke sembilan sampai kedua belas ni macam pelik sikit sebab saiz dia ekstra gergasi. Dah macam sesuatu sangat. Dan keempat-empat hantaran itu tidak disertakan dengan dulang sebaliknya harus dipegang khas oleh para groomsmen.  Hantaran-hantaran itu juga kelihatan berbentuk segi empat di sebalik kain yang menutupinya itu.

"Abang, cepat lah bagitahu... Daneen nak tengok". Makin tidak sabar Daneen dibuatnya.

"Okay, okay...". Daim lalu mengisyaratkan Hyder supaya menyuruh keempat-empat groomsmen tadi untuk membuka kain yang menutupi hantaran-hantaran misteri itu.

Selepas sahaja suara Hyder berbunyi memberi arahan, terus dengan serentak keempat-empat kain itu ditarik to reveal four perfect paintings yang mana salah satunya ialah lukisan yang hanya ada sebiji titik sahaja di tengahnya.

Bukan Daneen sahaja terkejut dengan hantaran-hantaran ini, malahan seluruh dewan turut ternganga mulut. Ada yang sibuk menaip di Google untuk mencari tahu harga lukisan-lukisan itu.

"Kenapa macam pernah tengok eh?". Soal Daneen. Berkerut dahinya apabila memandang keempat-empat lukisan itu.

"Tak membazir kalau kita beli untuk orang yang kita sayang". Daim tersenyum seraya mengulang kata-kata yang pernah diungkapkannya dua tahun lepas.

"Jap... Ini lukisan-lukisan daripada galeri tu ke? Yang kita pergi tu? Yang abang tak kejut Daneen masa Daneen tidur during the auction tu kan?". Banyak betul soalannya.

"Yup".

"Jadinya lukisan-lukisan tu untuk Daneen la? Daneen ke orang yang abang sayang tu?".

"Who else, sunshine?".

🐳

KINI mereka sudah berada di rumah banglo cottage core Daim yang dihadiahkan kepada Daneen dua hari lepas sebagai mas kahwinnya. Lepas je majlis bersanding semalam, Daim dan Daneen bermalam di rumah keluarga Puan Rohaini dan Encik Zakaria sebelum pagi ni mereka bertolak pulang ke rumah ini.

Dan ya...

Kini, lokasi rumah itu tidak lagi menjadi rahsia kepada ahli keluarga mereka berdua. Sebulan sebelum kahwin lagi Daim sudah memberitahu mereka semua tentang kewujudan rumah itu.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now