17- Happy Birthday Video

3.7K 190 4
                                    

VIDEO yang terpapar di laptop milik Daim itu terus ditekan tanpa sempat dia melihat skrin berbentuk petak itu. Sejurus selepas menekan butang 'mula' yang ada di hadapannya, Daim terus menundukkan kepalanya untuk melihat jikalau ada mesej yang masuk.

Dia sebenarnya sedang merisaui Daneen yang tiba-tiba sahaja tidak masuk kerja pada hari ini. Fokusnya juga telah melayang keluar daripada bilik mesyuarat itu.

Nasib baik lah Daim sudah menyuruh pembantu peribadinya itu untuk menghantar video presentation yang telah disiapkan kelmarin. Kalau tidak, haru juga dia nak menelefon Daneen hari ini. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Kan?

"Happy birthday, sayang!".

Tiga perkataan yang mulai keluar daripada audio video tersebut membuatkan seluruh ahli mesyuarat yang tadinya fokus terharap layar putih di hadapan mereka itu, berpaling ke arah Daim. Daim yang masih menundukkan kepala itu ternyata masih lagi tidak sedar dengan renungan orang lain terhadapnya.

"I harap you dapat kerja baik-baik, jaga syarikat you baik-baik and nanti kita boleh kahwin!".

Lagi-lagi suara daripada video yang terpapar di atas layar putih di bilik mesyuarat itu membuatkan semua manusia yang berada di ruangan itu terkedu habis. Ada yang ternganga mulutnya. Ada yang berbisik-bisik sesama mereka. Ada juga yang masih merenung pelik figura Daim yang kelihatan tenang sahaja itu. Barangkali masih menilik telefon pintarnya. Masih tak sedar yang dia sudah tersalah pasang video lain.

"I sayang you tau, Waqeel!".

Kalini, lagi lah semua orang di situ terkejut. Tiada siapa pun yang pernah memanggil lelaki beku di hadapan mereka ini dengan nama panggilan itu. Daim sendiri memberi arahan tegas kepada mereka agar tidak memanggilnya dengan nama 'Waqeel'. Dia tak suka. Tapi... Perempuan dalam video ni senang-senang sahaja memanggilnya sebegitu rupa.

Setelah dalam lebih kurang dua minit menonton video Daneen mengucapkan 'selamat hari lahir' kepada Daim itu; instead of the real presentation video, mereka semua akhirnya terdiam. Video itu juga sudah tamat.

'Asal senyap je ni?'. Omel Daim sendiri apabila suasana di sekelilingnya menjadi senyap sunyi. Sampai boleh dengar cicipan bunyi burung gagak walaupun tiada seekor pun burung gagak di situ.

Dan barulah pada saat itu Daim mengangkat kepalanya. Only to find all of their eyes were on him. Tengok Daim macam nak makan. Semua manusia di dalam bilik mesyuarat itu masih tercengang.

"Kenapa tengok saya macam tu? Awak semua faham tak? Atau dia present tak jelas?". Laju Daim bertanya.

"Bukan apa Tuan Daim tapi... apa kata Tuan Daim tengok skrin laptop Tuan tu". Takut-takut Kak Juwita menyuruh majikan besar mereka itu untuk memeriksa semula skrin alat elektroniknya itu.

"Kenapa dengan laptop saya?". Belum tengok lagi, malahan dia masih ingin bertanya kerana merasakan yang mereka semua ini sedang berkelakuan aneh. Tak seperti biasa.

"Tengok dulu, Tuan". Pinta Kak Juwita lagi. Manusia paling berani dekat situ. Kalau orang lain, mati hidup balik pun taknak memulakan perbualan dengan Daim kecuali jika perlu dan mestilah berkaitan hal kerja sahaja. Jokes? No. Other than that? No. Itu prinsip yang ditanam dalam diri setiap pekerja di sini.

Namun begitu, walaupun mereka semua berkelakuan sebegini... tak semestinya mereka tidak rapat dengan majikan mereka ini. Bagi para perkerja di sini, Daim adalah seorang bos yang sangat baik dan tidak sombong. Cuma perwatakan dia sahaja yang dingin. Para perkerja di sini masih sangat menyayangi Tuan Muda mereka yang satu ini.

"Okay". Terus sahaja Daim mengalihkan pandangannya daripada Kak Juwita ke arah skrin laptopnya.

Pertama sekali, tajuk video itu dibaca perlahan.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now