RAMAI yang tidak mengetahui satu fakta tentang Daim Al Waqeel ni. Bukan ramai, rasanya memang semua orang tak tahu lagi fakta yang satu ini tentang si Daim ni.
Di waktu lapang, Daim gemar untuk menunggang kuda. Selalu juga la dia pergi ke tempat-tempat yang boleh menyewakannya seekor kuda untuk ditunggang. Selalunya Daim akan ditemani oleh Hyder. Macam sekarang ni la.
Boleh dikatakan yang Daim ni adalah seorang equestrian.
Kalau ditanya pakcik Google, apakah itu equestrian? Maka, mungkin begini lah jawapannya...
Apa yang dipanggil ekuestrian?
Ekuestrian ialah seseorang yang terlibat dengan kuda.Mudah sekali untuk difahami bukan? Ha, kalau tak faham juga tu, tak tahu la nak cakap apa.
Hyder memandang pelik ke arah Daim yang sedang menunggang kuda dengan agak kencang itu. Tak la pelik sangat sebab dia tahu, Daim sedang tertekan sekarang ni. Dia dah masak dengan perangai Tuan Mudanya itu.Mana taknya, tengok la sekarang. Ini dah waktu masuk pejabat ni. Dah nak masuk waktu makan tengahari dah pun. Daim masih juga enggan ke pejabat. Daripada pagi tadi duduk melepak dekat ladang kuda ni. Yang kena tunggunya, Hyder. Mana tak masak kawan tu.
"Tuan! Kita masuk office jom?!". Pekik Hyder sedikit kuat kerana di tahu, si keras kepala berwajah beku itu belum tentu lagi akan mendengarkan suaranya jika dia bercakap dengan menggunakan nada seperti kebiasaannya.
Kerana mendengar pekikan Hyder itu, Daim memberhentikan kudanya hampir sahaja dengan figura pembantu peribadinya itu.
"Fuh... Huh... Huh...". Nafasnya ditarik dan dihembus kasar. Cuba untuk mencari rentak pernafasan normal setelah melakukan aktiviti yang boleh dikira sebagai bersukan itu. Bersukan lah tu kalau dah banjir ketiak.
"Okay... Okay... Fuh...".
Dan Hyder masih setia menunggu untuk Tuan Mudanya untuk boleh berbicara dengan sempurna.
"A... Ku... Aku taknak masuk office harini. Kalau kau nak, kau masuk sorang-sorang". Kenapa Daim membuat keputusan sebegini? Just wait and read...
"Tuan... Tuan tak boleh macam ni. Saya tahu PA kesayangan cinta hati intan payung bagai bulan dipagar bintang Tuan tu cuti seminggu... Tapi takkan lah Tuan yang sebagai CEO terpaling kacak menawan lagikan baik hati dan berwibawa ni pun nak cuti seminggu juga? Nanti siapa nak uruskan syarikat tu?". Kalau tak panjang lebar memuji tu, bukan Hyder lah tu jawabnya.
" Kau la handle". Daim ketawa kecil seraya turun daripada kuda itu. Sejurus sahaja dia berbuat sedemikian, terus ada seorang penjaga ladang kuda itu datang untuk menguruskan kuda putih yang diberi nama Nolla itu.
"Nak suruh syarikat tu lingkup, suruh la saya handle. Saya okay je". Seloroh Hyder sembari mencapai sebotol air mineral yang telah dibuka untuk diberikan kepada Daim yang sudah mengambil tempat duduk di sampingnya itu.
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...