46- Week Of Trynna Win Her

3.3K 145 7
                                    

HARI PERTAMA

KELUAR je daripada rumah kakaknya yang dijadikan tempat tinggalnya buat dua tahun lamanya itu, dia ternampak seorang jejaka yang sedang bercakap-cakap dengan kakaknya Dian, di depan pintu rumah itu.

Siapa lagi kalau bukan Daim...

"Baru siap?". Daneen yang disoal secara tiba-tiba oleh Dian itu terdiam seketika. Matanya terpaku ke arah tangan Daim yang memegang sebuah beg kertas dan sejambangan.... hmmm... nak cakap macam tak kena tapi lelaki itu memegang sejambangan cupcakes yang bercorak persis seperti bunga ros.

"Morning, sunshine". Tegur suara itu menyedarkan Daneen daripada lamunannya.

"Awak buat apa kat sini? Kak, bukan kau nak pergi hantar Dhamir ke?". Satu soalan untuk lelaki di hadapannya, satu lagi soalan untuk Dian.

Tersengih-sengih Dian sebelum menjawab, "Aku baru balik daripada hantar Dhamir lah ni. Tiba-tiba nampak Daim dekat sini. Sembang sekejap dengan dia. Katanya nak hantar kau pergi kerja".

"Betul tu. Dian cakap kau kerja dekat kedai kek erh? Let me send you there, okay? Just tell me the location". Kata Daim sambil menghulurkan jambangan kek cawan yang comel tadi kepada Daneen. Wanita itu menyambut jambangan itu dan menarik hujung lengan baju Daim ke suatu tempat yang jauh daripada Dian untuk mengajaknya berbicara.

Tajam Daneen merenung lelaki itu.

"What?". Soal Daim.

"Awak buat apa ni?".

"Buat apa, apa?". Soalan berbalas soalan berbalas soalan. Elok lah tu.

"Waqeel, serius sikit boleh tak?".

Daim tergelak kecil sebelum menyatakan hasratnya kemari pada hari itu.

"Sunshine... Kau sendiri bagitahu aku yang kalau aku berjaya buatkan kau makin jatuh hati dengan aku dalam masa seminggu, kau akan terima lamaran aku kan? So, this is day one".

'Alamak...'. Telan air liur perit Daneen dibuatnya. Kenapa? Kerana dia betul-betul terlupa akan syarat yang dia sendiri letak ke atas lelaki itu.

"Oh...". Hanya itu sahaja yang mampu dituturkan oleh Daneen pada saat ini. Renungan matanya mulai melembut.

"' Oh' je?".

"Awak bawa apa tu?". Daneen menjeling sedikit ke depan untuk melihat isi di dalam beg kertas yang dipegang oleh Daim itu.

"Some more cupcakes for my colleagues. Kenapa? Kau nak jugak ke yang ni? Kalau nak, aku boleh je bagi".

"Apa awak nak saya gemuk ke makan cupcake banyak-banyak?". Lah. Macam tu pulak? Haih, perempuan perempuan... (saya perempuan jugak).

🐳

HARI KEDUA

"HELLO, sunshine...". Haih... Dia ni lagi. Baru dua hari berlalu, Daneen dah penat nak tengok muka dia. Mana taknya, semalam muncul depan rumah. Harini muncul depan kedai kek tempat dia bekerja ini pula.

Seperti biasa, di tangan lelaki itu ada sejambang sesuatu. Kalau kelmarin jambangan kek cawan, harini tak tahu la apa yang terbungkus elok itu.

"Hai, Waqeel".

"Balik dengan siapa?". Soal Daim lalu mengambil tempat duduk di atas bangku tidak jauh daripada tempat duduk ku.

"Tunggu Dian. Tapi lewat pula di harini. Mungkin dia tengah ambil Dhamir kut".

"Balik dengan aku lah, okay tak?". Jambangan tadi dihulurkan ke arah Daneen dan wanita itu menyambut huluran itu. Matanya berlaih ke arah sesuatu yang tersembunyi di balik bunga-bungaan palsu itu.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now