16- Flowers

3.8K 197 5
                                    

"ITU sahaja. Ada apa-apa lagi, Tuan Daim?". Daneen menutup iPadnya dan matanya kembali terarah kepada lelaki yang sedang duduk di kerusi kerjanya itu. Tangan lelaki itu sibuk menaip di papan kekunci komputernya itu. Entah apa yang ditaip pun, tak tahu.

"Lepas kau keluar ni. Pesan dekat semua orang, jangan masuk bilik aku tanpa kebenaran. Jangan ketuk pun pintu aku. I will be busy till evening". Pesan Daim tanpa sekalipun dia memandang ke arah Daneen. Matanya hanya fokus kepada skrin berbentuk petak di hadapannya itu.

"Baik, Tuan. Lagi?".

"Telefon Hyder, suruh dia masuk bilik ni nanti". Ini arahan kedua. Masih kedengaran nada suara yang agak tegas dan dingin di sepanjang kata-katanya. Apa kena dengan Daim harini, ni? Sakit ke? Atau datang bulan?

"Baik. Itu sahaja ke?".

Malas nak menjawab soalan Daneen, Daim hanya mengangguk perlahan sebelum membuat isyarat tangan untuk menyuruh gadis itu keluar daripada bilik itu.

'Eleh, cuba bukak mulut tu. Allah bagi mulut tu, taknak guna'. Daneen menyumpah seranah bos besarnya itu dalam diam. Sempat juga dia menjeling Daim; berharap agar lelaki itu tidak perasan kerana dia geram dengan sikap Daim yang agak pelik harini. Sikap Daim yang kurang bercakap, ekstra dingin dan bermacam-macam lagi lah. Stressing out sangat ke kerja dia tu?

"Saya keluar dulu. Kalau nak apa-apa, tekan je interkom tu tau!".

Sekali lagi, Daim hanya mengangguk.

Tanpa banyak bunyi lagi, Daneen terus berjalan keluar daripada bilik berdinding serba kaca itu; menuju ke arah mejanya yang berada tidak jauh daripada situ.

Sampai sahaja ke tempat yang dituju, dahinya berkerut habis apabila matanya menangkap sejambang bunga mawar merah yang elok terletak di atas meja kerjanya itu. Di dalam jambangan bunga itu, kelihatan sekeping kad ucapan kecil berwarna putih.

Kerana menyangkakan yang Daim ialah orang yang memberikan bunga ini kepadanya, kad ucapan itu dicapai daripada celahan mawar-mawar merah itu. Mana lah tahu kan, ini cubaan ke seratus ribu kali yang dilakukan oleh Daim untuk menyuruh Daneen kembali ke pangkuannya.

Namun, sangkaan Daneen meleset habis apabila tulisan di atas kad ucapan itu berbunyi:

Miss you, baby.
Lets meet and try again.
-E.

Serta merta bulu romanya naik mencancang kesemuanya kerana dia tahu siapakah gerangan pemberi jambangan bunga ini dan orang itu bukanlah Daim. Pasti.

Tanpa berfikir panjang lagi, kad ucapan itu dikoyak geram dan dibuang ke dalam tong sampah berhampiran lalu jambangan bunga mawar merah yang masih berada di atas mejanya tadi dicapai lalu dicampak ke lantai. Bunga-bungaan itu dipijak-pijak oleh Daneen menggunakan kasut tumit tingginya. Dia betul-betul geram dengan pemberi bunga ini. Dia benci pemberi bunga ini!

'Lantak arh bersepah pun!'. Kakinya terus memijak dan memijak bunga itu sehingga sebahagian besar daripada kesemuanya layu dan hancur.

Daripada kejauhan, Daim sudah berdiri selama dua minit; beberapa meter jauh daripada Daneen. Menyaksikan segala aksi melepaskan kegeraman yang dilakukan oleh Daneen. Bukan niat sebenarnya ingin 'mengintip' sebegitu rupa. Asalnya, Daim pelik kenapa Hyder masih belum masuk ke dalam biliknya sedangkan dia sudah menyuruh Daneen memanggil lelaki tu sebentar tadi. Jadi, dia membuat keputusan untuk bertanyakan kepada Daneen sendiri.

Oh and if you're wondering, the intercom works all fine! Tetapi... Daim ingin juga bersemuka dengan Dameen. Daim tak boleh kalau bercakap dengan gadis itu tanpa melihat wajahnya.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now