"SUSAHNYA kalau takde dia. Baju pun aku tak reti nak pilih!". Serabut betul Daim dibuatnya apabila kepalanya naik pening memikirkan tentang baju yang sesuai yang perlu dia pakai untuk acara makan malam yang akan berlangsung lebih kurang dua jam daripada sekarang.
Biasanya kalau dulu, Daim nak pergi mana-mana je, mesti dia akan tanya pendapat Daneen tentang pakaian yang sesuai untuk dipakai. Sekarang ni kalau dia tanya Daneen lagi, memang kena hempuk la esoknya oleh gadis itu.
Yup, sudah tiga tahun berlalu dan Daim masih lagi berada dalam dilema ini. Isunya nak pilih pakaian tanpa bantuan Daneen je pun. Ish ish ish.
Dengan tuala yang masih terikat kemas di pinggang, rambut yang masih belum dikeringkan, Daim duduk di birai katilnya sambil merenung skrin telefon yang berada di tangannya itu. Berfikir samaada patut ke tidak dia dail nombor Daneen. Acara ini penting dan dia betul-betul perlukan bantuan gadis itu!
"Haduh, nak telefon ke tak eh?". Daim mengetuk-ngetuk jarinya pada skrin telefon itu. Masih lagi sedang berada dalam dilema. Dilema yang cukup meresahkan buatnya.
Kini nombor telefon Daneen sudah betul-betul berada di hadapan matanya. Tinggal tekan je.
"Arh, nanti dia cakap apa pulak? Kau ni dah besar Daim, takkan semua benda nak berharap dekat Daneen!". Lelaki itu membebeli dirinya sendiri. Betul lah tu, semua benda kalau boleh dia nak letak atas bahu Daneen. Kalau boleh, dia nak Daneen yang pegangkan semua kad bank, kad debit, kad kreditnya. Daim ni nampak je tegas dan beku tapi dia sebenarnya seseorang yang cukup manja dan tidak boleh melakukan mana-mana aktiviti sendiri. Kena ada orang yang teman dan orang itu ialah Daneen. Simp giler kan dia dekat perempuan tu? Memang!
"Tak payah Daim, tak payah. Baik kau contact Hyder je". Hyder Zafran! Fuh, nasib baik nama tu muncul di benak fikiran Daim. Tak perlu lagi dirinya merisaui tentang patut atau tak dia hubungi Daneen.
Figura itu mencapai dua helai kemeja berwarna putih dan hitam lalu berjalan ke arah cermin besar dan panjang yang terlekat elok di salah satu pintu almarinya itu. Kedua baju tadi dipegang menggunakan tangan kanan dan tangan kirinya memegang telefon untuk menangkap gambar figuranya bersama dua helai baju itu.
Kecekak!
Kecekak!
Kecekak!Ketiga-tiga gambar itu dibelek seketika sebelum dia menghantarnya kepada nombor yang berada di hadapan penglihatannya itu; menyangkakan yang itu ialah nombor Hyder.
Little did he know...
🐳
DANEEN yang sedang ralit bersiap untuk majlis makan malam itu secara tidak sengaja meninggalkan telefonnya di atas meja makan. Dirinya pula sedang sibuk memakai baju di biliknya.
Sedang dia sibuk ingin memilih antara gaun merah yang extravaganza ini atau gaun hijau muda yang telah dipakai olehnya tahun lepas semasa sambutan hari jadinya, namanya dipekik kuat oleh Adira daripada dapur.
"NUR DANEEN ISABELLA BINTI AHMAD ISMA!!!". Dah la suara Adira tu kuat, dia panggil pula dengan nama panjang. Nasib baik tak pecah je dinding rumah sewa mereka bertiga itu.
"APEDIE, RAJA ADIRA RUHAILA BINTI RAJA ISKANDAR!?!". Adira panggil nama panjang Daneen, Daneen panggil Adira JUGA menggunakan nama panjang gadis itu.
"Daim text kau!!!". Makin lama, makin dekat pula suara tu. Apa Adira ni sedang berlari naik ke atas ke? Penting sangat ke mesej Daim tu?
"Biarlah dia! Tak pen--".
Boom!
Belum sempat Daneen nak menghabiskan kata-katanya, Adira sudah menerjah masuk ke dalam biliknya. Kalau pecah pintu tu, memang Adira lah ya kena ganti. Daneen taknak bertanggung jawab.
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...