12- Overnight

4.4K 200 4
                                    

"TERIMA kasih la sebab dah hantar anak mama balik. Kalau takde Daneen ni, mungkin dia dah bermalam agaknya dekat kaunter kelab tu. Mama dah pesan jangan pergi, jangan pergi tapi dia pergi jugak. Haih, budak tu". Puan Rohaini memicit-micit dahinya. Seolah dia sedang agak pening memikirkan hal Daim itu.

"Eh takde pape la, Puan. Lagipun bukan saya yang pandu kereta. Hyder yang bawa. Saya ni tukang pujuk Daim je, suruh dia balik. Itu pun nasib dia nak". Daneen cuba untuk tersenyum manis kepada Puan Rohaini walhal dia sudah mengantuk gila-gila sekarang ni.

"Hm, yela. Tapi ni dah lewat ni, Daneen masih nak balik ke rumah sewa Daneen ke? Tak bahaya ke ni, nak?". Puan Rohaini mengusap tangan kanan Daneen dengan lembut. Dia sebenarnya ingin memujuk gadis itu agar tidur di sini sahaja. Bahaya kalau balik malam-malam ni. Hyder tu bukan boleh percaya sangat, buatnya dia campak si Daneen ni tengah-tengah hutan... menangis budak tu. Ini pun dah lesap dah si Hyder ni. Mungkin sudah naik ke bilik untuk tidur. Ya, Hyder tinggal di rumah ini. Dia ada rumah sendiri cuma kadang-kadang, dia akan bermalam di sini.

"Nanti saya minta Hyder hantarkan".

"Jap, mama pergi panggil Hyder dekat atas". Sebenarnya berat hati Puan Rohaini ingin menyuruh wanita itu pulang. Yela, ni dah lewat. Kalau jadi apa-apa memang dia la kena bertanggungjawab. Daneen keluar di pagi buta ini kerana anak terunanya.

"Hm". Daneen mengangguk lalu menyaksikan Puan Rohaini mendaki anak tangga untuk ke bilik tidur Hyder. Dalam hati, Daneen berdoa agar lelaki itu tak tidur lagi. Dia betul-betul taknak menyusahkan Puan Rohaini dengan tidur di sini. Nanti kena kemaskan bilik tetamu untuk dia lagi. Plus, esok dia kerja!

Daneen menggoyang-goyangkan kaki sambil duduk di atas sofa lembut berona kelabu. Matanya asyik memandang ke sekeliling ruang tamu itu. Hiasan yang amat sederhana bagi Daneen tetapi sangat cantik. Sederhana-sederhana pun, perabot tu mahunya berharga sama dengan harga rumah sewanya. Mahal!

Matanya tertancap pula ke arah deretan bingkai gambar kecil yang tersusun kemas di atas meja berhampiran dengan televisyen itu. Kerana berasa tertarik dengan pemandangan itu, Daneen bangun dan berjalan menuju ke arah meja itu.

Satu persatu daripada gambar-gambar itu diperhatikan olehnya. Sesekali dia tersenyum kecil.

Ada gambar keluarga Daim, consisted Puan Rohaini, Encik Zakaria, Daim dan adik tunggalnya Dilane. Ada juga gambar Daim yang memakai jubah graduasinya. Ada gambar raya mereka sekeluarga dan...

Ada juga gambar dia bersama Daim, berdua. Bingkai gambar itu dipegang sekilas. Daneen ingat gambar ini. Gambar ini ditangkap oleh Dilane tepat di hari penyerahan syarikat Encik Zakaria itu kepada anak sulongnya, Daim. Dalam gambar ini, dia cantik memakai gaun satin berwarna putih manakala Daim kelihatan begitu segak dengan suit yang juga berwarna putih.

"This picture is 4 years old". Daneen tersenyum tawar. Tak sangka keluarga ini masih menyimpan gambarnya yang satu ini walaupun mereka tahu yang Daneen dan Daim sudah berpisah lama dan mungkin takkan kembali bersama lagi.

"Daneen rindu Daim?". Suara lembut milik Puan Rohaini itu tiba-tiba sahaja menyapa pendengarannya.

'Haduh! Mesti Puan dah lama berdiri kat sini. Tulah kau!'. Daneen memarahi dirinya sendiri. Malu!

"Eh, takdela Puan. Saya saje je tengok-tengok tadi. Tak perasan pula Puan dah ada dekat sini tadi. Hehe, sorry". Lekas-lekas Daneen meminta maaf.

"Daneen tahu kan yang he will only love you and noone else. No matter how hard you or even me or anyone else ask him to forget about you? Daneen tahu kan yang Daim masih tunggu Daneen, sayang?". Siang tadi anak, malam ni mak pula yang cuba untuk memujuk.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now