32- 2007

2.8K 127 5
                                    

ATAS bawah, atas bawah Hyder melirik figura yang sedang duduk bersahaja di sofa itu. Tak la, kalau datang melawat rumah orang untuk lepak-lepak sejam dua takpela. Ini dah empat jam! Dah malam dah pun! Yang Daim tak balik-balik lagi ni apa pasal?

"Kau memang taknak balik eh?". Dah habis sopan dah soalan yang diajukan oleh Hyder tu. Punya lah taknak bunyi macam menghalau sangat. Kenyataan, memang dia nak halau pun Tuan Mudanya ini.

"Aku tidur sini la malam ni". Bertih jagung yang entah daripada mana diambilnya itu, disuakan ke mulut sejurus selepas Daim menyatakan hasratnya itu.

"Eh, mana boleh! Amboi kau, rumah punya lah banyak. Dekat sini jugak kau nak tidur eh?". Hyder bercekak pinggang.

"Satu malam je, Hyder. Aku malas nak balik. Nanti mesti si Raisya tu ada lagi dekat rumah mama. Pastu kalau aku balik rumah aku, nanti kalau dia sekeluarga datang macam mana?". Macam-macam alasan yang ditaburkan oleh Daim semata-mata tidak mahu pulang.

"Tidur la dekat cottage house kau tu. Takde orang tahu location rumah tu selain aku, kau dan Daneen kan? Ha, okay lah tu".

Mendengar sahaja cadangan Hyder itu, terus Daim mengalihkan fokusnya kepada lelaki di sebelahnya itu. Riak wajahnya terlihat seperti berada dalam kesedihan? Atau kerisauan? Entah, emosi Daim ni memang agak sukar untuk dijangka.

"Kau tahu kan aku tak boleh".

Hyder mengeluh perlahan sebelum berkata, "Semua sebab Daneen ke? Kalau kau balik dekat rumah tu, semua kenangan kau dengan dia will flash in front of your eyes? Macam tu?".

Daim mengangguk.

"Daim... Aku bukan apa lah kan. Well, I might be wrong tapi rasa lah kan, you gotta let all of that go away. You gotta let her go away. Aku nak kau sedar yang dia sendiri dah beberapa kali tolak kau. Kau kena berhenti berharap, Daim. Ini untuk kebaikan kau juga. Let go of all of the memories. Kau kena move on". Bahu Daim ditepuk beberapa kali oleh Hyder. Dia hanya inginkan yang terbaik untuk sahabatnya ini.

"Haih...". Buat seketika, Daim termenung jauh. Rancangan di televisyen langsung tidak dihiraukan. Fikirannya melayang, memikirkan kata-kata Hyder tadi. Ada juga betul nya... Kan?

"Takpela, Daim. Memandangkan kau ni kawan baik aku dan aku taknak kau potong gaji aku... Kau tidur jela sini. Tapi bilik, kau kemas sendiri. Aku mengantuk. Aku nak tidur sekarang". Hyder bangun daripada sofa selepas merampas mangkuk bertih jagung yang sudah kosong daripada tangan Daim. Niatnya ingin membawa bekas itu ke dapur. Nak harapkan Daim? Heh, nanti dia tinggal je dekat situ. Buat sesedap rasa.

"Serius lah ni?". Bersinar-sinar mata Daim; penuh harapan.

"Ya... Pergi lah. Bilik sebelah bilik aku tu".

"Thanks, Zafran". Daim tersenyum nipis kepada Hyder. Dia bersyukur kerana dikurniai rakan sebaik Hyder. Walaupun kadang-kadang tu seorang Hyder Zafran boleh jadi annoying nak mampus!

"Hm. Jangan tidur lewat sangat or you will hear some sinful sound daripada jiran aku". Hyder melorek senyum sinis sebelum berlalu ke dapur; meninggalkan Daim terpinga-pinga di situ.

'Pebende mamat tu maksudkan?'. Pelik juga Daim. 'Sinful sound'? Apa maksud Hyder? Kawasan rumah dia ni kawasan berdosa ke? Astagfirullahalazim!

🐳

2007

"ARGH!!!".

Balik je daripada sekolah, dia terdengar jeritan nyaring itu datang daripada bilik sahabat hidup dan matinya. Dia tahu apa yang mengundang jeritan itu. Lantas sahaja beg sekolah dihempas ke lantai dan pisau poket dikeluarkan daripada beg itu.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now