PAGI ni Daneen terbangun lewat sedikit dek kerana dia tidur terlalu lena pada malam harinya (semalam). Kenapa? Biasalah perempuan ni, overthinking lah kerjanya. Yela, semalam kan Daim letak gagang macam tu je. Maka Daneen ingat yang Daim ni tak suka bila Daneen meluahkan perasaannya semalam. Menangis sampai tertidur kawan tu dibuatnya.
Kini Daneen kelihatan agak resah apabila dia tengok rumah sudah kosong. Dian dan suaminya, Huzay sudah tiada. Barangkali sudah berangkat pergi bekerja. Tapi bukan itu yang dia risaukan, melainkan beg sekolah Dhamir masih ada di ruang tamu tetapi budak comel itu sudah hilang entah ke mana!
"Dhamir! Dhamir!".
Tidak berbalas.
Memang tak la, dah si Dhamir tu bisu.
"Dhamir Anaqee!!". Daneen yang sudah terasa mahu menangis lagi itu kelihatan gelabah. Dia berjalan ke hulu, ke hilir; memikirkan ke mana kanak-kanak itu sudah pergi.
Sikit lagi dia nak telefon polis dek kerana kekalutannya itu, Dhamir tiba-tiba muncul dengan berjalan terkedek-kedek daripada pintu hadapan ke ruang tamu, tempat ibu dia sedang gelabah.
"Dhamir! Pergi mana ni? Kenapa buat ibu risau?". Terus badan anak kecil itu dipeluknya. Dia begitu risau tentang Dhamir sebentar tadi. Macam mana kalau Dhamir betul-betul hilang? Macam mana kalau Ethan yang culik Dhamir?
Daneen tidak sanggup ingin melalui saat-saat yang dia minta dijauhkan daripada hidup mereka berdua itu kerana Dhamir Anaqee adalah segala-galanya bagi Daneen Isabella.
Badan Daneen ditolak ke belakang sedikit oleh Dhamir sebelum kanak-kanak lima tahun ++ itu menulis sesuatu di papan hitam yang sentiasa dipegang olehnya itu.
Papa here.
Papan hitam itu diletakkan ke atas lantai sebelum Dhamir mencapai sesuatu daripada dalam poketnya. Berkerut dahi Daneen dibuatnya apabila melihatkan 'sesuatu' yang dikeluarkan oleh Dhamir itu adalah sebuah kotak baldu kecil. Semacam kotak cincin.
Kotak itu kemudiannya Dhamir letakkan ke atas telapak tangan Daneen yang sempat dicapainya tadi sebelum tangan Daneen kembali ditolak ke arah dadanya. Makin keliru Daneen dibuatnya.
Papan hitam yang berada di atas lantai tadi dicapai semula. Ayat tadi dipadam dengan lengan bajunya lalu sesuatu yang baru ditulis.
Papan hitam itu diterbalikkan dan tulisan itu ditunjukkan kepada Daneen.
Untuk ibu.
Papa kasi."Papa?". Daripada tadi lagi Daneen keliru nak mampus, siapa yang dipanggil 'papa' oleh Dhamir. Jangan kata Ethan sudah.
Bukannta mahu menulis sesuatu yang baru di papan hitamnya untuk menjawab soalan si ibu, sebaliknya Dhamir menarik tangan Daneen dan membawanya pergi ke pintu hadapan rumah milik Dian dan Huzay itu.
"Dhamir nak bawa ibu pergi mana ni?". Daneen cuba untuk memberhentikan langkahnya tapi budak techik itu terus menerus menarik lengannya. Seolah-olah mahu menyuruh ibunya untuk berjalan dengan lebih laju.
"Ya, ya. Sekejap. Jangan tarik ibu. Cuba bagitahu, Dhamir nak bawa ibu pergi mana?". Kalini Daneen stopped juga. Dia duduk bercangkung untuk menyamakan paras ketinggiannya dengan Dhamir.
Dhamir mendengus kasar sebelum melukis sesuatu di papan hitamnya.
'🚪'
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...