KENING Daneen bertaut apabila dia melihat kereta yang dipandu oleh Hyder itu sudah melepasi simpang yang sepatutnya digunakan untuk pulang ke rumah sewanya. Berkerut-kerut dahi Daneen; sedang mencerna apa yang berlaku. Si Hyder ni tak ingat ke jalan ke rumah Daneen?
"Hyder, bukan awak nak hantar saya balik ke? Simpang nak masuk ke jalan rumah saya dah lepas tu". Daneen bersuara untuk mengingatkan Hyder. Yela takut-takut jantan tu lupa pula kan?
"I changed my mind. You are going to accompany me to work. Sebagai seorang gadis normal dan bukannya sebagai pekerja aku. Faham?". Tanya orang lain, orang lain yang jawab.
"Eh kenapa pula?". Daneen pelik sebenarnya... Bila masa Daim memberitahu si pemandu yang dia berubah fikiran? Setahu dia, dia tak perasan pun yang Daim ada bercakap dengan Hyder sepanjang perjalanan mereka itu.
"Saja". Cuba kalau orang tanya tu, jawab betul-betul. Naik berang juga Daneen dibuatnya. Tadi dia yang beria suruh balik, sekarang ni tiba-tiba ubah fikiran pula.
Gadis itu merengus kasar mendengar jawapan yang dituturkan oleh Daim. Menguji kesabaran betul!
"Aku dah jumpa orang yang letak ubat peransang tu dalam minuman kau". Daim tiba-tiba sahaja membuka topik ini. Ikut kan, dia tak nak maklumkan pun hal ini kepada Daneen kerana risau jika emosi gadis itu masih belum stabil. Namun, melihat Daneen yang seperti tidak berpuas hati dengan jawapannya di awal tadi, dia terpaksa juga membuka topik itu.
"Siapa?". Soal Daneen. Rasa ingin tahu tengah mencengkam kuat dirinya di waktu ini.
" You will see later". Santai sahaja Daim menjawab sebelum matanya kembali terarah kepada iPad yang dipegang. Barangkali sedang menguruskan hal pekerjaannya.
"Awak nak bawa saya jumpa dia ke?".
"Mungkin ya, mungkin tidak. Bergantung". Sekali lagi Daim menjawab persoalan Daneen itu seperti nak tak nak saja. Mungkin dia sendiri tak pasti dengan keputusannya yang satu ini. Keputusan apa? Keputusan ingin membawa Daneen bersua muka dengan si pengkhianat itu.
"Cuba kalau saya tanya tu, awak jawab elok elok. Boleh tak?". Daneen memincingkan matanya ke arah Daim. Geram betul dia dengan jejaka ni! Kang ada yang kena gigit sampai putus urat nadi tu kang!
"Perkara tak pasti lagi, tak boleh nak jawab betul-betul". Selamba de' Daim menjawab. Matanya masih sibuk melekat pada skrin iPad yang dipegang itu.
"Semua la tak pasti kalau awak tu. Apa je yang awak pasti?". Daneen memuncungkan bibirnya. Kedua tangannya dibawa untuk memeluk tubuh sendiri. Terasa sedikit sejuk berada di dalam kereta yang dipasangkan penghawa dingin tahap dewa tu. Hyder ni memang nak mati kebekuan ke? Daneen dah la jenis tak tahan sejuk. Sejuk sikit je, nak bersin.
Hachum!!!
Ha kan dah cakap...
"Apa yang aku pasti? Hm... ada satu perkara yang aku pasti dalam hidup ni". Kelihatan Daim menanggalkan blazer kelabunya itu.
"Aku pasti seratus peratus yang aku cintakan kau dan aku pasti yang perasaan tu takkan hilang buat selama-lamanya". Blazer itu lalu diletakkan ke atas peha Daneen. Lelaki itu tahu bahawa gadis itu sedang kesejukan dek kerana baju yang disarungkan oleh Daneen agak nipis material nya.
Terganggu sedikit fokus memandu Hyder apabila telinganya menangkap setiap bait bicara Tuan Mudanya itu. Terjungkit bibirnya menahan senyum. Hyder suka dengan segala usaha Daim untuk menambat hati Daneen semula. Bah kan, Hyder Zafran lah merupakan supporter nombor #1 Daim.
🐳
"KAU duduk sini diam-diam. Kalau bosan, buka televisyen tu. Aku tak kisah volume kau nak kuat tahap pecah bangunan sekalipun. Asalkan kau tak bosan. Okay?".
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...