33- Proposal

3.1K 123 0
                                    

SENYAP-SUNYI suasana di antara mereka berdua. Padahal ruang pusat beli-belah yang dipenuhi orang itu riuh sahaja dengan suara-suara manusia. Pendek kata, tiada apa yang sempat dituturkan di antara mereka berdua pada waktu ini.

Sehingga lah Daneen akhirnya membuka mulut. Tidak enak juga dia apabila majikannya yang seorang ini monyok aje memanjang. Tak monyok tapi riak wajah beku yang ditayangkan. Tapi di mata Daneen, jelas lelaki itu terganggu dengan sesuatu. Mungkin kerana dia?

"Tuan, Tuan okay ke tak ni?". Soal Daneen. Bimbang rasa di hati.

Diam.
Sepatah pun si jejaka tidak membuka mulut untuk menjawab. Hanya kerlingan yang dihadiahkan untuk Daneen.

"Hello, Tuan... Saya bercakap dengan Tuan ni. Tak dengar ke?". Daneen menjenjet kan sedikit kakinya agar mulutnya menyamai paras telinga Daim. Mana tahu, kena dekat dulu baru nak dengar kan? Atau Daim ni jenis yang tak faham bahasa Melayu? Kena bercakap bahasa Portugis dulu ke?

Masih lagi diam. Usahanya hampa. Lelaki itu tetap mengunci mulutnya sambil terus berjalan tenang. Nak ke mana? Katanya nak ajak Daneen makan tengahari bersama. Eh, tapi bukan dia la yang kata. Ilia yang tolong sampaikan pesan itu kepada Daneen. Lelaki itu betul-betul tidak mahu bercakap dengan Daneen pada hari ini.

Keluar makan bersama nak, buka mulut tu tak nak! Apa ada intan permata ke dalam mulut? Apa yang dekat sisi ni tak cukup? Eh-

"Okay... What did I do wrong? Saya ada tersalah letak racun ke dalam kopi Tuan harini? Ke Tuan masih triggered sebab kalah main kad uno itu hari?". Ini bukan Daneen membuat lawak ya. Memang haritu mereka bertiga (termasuk Hyder) ada bermain kad uno bersama dan Daim kalah. Hyder di tempat kedua dan Daneen menjadi juara. Bitter juga lah Daim dibuatnya.

Tapi...

Tu kan perkara remeh je? Orang sehebat Daim takkan lah nak terkesan hanya kerana kad uno. Lagipun ianya sudah berlalu lama. Minggu minggu lepas kut.

Bukannya mahu menjawab soalan demi soalan yang Daneen lontarkan... sebaliknya, Daim mengarahkan bebola matanya ke arah jam tangan yang dipakai oleh Daneen. Serta-merta, pandangan Daneen juga terkalih.

"Pukul 1.15 petang. Kenapa dengan pukul 1.15 petang? Tuan nak balik ke?". Clueless betul lah Daneen ni! Aku sendiri rasa nak tepuk dahi. Apatah lagi Daim.

Daim mengeluh buat seketika sebelum menjawab, "Sekarang ni lunch hour, perlu ke kau bercakap dengan ton formal macam tu? Bukan ke kau dah janji untuk guna informal 'names' if we are outside of office hours? Ni kan kira di luar waktu pejabat ni". Daim memberhentikan langkahnya dan memandang tepat ke tunak mata Daneen.

Dia bukan apa sangat sebenarnya. Ini adalah salah satu usahanya untuk mereka kembali rapat seperti dahulu kala.

"Lah, sebab itu aje ke?". Daneen menahan tawa. Kelakar juga Daim Al Waqeel ni kan? Sensitif tak tentu pasal! Melebih daripada perempuan. Haih la...

Melihatkan Daim yang kembali diam; dalam erti kata lain sedang berjauh hati, Daneen mulakan sesi memujuk nak taknak dia tu. Tak kuasa dia nak pujuk anak teruna 28 tahun yang mengada-ngada serupa bayi ni.

"Yela, yela. Awak ni... Kenapa sensitif sangat harini, Waqeel?". Mendengarkan suara lembut itu menyeru namanya, baru lah dia dapat tersenyum. Langkah kembali dibuka. Diikuti oleh Daneen.

"Kau la penyebabnya...".

"Kenapa saya pula? Saya buat apa?". Di saat ini Daneen mampu lagi bergelak ketawa tapi...

"I need you last night. Why don't you come?". Terus terhenti tawa Daneen. Oh, jadi ini yang menganggu fikiran Daim sejak daripada pagi tadi? Hanya kerana gadis itu tidak datang kepadanya semalam tatkala dia sudah ditelefon oleh Hyder.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now