BANGUN-BANGUN je daripada tidur petangnya tepatnya pada pukul 5 petang tadi, terus Daneen mengajaknya untuk pergi ke dusun durian milik Pak Isma. Katanya semua orang dah ada dekat situ. Bila Daim perhatikan suasana sekelilingnya, memang dah sunyi. Hanya tinggal dia sahaja di dalam rumah itu bersama Daneen di luar. Tepatnya di hujung anak tangga. Hyder pun sudah selamat sampai ke dusun agaknya.
Dan sekarang ni, Daim sedang berjalan kaki bersama Daneen untuk menuju ke dusun durian yang tak jauh daripada rumah keluarga Pak Isma dan Mak Piah itu. Dusun durian milik keluarga Pak Isma itu berada di hujung kampung berhampiran dengan padang bola di situ.
"Daneen...". Panggil Daim sambil kedua tangannya menggosok-gosok mata sendiri untuk menghilangkan kantuknya. Semalam dia tak boleh lena sangat walaupun dengan bantuan Mr. B. Ini yang jadi extra mengantuk ni.
"Ya? Nak apa?". Daneen memberhentikan langkahnya dan berpaling ke arah si jejaka.
"Aku panas la... Haus pula tu". Adu Daim kepada si gadis pula. Lehernya disentuh-sentuh untuk menunjukkan yang dia betul-betul dahaga. Aduh, manja kali dia. Ni kalau staf dekat pejabat dan ahli keluarga Daim tengok ni, confirm susah nak percaya.
"Nak ABC ke?". Mata Daneen diarahkan kepada sebuah gerai menjual pisang goreng yang berada betul-betul di seberang jalan sana.
Laju sahaja Daim mengangguk umpama anak-anak kecil yang seronok apabila dibelikan mainan oleh ibu bapa mereka.
'Ceh, patut la tiba-tiba haus. Ada kedai ABC rupanya'. Bicara Daneen sendiri.
"Pakai duit kau la eh? Hehehe...". Bukannya apa, Daneen memang akan selalu je tinggal kan dompetnya di rumah jikalau tiada apa-apa yang perlu dibeli. Yela, nak pergi dusun je pun. Tapi tak sangka la pula yang mamat ni nak demanded air batu campur pula.
"Sure. Asalkan kau boleh tolong beli". Poket seluarnya diselup oleh tangan sendiri untuk mencapai sekeping not lima puluh ringgit yang sengaja disediakan di dalam poket seluat itu.
Nampak tak perbezaan Daneen dan Daim? Daneen ni jenis tak suka bawa barang yang tak diperlukan bersamanya jika pergi kemana-mana tapi bila dah tiba-tiba nak guna tu, mula lah dia menggelabah tak tentu pasal. Daim pula sejenis manusia yang selalu menyediakan payung sebelum hujan. Dia akan SENTIASA membawa sekurang-kurang sekeping not lima puluh ringgit jika kemana-mana kerana menganggap yang di mana jua dia berada, dia pasti memerlukan duit. Macam sekarang ni la.
Sekeping duit itu kemudiannya dihulurkan kepada Daneen.
"Yayy! Okay jom!". Teruja benar Daneen ya? Tadi nampak relaks je. Bila dah ada orang nak belanja ni, seronok lah pula dia.
Bagus lah tu.
Dalam hati kecil Daim, dia berharap ini adalah merupakan salah satu usahanya untuk memulihkan semangat Daneen sekaligus untuk membuatkan wanita itu melupakan segala kesedihan dan kesakitan yang dirasakan olehnya pada minggu lepas. Walaupun hanya untuk sementara... Daim tetap akan bersyukur.
He loves to see his woman being happy over little things.
Daim tersenyum sendiri sebelum jarinya menarik hujung lengan baju Daneen untuk melintasi jalan itu. Walaupun jalan itu merupakan jalan kampung, motorsikal di sini boleh tahan laju juga. Jadi, dia perlu memastikan yang keselamatan gadis ini terjamin.
Agak terkejut juga la Daneen dibuatnya.
"Waqeel... Aku boleh melintas sendiri la".
"Don't you remember few weeks ago when we're going back to the office after the lunch dengan wakil daripada that one company yang dia offered kau kerja baru tu? Macam ni la situasi dia. Kau nak melintas sendiri. Lepastu terjatuh and your hurted your right foot. Nasib baik takde kereta masatu". Daim mengimbas kembali kejadian beberapa minggu lepas.
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...