"THAT man was totally crazy for this!". Hujung bibirnya dipegang sebaik sahaja dia berjalan keluar daripada bangunan hospital itu. Otaknya masih ligat memikirkan apakah yang tertancap dalam kepala hotak Tuan Mudanya itu sampaikan nak sparring bermati-matian macam ni.
Haih...
Kalau tak difikirkan yang Daim itu ialah teman baik merangkap majikannya, memang dah lama dia banting ke dinding je orang macam tu. Menguji kesabaran betul!
Bahagian bawah matanya yang tertampal dengan kain bandage kecil itu dipegang-pegang lalu dia mengaduh kesakitan buat kesekian kalinya.
"Nasib baik la kau tu kawan baik dunia akhirat aku, Daim". Ya. Walau seteruk mana pun 'perlawanan' yang berlaku di antara mereka, Hyder tidak akan pernah membenci Daim. Jauh sekali untuk mengkhianati lelaki itu. Kenapa?
Ada kisah di sebaliknya...
Sedang lelaki itu berjalan untuk mendekati keretanya, badannya tiba-tiba mengejung keras tidak jauh daripada Mercedes putih miliknya itu. Matanya menyaksikan satu pemandangan yang sangat indah buat pertama kalinya.
Dengan serta-merta bibir Hyder melorek senyum lebar lalu langkah kakinya ditukar arah menuju ke salah sebuah kedai tukang jahit yang berada di seberang jalan.
Kepala ditoleh ke kiri dan kanan sebelum jalan besar itu dilintasi hanya untuk sampai ke destinasinya.
Sesampainya betul-betul di hadapan kedai tukang jahit yang berlabel Kenanga's Taylor, retinanya semakin jelas memandang figura seorang gadis dengan gaya rambutnya yang dijalin dua, memakai sehelai baju T berwarna ungu dan tutu skirt berwarna putih.
Jika betul tekaan anda, ini lah pemandangan terindah yang pernah Hyder lihat itu.
Gadis itu kelihatan sedang mencari sesuatu di atas lantai di hadapan kedai tukang jahit itu. Wajahnya kelihatan sedikit gelisah membuatkan Hyder menyembunyikan senyumnya dan datang satu idea buatnya untuk menegur gadis berkaca mata bulat seakan-akan Harry Potter itu.
"Excuse me, miss. Can I maybe help you with something?". Suara garau Hyder membuatkan gadis itu dengan serta-merta mengangkat kepalanya yang sedari tadi ditundukkan itu.
"Huh?". Jelas. Gadis itu terpegun. Terpegun dengan apa yang dilihatnya ketika ini.
Di hadapannya berdiri seorang lelaki yang persis seperti warga luar negara dengan ketinggian tidak kurang daripada 6'3 (190 cm), berambut dirty blonde dan memakai baju kemeja hitam lengkap dengan seluar yang berona sama.
Riak wajah gadis itu bertukar kerisauan apabila melihat mata Hyder yang bengkak sebelah dan hujung bibirnya yang pecah.
"Boleh saya tolong awak? Saya nampak macam awak tengah cari sesuatu". Ulang Hyder sekali lagi.
Misi memikat cinta pandang pertamanya. Come on, Hyder! You can do it!
"Erk... Mungkin saya yang kena tolong encik". Bicara gadis itu lembut. Barangkali masih risau dengan keadaan Hyder yang bertampal di sini sana seperti selepas bertumbuk sahaja (memang betul pun padahal).
Tak lama selepas itu, tawa Hyder kedengaran.
"This? Muka saya ni?".
Gadis itu mengangguk.
"No, worries. Saya baru balik daripada hospital tadi". Jari Hyder ditunding ke arah bangunan yang berada betul-betul bertentangan dengan kedai tukang jahit itu.
"Oh...".
"What about you? Awak cari apa? Daripada kejauhan saya tengok awak tertunduk-tunduk macam tengah cari sesuatu". Semakin lama, Hyder semakin berasa ingin tahu.
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...