TURUN selangkah sahaja daripada kereta yang dipandu oleh Hyder itu, terus ada ratusan lampu kamera yang menyirami wajah Daim dan Daneen. Lagi-lagi lah apabila mereka turun bersama.
"I told you I don't like this kind of event". Omel Daneen perlahan kepada lelaki yang berdiri statik di sampingnya itu. Nadanya lebih kepada berbisik sebenarnya. Taknak la reporters dengar pulak kan. Kang ada yang cakap, 'PA Tuan Daim rupanya seorang yang agak biadap'. Ha... Tak ke masak dia nanti.
"Sekejap je. We are gonna go inside, beli something then get the hell out of here. Now, kau nak pegang tangan aku. Kang tersadung kat depan tu, aku taknak tolong kau". Daim berbisik kembali. Badannya sedikit ditundukkan untuk menyamai ketinggian Daneen.
"Beli? Serius la?".
"Net worth aku beratus ribu sebulan, takkan aku taknak beli apa-apa. Nanti orang cakap aku kedekut". Kata Daim sambil menegakkan badannya kembali. Bahagian atas suit hitamnya itu diperbaiki sedikit sebelum dia mulai berjalan di atas karpet merah itu, makin jauh meninggalkan Daneen.
"Hey! Tunggu la sekejap". Daneen mendengus dan cuba untuk mengikuti langkah besar milik Daim itu. Dah la dia pakai dress putih meleret-leret ni, nak kena jalan laju pulak tu. Takut juga Daneen kalau-kalau dia terpeleot nanti.
"Tadi orang suruh pegang tangan, taknak".
"Haram, bro. Kau kahwin arh dulu dengan aku". Daneen berseloroh dan akhirnya sampai juga dia di samping Daim apabila lelaki itu mulai memperlahankan langkahnya setelah melihat Daneen yang terkedek-kedek cuba untuk mengejarnya.
Tidak ketawa, tidak menunjukkan sebarang reaksi langsung. Sebaliknya, Daim hanya mempamerkan wajah datarnya walaupun ada beberapa wartawan yang sedang mengambil gambarnya. Yang sedang tersenyum manis ke arah wartawan-wartawan itu kini hanyalah Daneen sahaja. Itu pun dia dah mulai tak selesa apabila sesetengah daripadanya bertanyakan soalan yang agak menjadi privasi buat Daneen dan Daim. Contohnya,
"Cik, cik ni teman wanita Tuan Daim ke?".
"Cik dah berapa lama kenal Tuan Daim?".
"Boleh beri komen tentang Tuan Daim?".
"Adakah cik ni isteri Tuan Daim?".'Isteri? Tolong lah... Ugh!'. Daneen menterbalikkan matanya.
Mereka berjalan dan terus berjalan tanpa sebarang kata sehinggalah kedua-duanya tiba di hadapan pintu masuk utama hotel yang gah itu. Tengok daripada hiasan dalaman pun dah tahu betapa gilang-gemilangnya majlis yang bakal diadakan.
Sedikit sebanyak membuatkan Daneen berasa teruja. Walaupun tadinya dia macam nak lari balik rumah.
"Tutup mulut tu". Momen keterujaan itu dirosakkan oleh teguran selamba badak oleh Daim. Haih, tak boleh tengok orang senang betul la dia ni! Daneen yang nikmati pemandangan indah ni dengan tenang sekejap pun tak boleh!
"Yela". Daneen menjeling figura tinggi di sampingnya itu.
Ini ke manusia yang merengek sebab nak tidur siang tadi ni? Ke bukan? Rasanya macam orang yang sama dah. Tapi kenapa perangainya pada malam hari macam syet--
Okay, shhtt. Tak baik kutuk majikan sendiri, Daneen.
Mereka berdua kemudiannya di escort oleh seorang pelayan hotel untuk menuju ke ruang pameran lukisan. Yela, untuk tengok-tengok dulu lukisan yang ada kerana acara bidding nanti akan dimulai apabila semua tetamu yang dijemput sudah hadir. Maksimum nya sampai pukul 9.15. Kalau masih ada yang belum hadir, majlis tetap akan dimulai lima minit selepas waktu itu.
Masuk sahaja ke ruangan pameran itu, mata Daneen terus tertangkap ke arah sebuah lukisan. Lukisan itu merupakan lukisan one line art di mana ada beberapa kuntum bunga yang dilukis hanya menggunakan satu garisan sahaja. Maknanya, pensil sang pelukis tidak pernah diangkat melainkan lukisan itu sudah siap.
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
Storie d'amoreDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...