DANEEN mengusap matanya setelah terbangun daripada tidur lena itu dek kerana suhu bilik yang tiba-tiba menjadi sejuk. Entah berapa dia tertidur di sofa ini. Dah berapa jam agaknya erh? Daripada masa dirinya memeluk si suami selepas bercerita tadi sehingga kini.
Apabila pandangan sudah sedikit jelas, dia terlihat seorang lelaki berbaju melayu hitam dipadakan dengan sehelai kain pelikat berwarna sama sedang duduk bersimpuh di atas sehelai sejadah di tengah-tengah ruangan bilik itu sambil tangannya ditadah separa dada, seakan sedang berdoa.
Dan Daneen tahu...
Insan itu ialah suaminya.
Daim Al Waqeel.
Terpaku Daneen di situ. Terpaku dengan keindahan ciptaan Allah. Indah sungguh pemandangan di hadapannya ini. Pemandangan yang menunjukkan Daim berpakaian serba hitam dan sedang beribadah. Cukup indah sehinggakan bibir Daneen naik melorek senyum paling manis.
Wanita itu perhatikan saja suaminya itu daripada lelaki itu sedang berdoa sehingga habis dan apabila Daim baru sahaja bangun daripada duduknya; berdiri ingin menyimpan sejadah ke tempat penyangkutnya semula, Daneen cepat-cepat berjalan ke arah lelaki itu lalu memeluk kemas pinggang Daim daripada belakang. Mukanya disembamkan ke bahagian belakang Daim. Terkejut sedikit lelaki itu dibuatnya.
"Sunshine... Jangan terkejutkan abang macam ni. Nak luruh jantung abang, tahu?". Tersenyum-tersenyum lelaki itu memberikan amaran manjanya. Tangannya turut naik mengusap lembut lengan yang sedang memeluk pinggangnya itu.
"Abang solat apa? Baru pukul...". Mata Daneen dikalihkan ke arah jam dinding di dinding bilik itu buat seketika.
"... baru pukul tiga".
"Abang terbangun tadi. Abang solat sunat tahajud, solat sunat taubat. Kenapa Daneen?". Akhirnya Daim memusingkan juga badannya membuatkan wajah Daneen kini tersembam di bahagian dada lelaki itu pula. Daneen mendongakkan sedikit kepalanya untuk bertentang mata dengan suaminya itu dan...
Daneen terpaku lagi.
Wajah yang dipandangnya sekarang ini terlihat sangat lah suci. Seolah-olah sedang bersinar. Memang muka orang lepas solat akan jadi macam ni atau Daneen dah angau sangat dengan Daim?
"Sunshine? Kenapa tenung abang macam tu?".
Dan masa tu, Daneen dah gila atau apa. Tapi dia bersumpah, dia nampak kedua-dua telinga Daim sudahpun naik rona merahnya.
'Is he blushing?'. Bicara Daneen sendiri. Oleh kerana dia terlalu gemas dengan tingkah suaminya itu, mukanya kembali disembamkan ke dada Daim. Digesel-geselkan di situ. Daim blushing, turut membuatkan dia blushing juga!
"Ya Allah, kenapa ni? Confuse lah abang". Tangan Daim naik menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Sungguh, isterinya ini membuatkan dia bingung di pagi-pagi buta ni.
"Abang comel la...". Daneen mumbled while still burying her face on his chest.
"Comel?".
Daneen mengangguk beberapa kali.
"Terima kasih, sunshine. Abang malu sebenarnya". Akhirnya, Daim mengaku juga yang dia sedang malu nak mati sekarang ni. Bini puji kut woi! Pepagi buta pula tu. Confirm tersengih-sengih je sepanjang hari dekat office nanti. Silap-silap, Daim pergi belanja kopi atau teh untuk satu pejabat nanti. Rich people behavior when they are happy...
"Abang makin comel bila malu. Habis merah semua telinga abang".
"Ada-ada jela Daneen ni. Ni abang nak bersiap kejap, lepastu abang masakkan makan pagi. Okay tak? Semalam abang ada belajar resepi nasi goreng baru dekat internet. Abang nak masak untuk Daneen harini. We will be having an early breakfast, okay?". Daim menjadi manusia paling green flag buat kali ke seratus juta dalam cerita ni.
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...