Special Chapter

5.4K 185 38
                                    

"ABANG, bangun la...". Daneen menggoyang-goyangkan lembut badan suaminya yang sedang tertidur lena itu. Siap je solat isyak selepas makan malam tadi, terus Daim baring dan tertidur. Mungkin penat sangat ku. Maklumlah, dia baru sahaja balik daripada outstation.

" Hm...?". Daim menggerak-gerakkan sedikit badannya. Lelaki itu cuba untuk membuka mata namun masih tidak larat. Jadi, dia tutup sahaja matanya. Suara sahutan masih berbunyi.

"Abang... Nanti la abang sambung tidur. Bangun lah dulu...". Pujuk si ibu mengandung tu lagi. Haih, macam macam la perempuan ni. Entah dia nak suruh Daim buat apa entah tu.

"Ya, sunshine... Sekejap...". Ujar Daim dengan suara serak basah baru bangun tidurnya itu lalu membaiki posisinya untuk duduk bersandarkan headboard katil mereka itu.

Daim gosok-gosok sikit matanya kemudian dia berkata-kata lagi,

"Yes, baby. Why? Daneen sakit ke?".

"Daneen mengidam". Ha sudah. Payah ni. Daneen kalau dah mengidam, memang dia akan mengidam benda pelik-pelik di waktu yang pelik. Macam sekarang ni la. Mengidam makanan apa entah tu pada pukul tiga pagi.

"Sunshine mengidam apa, hm?". Daim pula hanya turutkan sahaja. Come on, dia sayang bini dia kut! Punya lah tunggu sepuluh tahun nak kahwin dengan pujaan hati, takkan dia sia-siakan momen-momen yang ada. Akan dia hargai si isteri manis.

"Daneen rasa nak makan aiskrim keladi. Tapi bukan aiskrim keladi yang dalam tub tu. Daneen nak makan yang jenis ice cream sandwich tu. Abang tahu tak?". Penat-penat Daneen bercerita, Daim ternyata sudah menutup matanya balik. Terlelap lah tu.

Geram dengan tingkah suaminya itu, jari Daneen naik mencubit bicep Daim. Tak kuat pun tapi terasa lah juga sakitnya tu.

" Ish! Abang dengar tak ni?". Daneen membuat muka cemberut.

"Come again, sunshine? Abang terlelap tadi". Kalini baru Daim buka matanya luas-luasnya. Kerana dia tahu, tak sampai beberapa saat nanti, pasti isteri manisnya itu akan merajuk. Kau tunggu ajela.

"Takpela. Daneen pergi beli sendiri". Daneen menjauhkan dirinya daripada Daim, keluar daripada selimut lalu turun daripada katil. Hoodie oversize berwarna biru milik suaminya yang tergantung di almari itu diambil lalu disarungkan ke badan.

Daim hanya tersenyum manis sambil memerhati daripada atas katil. Yela, ibu mengandung yang seorang ini comel sangat! Pagi-pagi buat dah merajuk! Dah merajuk, pakai hoodie orang pulak tu. Comel nak mampus.

Beberapa saat kemudian, Daim turun daripada katil dan membuka langkah besarnya untuk menyaingi langkah Daneen sehinggakan dia sempat menahan tangan mulus itu daripada membuka pintu bilik mereka.

"Sunshine abang nak pergi mana sorang-sorang ni, hm?". Daim tarik badan isterinya itu agar wanita itu daripada berpaling ke arahnya. Sempat tangan Daneen menahan badan tidak berbaju suaminya itu daripada terus mendekat dengannya. Pinggang Daneen pula dirangkul erat oleh kedua tangan sasa Daim. Taknak matahari dia ni pergi ke mana-mana.

"Abang tepi la. Daneen nak pergi beli aiskrim". Daneen cuba untuk menolak tubuh Daim tetapi gagal.

"Pergi beli dekat mana? Dengan siapa? Tak minta izin abang pun?".

Dum!

Soalan terakhir Daim itu sangat menusuk ke kalbu ye kengkawan kerana Daneen tahu, dia berdosa jika keluar rumah tanpa izin suaminya.

"Daneen nak minta izin abang, Daneen nak keluar beli aiskrim. Daneen mengidam". Baru lah dia minta izin tapi...

"Abang tak izinkan...". Eh? Ini pula jawapan Daim?

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now