18- Sekali Lagi

3.7K 157 7
                                    

⚠️ TRIGGER WARNING: This chapter ahead might contain some issues that could be triggering some people. Author suggest sayang-sayangku semua skip sahaja jika tidak selesa, ya?

🐳

KUNCI dimasukkan ke dalam soket mangga itu untuk mengunci pagar rumahnya. Yela, taknak kasi perompak masuk lah katakan. Walaupun tiada banyak sangat pun barang berharga dalam rumah sewa mereka bertiga ini.

Harini, Daneen berhajat untuk pergi kerja sendiri dan tidak menumpang Syeeqa ataupun Adira ataupun Hyder; seperti selalunya. Meskipun sudah ditegah habis-habisan oleh mereka bertiga itu (lagi-lagi Hyder), Daneen tetap juga berdegil dengan alasan dia tidak mahu lagi menyusahkan mana-mana pihak. Dia nak pergi kerja, orang lain pulak kena kalut. Tak best lah macam tu kan?

Setelah mengunci pagar yang memisahkan dirinya antara dunia luar dengan halaman rumahnya tu, Daneen membuat keputusan untuk berjalan kaki bersendirian ke arah stesen bas terdekat yang ada di kawasan perumahan itu.

Oh ya!

Hyder juga telah dilarang oleh Daneen untuk memberitahu Daim tenang hal ini. Gadis itu sudah warning Hyder awal-awal. Katanya kalau dia bagitahu juga, Daneen tak nak kawan dengan dia lagi dah. Macam budak-budak kan? Memang pun!

Hampir lima minit berjalan sambil mengomel sendirian dek kerana lapar, Daneen akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju.

Gulp!

Air liurnya seakan tersekat di kerongkong apabila melihat keadaan kawasan stesen bas kecil yang agak tidak terjaga itu. Terdapat beberapa tanaman liar yang menjalar di tiang tempat duduk yang ada di situ. Besinya juga sudah berkarat. Lantai stesen menunggu bas itu juga sudah remuk.

Tiba-tiba Daneen menyesal lah pula tidak mendengar cakap Hyder, Syeeqa dan Adira tadi.

'Takpe, Daneen. Jangan takut!'.

Daneen mengenggam tangannya dan melangkah dengan berani ke arah stesen bas itu.

Gadis itu memilih untuk hanya berdiri di kawasan sekitar stesen itu kerana tidak mahu mengotorkan bajunya dengan melabuhkan punggung ke atas tempat duduk yang agak kotor itu.

Tik, tok...
Tik, tok...
Tik, tok...

Betapa sunyinya kawasan itu sampaikan Daneen dapat mendengar bunyi jam tangannya yang berdetak membuatkan hatinya semakin gusar. Dah la dia sorang-sorang dekat sini. Sunyi sepi pulak tu.

"Aku telefon Hyder jela". Akhirnya, dia membuat kata putus. Namun, baru sahaja dia ingin mengeluarkan telefonnya... Satu suara yang amat amat dikenalinya menyapa gegendang telinga.

"Chill baby. I boleh hantar you". Lelaki itu bersuara.

Dengan sekelip mata, Daneen yang selalunya berani itu bertukar menjadi penakut. Sudah hilang dirinya yang badass itu apabila suara itu berkumandang di telinga. Suara lelaki itu.

Lelaki yang memulakan segala traumanya.

Ethan.

"Jangan dekat dengan aku". Daneen memberi amaran keras. Dia benci lelaki ini! Lelaki ini telah menghancurkan hidupnya dan dia tidak akan pernah sesekali melupakan fakta itu!

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now