⚠️ TRIGGER WARNING: This chapter ahead might contain some issues that could be triggering some people. Author suggest sayang-sayangku semua skip sahaja jika tidak selesa, ya?
🐳
BADAN gadis yang separa sedar itu dibawa ke sofa di ruang tamunya lalu dibaringkan di situ. Daim kemudiannya segera ingin ke dapur untuk mengambil sebesen air berserta kain kecil untuk membersihkan wajah, lengan serta kaki gadis itu. Also, she's burning hot. She's having a fever.
Tetapi, tangannya dipegang kemas oleh gadis itu. Seolah tidak mahu dilepaskan.
"Wa-Waqeel...". Tersekat-sekat suara Daneen ingin mencuba untuk menghalang Daim daripada pergi meninggalkannya.
"Aku pergi ambil air sekejap dekat dapur". Daim cuba untuk memujuk Daneen tetapi gadis itu hanya menggeleng perlahan. Dia betul-betul tidak mahu Daim meninggalkannya pada ketika ini. Badannya masih menggeletar. Dia takut.
"I won't leave you, I swear. Tunggu sekejap, okay? Kalau aku tak ambil air nanti macam mana nak cuci ni semua? Nanti kau sakit lagi teruk". Daim menghalakan jarinya ke arah kesan kotor dan darah di tapak kaki, tangan, lengan, betis dan wajah Daneen itu.
Dan akhirnya gadis itu melepaskan juga genggaman tangannya terhadap lengan lelaki itu.
Sempat Daim mengerling ke arah tempat yang dipegang oleh Daneen tadi apabila terasa sensasi sakit yang tidak la kuat mana tetapi masih sakit. Ternyata, lengannya sudah berdarah akibat dicengkam oleh kuku tajam Daneen. Mungkin kerana gadis itu terlalu takut pada saat ini.
Well, Daim didn't give a flying fuck about it. He cares more about his girl other than some simple shit.
Lalu dia berlari kecil ke arah dapur.
Tak sampai beberapa minit, Daim sudah berada di hadapan Daneen semula dengan sebesen kecil air, sehelai tuala kecil dan segelas air kosong.
"Minum ni dulu. Mesti kau dahaga kan?". Daim membantu Daneen untuk duduk dan menyuakan segelas air kosong itu kepadanya. Terus Daneen capai dan meneguknya dengan rakus. Sementara itu, mata Daim terarah kepada bahagian peha Daneen yang agak terdedah itu. Bukan pervert ya, cuma dia terperasan yang ada tompok darah di kawasan itu.
'What had happened to you, sunshine?'. Daim mengeluh sendiri sebelum duduk bersila si hadapan sofa itu. Kain yang sudah direndam di dalam air itu diambil lalu diperah sedikit untuk mengurangkan kandungan air di dalamnya.
Kain itu lalu dibawa ke bahagian kaki Daneen lalu dilap perlahan. Bersih daripada segala kotoran. Semua Daim lap. Daripada tapak kaki sehingga ke kedua-dua belah betis gadis itu. Dalam hatinya berdoa agar dosanya; menyentuh anak dara orang yang satu ini diampunkan oleh Allah. Dia hanya ingin membantu Daneen. Tidak ada niat lain.
Di sisi lain pula, Daneen menilik lelaki itu dengan pandangan tidak percaya. Dia yakin yang Daim sudah tahu apa yang terjadi terhadapnya. Namun, dia berfikir... Tidak kah lelaki itu jijik dengannya?
Kain itu diperah buat kali kedua dan kali ini Daim mencapai lengan Daneen pula untuk dilap perlahan. Di lengan gadis itu juga terdapat beberapa kesan lebam yang berbirat.
Kerana tidak dapat menahan diri, Daim akhirnya bertanya juga...
"Who did this to you, sunshine? Who touched you?". Daim masih fokus terhadap kerjanya itu; mulutnya sahaja yang berbunyi.
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...