CELIK je mata, terus pemandangan Daim yang sedang memakai tali leher itu menyapa deria penglihatan Daneen. Dia masih berselimut, suaminya tengah bersiap-siap untuk pergi bekerja. Dhamir pula tak tahu la dah bangun ke belum.
"Abang...". Panggil Daneen.
"Hm? Daneen dah bangun?". Serta-merta Daim memalingkan wajahnya ke arah si isteri yang terang-terangan masih mamai itu. Barangkali masih mengantuk kerana semalam boleh tahan lewat juga Daneen nak lena tu.
Daneen mengangguk sekali.
"Abang dah nak pergi kerja?".
"Haah. Abang dah siapkan Dhamir tadi. Dia tengah kemas pencil case dia dalam bilik tu. Daneen kerja tak harini? Masuk pukul berapa? Nanti abang boleh minta tolong Hyder hantarkan sekali dengan abang".
Baiknya hati seorang Daim Al Waqeel. Walaupun Dhamir Anaqee bukan lah anak kandungnya, dia tetap sanggup menjaga dan menguruskan kanak-kanak bisu itu tanpa mengeluh sedikitpun.
"Kerja tapi shift Daneen mula pukul 12 tengahari". Kata Daneen sambil menggosok-gosok matanya. Cuba untuk menjelaskan lagi pandangannya terhadap Daim.
"Takpe, nanti abang suruh Hyder ambil. Daneen jangan pergi sendiri tau". Daim tersenyum manis sebelum melabuhkan kucupan lembut ke dahi isterinya itu. Pagi-pagi dah pandai buat Daneen blushing!
"Terima kasih, abang".
"No need to thank me, sunshine. Taking care of you has been my full responsibility since the day of the akad. I took it from your father that day willingly". Tangan kasar itu naik mengusap rambut lembut Daneen yang kelihatan agak kusut masai itu. Lena sangat tidur agaknya.
"Terima kasih jugak sebab dah siapkan Dhamir. Daneen tak suruh pun abang buat...". Yang ni Daneen rasa bersalah. Yela Dhamir tu anak dia. Patutnya dia lah yang siapkan budak tu nak pergi sekolah. Ini? Daim pula yang kena buat semuanya.
"No problem, sunshine. Lagipun, abang suka budak tu. Tak nakal macam budak-budak lain. Comel pula tu! Plus, dia manja sangat dengan abang. Abang rasa macam awww... Gitu...". Jarang sekali nak nampak Daim sukakan budak ni. Biasanya dia jeling aje. Tapi dengan Dhamir, cepat betul boleh buat geng!
" And... just want to let you know... Walaupun nanti abang tak boleh nak ada anak dengan Daneen, abang tetap bersyukur sebab Daneen kenalkan abang dengan anak Daneen. Abang bersyukur sebab Allah kurniakan Dhamir dalam hidup abang. Budak rambut kembang tu dah macam anugerah dalam hidup abang. Jadi, abang tak nak Daneen fikir yang abang akan kecewa, okay? Im happy with my life with only you and Dhamir Anaqee. Jangan dengar sangat cakap orang lain, okay?". Daim berpesan ni kerana bukannya dia tak tahu yang dia ada dengar buah mulut stafnya sendiri yang mengumpat tentang hal ini beberapa hari lepas. Jadi, dia risau jikalau Daneen terambil hati.
" Okay, abang...". Daneen malas nak bercakap panjang-panjang sebab takut nanti dia menangis pula. Maklumlah, dia kan makin manja semenjak kahwin ni.
"Thats my good wife... Abang--".
Tok, tok, tok!
Bunyi ketukan di pintu bilik mereka yang terbuka itu memotong kata-kata Daim. Membuatkan mereka berdua terus berpaling ke arah pintu itu.
Maka, terlihat lah seorang Dhamir Anaqee yang sedang berdiri sambil tangan kanannya mengcekak pinggang manakala tangan kirinya yang tersarung jam tangan digital itu ditunjukkan ke arah Daim dan Daneen. Sekali dengan pakej wajah berkerutnya.
"Shoot! Abang dah lambat dah hantar budak ni". Dengan cepat-cepat, Daim mencium sekilas dahi Daneen sebelum berlari anak ke arah Dhamir. Sempat dia melutut di hadapan budak itu lalu berkata,
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...