53- The End of The Suffering

3.6K 124 7
                                    

KREKK...

Bunyi pintu bilik kerjanya yang ternyata dibuka daripada luar oleh seseorang itu membuatkan Daim dengan segera mengangkat kepalanya. Dia tahu siapa yang hadir kepadanya pada saat itu. Dia tahu siapa menolak pintu itu daripada luar. Dia tahu siapa orang itu.

Orang itu ialah isterinya sendiri.

Daneen Isabella.

Daneen mulai melangkah masuk ke dalam ruang kerja yang agak besar dan dihias dengan segala barangan dan perabot-perabot bertema klasik itu lalu mengambil tempat duduk di salah satu sofa yang ada di ruangan itu. Tidak jauh daripada meja kerja Daim.

Wajah wanita itu gelisah. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Barangkali hatinya masih gelisah tentang hal siang tadi. Ini dah malam, masih juga dia tak sempat nak luahkan semuanya kepada suaminya. Masih tiada kesempatan baginya untuk menceritakan segala kisah gelap masa lalunya kepada Daim. Padahal suaminya itu memang patut tahu.

"Sunshine?". Tegur Daim yang tahu-tahu sudah duduk sekali di samping Daneen. Entah sejak bila sampai. Cepat betul dia pecut.

"Abang...". Daneen menyahut panggilan Daim dengan suara yang cukup tidak bermaya. Seolah rasa kegelisahan di hati tadi sudah merajai setiap sudut sehinggakan Daneen menjadi serba-serbi tak kena dan takut untuk menuturkan sebarang kata.

"Ya, abang dekat sini. Kenapa, Daneen? Kenapa Daneen tak tidur lagi ni? Hm?". Daim menyoal sambil kedua tangannya mencapai kedua tangan Daneen untuk menenangkan sedikit anggota badan yang bergetar itu.

"Daneen...". Dia jeda sebentar. Daim pula hanya menunggu dengan penuh sabar. Dia tahu yang isterinya itu ingin memberitahu dia sesuatu sejak daripada tengahari tadi lagi.

"I wanna tell you the whole story. The whole story about my past. Macam mana Daneen lalui semua tu. Kenapa Daneen putuskan hubungan dengan abang dulu walaupun masatu kita dah nak kahwin. Kenapa Daneen terpaksa jauhkan diri Daneen dengan abang. Daneen nak cerita semuanya daripada mula. Abang nak dengar?". Ya, ini lah perkara yang daripada tadi menjadi raja di fikiran Daneen.

" Kalau Daneen rasa itu yang terbaik untuk Daneen lupakan segalanya, then tell me every single detail of it. Abang nak dengar. Tapi kalau isteri abang rasa yang dengan cara Daneen cerita dekat abang ni akan membebankan Daneen, you don't have to. Daneen boleh tutup buku tu. Kita akan mulakan semuanya daripada mula. Abang hormat keputusan, Daneen". Walaupun hati Daim membuak-buak ingin tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku lima tahun lepas, tapi dia tetap memahami isterinya itu. Baginya, kalau Daneen taknak bercerita pun takpe.

"I will tell you everything, Waqeel".

"Okay, sunshine. I will be listening to you". Daim tersenyum manis. Kedua tangannya mengusap perlahan tangan Daneen. Cuba untuk menyalurkan kekuatan.

Daneen menarik nafas dalam dan menghelakannya dengan penuh keberatan sebelum mulai membuka cerita,

"Nama dia Ethan Wong. Dia kacukan Melayu-Cina. Masuk Islam masa umur dia 15 tahun tapi tak tukar nama. Daneen kenal dia masa kitorang umur 13 tahun. Kitorang kawan baik. At least, used to be. Tujuh tahun kemudian, Daneen jumpa abang buat pertama kalinya dekat Mc Donald tu. Masatu Daneen tengah tunggu Ethan. Kitorang nak makan sama-sama tapi dia tak datang. Daneen tak tahu kenapa. Rupanya... He did come. Tapi masatu dia lambat, dia nampak kita makan bersama. Dia ingat abang ni teman lelaki Daneen walaupun masatu kita baru kenal. Dan lepastu, kita dah tak jumpa lagi kan? Walaupun abang ada bagi nombor telefon abang dekat Daneen kan?".

Perlahan-lahan Daim mengangguk. Mulutnya dikunci. Dia tak mahu memotong ceritanya isterinya walaupun fakta yang keluar daripada mulut wanita itu sangat mengejutkan.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now