6- "She Doesn't Want It"

4.7K 208 2
                                    

"TUAN Muda dah balik ya? Duduk dulu, nanti Mak Milah buatkan Tuan Muda air ya? Tu--". Belum sempat Mak Milah nak bertanya, dahinya berkerut terlebih dahulu apabila melihat seorang gadis muda elok berbaju kurung berwarna biru lembut berdiri di samping Tuan Muda Daim itu.

Extra notes: Mak Milah merupakan pembantu rumah baharu di rumah keluarga Encik Zakaria ini. Jadi, mungkin dia belum mengenali bekas teman wanita kepada Tuan Mudanya ini. Kalau macam Hyder yang dah lebih 5 tahun duduk berkepit dengan Daim tu, dia tahu, ingat dan kenal la dengan Daneen.

"Tuan Muda, ni siapa ya?". Tanya Mak Milah dengan penuh kelembutan. Nada suaranya dibuat supaya separuh berbisik.

"Ni Cik Daneen Isabella. Dia ni--".

"Cik Daneen ni bakal jadi Puan Muda kita, Mak Milah". Hyder memotong laju percakapan Daim seraya ketawa terkekek-kekek. Sesungguhnya dia suka melihat wajah Daim yang kegeraman setiap kali diusik tentang Daneen.

"Hyder, masuk dapur sekarang atau kau balik". Tegas Daim mengarah. Takut juga la Hyder dibuatnya.

"Baik, Tuan".

Gulp!

Air yang ditelan terasa kelat dek kerana baru sahaja lepas mendengar nada suara garang yang digunakan oleh Daim sebentar tadi.

"Cik Daneen ni pembantu peribadi saya di pejabat, Mak Milah". Daim mengalihkan pandangan matanya ke arah Daneen, mengisyaratkan agar gadis itu menyapa wanita yang sudah berusia hampir separuh abad di hadapan mereka itu.

"Assalamualaikum Mak Milah, saya Daneen Isabella. Mak Milah takyah ber'cik-cik' lah dengan saya. Panggil Daneen je hehe". Daneen mencapai tangan tua itu lalu menciumnya lembut. Satu fakta tentang Daneen ni, dia suka salam orang-orang tua sebab katanya, tangan mereka suam dan nyaman untuk dipegang.

"Waalaikumussalam Daneen. Lahai comelnya girlfriend Tuan Muda ni...". Tangan tua itu baik mencubit geram pipi gebu milik Daneen itu membuatkan gadis itu tersenyum malu.

'Haih, tadi Hyder. Ini Mak Milah pulak?'. Manakala Daim yang sudah pasrah di sebelah Daneen itu hanya mampu mengeluh perlahan. Tak larat dah nak membantah. Makin bantah, makin ramai yang usik.

"Hehe, Mak Milah pun comel...".

"Mana mama, Mak Milah?". Soal Daim setelah habis sesi wanita berdua itu bergeraman dengan kecomelan sesama sendiri.

"Puan Besar ada di dapur. Tengah hidangkan minum pagi. Dia taknak kasi Mak Milah tolong. Katanya nak buat sendiri memandangkan harini Tuan Muda nak bawa orang spesial". Ujar Mak Milah.

"Oh... Takpela, saya pergi jumpa mama dulu".

"Ha boleh boleh. Mak Milah nak minta diri nak bersiap sekejap ni". Kata-kata Mak Milah itu membuatkan dahi Daim berkerut seribu.

"Nak pergi mana Mak Milah?". Pertanyaan Daim itu pula membuatkan Mak Milah tersipu-sipu malu. Haaa, nak keluar dating lah tu kannn? Sebab tu malu-malu ni.

"Entahnya Pak Mail kamu tu nak ajak Mak Milah keluar katanya". Pak Mail ialah tukang kebun yang bekerja untuk menjaga kawasan rumah keluarga Encik Zakaria. Dah sepuluh tahun dah pun berkerja dengan keluarga ni. Pak Mail jugak baru je berkahwin dengan Mak Milah ni lebih kurang empat bulan lepas. Cinta di tempat kerja lah katakan.

"Oh... Have fun Mak Milah". Daim tersenyum segaris.

"Yela, Mak Milah pergi dulu ya?".

Daim mengangguk dan wanita tua itu berlalu pergi menuju ke biliknya yang berada berdekatan dengan ruang tamu itu. Like, few metres away from the living room.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now