43- Successfully Planned

3K 129 9
                                    

"DHAMIR!".

Daripada jauh lagi sudah kedengaran suara seorang wanita yang cukup cukup dirindui Daim memanggil nama anak teruna kecilnya itu. Angkat sahaja wajahnya, terus Daim dapat melihat wajah yang dirindui setengah mati olehnya itu setelah dua tahun tiada bayangan.

Langkah kaki Daneen yang menuju ke arah Dhamir tadi terhenti tidak jauh daripada tempat anaknya berada apabila dia terpandang sebuah figura yang amat dikenalinya. Sosok manusia yang pernah dia sakiti dengan kata-katanya dua tahun lepas.

Belum sempat Daneen ingin bergerak kembali, Daim sudah menghampirinya sambil memimpin tangan si kecil; Dhamir itu.

"Ni, anak kau. Dia sesat tadi lepastu terjumpa aku". Tangan kecil yang dipimpin itu dihulurkan kepada si ibu. Daneen yang masih terpaku seperti patung di situ tidak tahu apa yang patut direspon.

Berkerut-kerut dahi kedua lelaki di hadapannya itu. Diorang macam, 'dah kenapa pula dia ni?'.

Daim berdehem seketika sebelum dia menunduk untuk menyamai paras wajahnya dengan si comel Dhamir di hadapannya itu.

"Aku balik dulu. Kau jangan merayau merata-rata macam tadi lagi. Kesian ibu kau nak cari nanti". Tangannya naik mengusap lembut rambut gebu gebas milik Dhamir itu. Jarang Daim dapat melihat kanak-kanak berambut kerinting asli ni. Itu yang dia teruja sikit tu.

"Faham tak?".

Dhamir hanya mengangguk sebagai respon. Daim lalu berdiri tegak semula, memandang sekilas ke arah Daneen sebelum dia mulai melangkah pergi. Tapi...

... baru sahaja tiga langkah dia pergi ingin meninggalkan tempat itu, ada suara yang begitu dirindui olehnya memanggil namanya buat kali pertama setelah dua tahun. Tempoh yang agak lama bagi Daim sendiri.

"Waqeel".

"Hm?". Tanpa berpaling, dia menyahut. Daim sebenarnya sedang menahan air matanya ketika ini. Daripada tadi dia terasa kecewa entah kenapa tetapi dalam masa yang sama, dia juga merindui gadis manisnya itu. Ingin sahaja dia memeluk erat si gadis tapi dia masih tahu batas.

"Awak... Dah tak ingat saya?". Daneen pula berniat ingin meminta maaf. Meminta maaf kerana telah melukakan hati lelaki yang tidak bersalah itu pada dua tahun lepas namun, pertanyaan itu pula yang terkeluar daripada mulutnya. Entah bagaimana.

"Ingat... Kau wanita yang paling aku cinta. Kau wanita yang paling aku rindu. Tapi kau juga Daneen Isabella. Wanita yang dah tinggalkan aku dua tahun lepas. Wanita yang cakap dia benci dan tak perlukan aku dalam hidup dia. Aku ingat. Aku ingat semua tu dan aku ingat kau, Daneen".

Terdiam gadis itu apabila mendengar luahan berat daripada si lelaki.

"Saya...".

"Aku balik dulu, Daneen. Moga kau gembira dengan keluarga kau sendiri". Pesan Daim sebelum dia betul-betul pergi meninggalkan Dhamir dan Daneen berdua di tengah-tengah ruang legar itu. Kalini bukan lagi terpaku, malahan dahi Daneen berkerut hairan. Keluarga? Apa yang Daim maksudkan dengan keluarga?

Daneen memandang anaknya dan anaknya memandang Daneen.

"What do you think, little sunshine?". Daneen menyoal si kecil itu sebelum Dhamir akhirnya menulis sesuatu di papan hitamnya.

Dia ke orang ibu nak
minta maaf?

"Ya, itulah orangnya. Tapi kenapa dia tak tegur ibu eh? Nak cakap tak ingat, dia cakap dia ingat lagi ibu tadi. Dah la dia ada sebut pasal keluarga kan? Kita mana ada keluarga...". Ligat otak Daneen berkerja mahu memikirkan apa maksud sebenar di sebalik kata-kata Daim itu.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now