47- Week Of Trynna Win Her Pt.2

2.8K 139 4
                                    

HARI KEEMPAT

SETAKAT ni belum muncul lagi lelaki bernama Daim Al Waqeel tu di hadapan Daneen. Yela, sekarang ni pukul 9 pagi. Waktu orang bekerja. Daneen tengah kerja, Daim pun mestilah sedang bekerja. Takkan lah 24 jam dia nak berkepit bawah ketiak si Daneen ni.

Tadi Daneen dah siap menyapu-nyapu sedikit lantai bakeri atau kafe kecil tempat dia bekerja tu. Sekarang ni, dia perlu berjaga di kaunter pula. Harini shif pagi, jadinya ada dia dan seorang gadis lepasan SPM bernama Yana sahaja. Yana tu barista dekat sini. Jadi, Daneen lah yang kena jaga kaunter, sapu-sapu sementara Yana bekerja di belakang; menyiapkan apa yang patut. Tauke kafe ni malas lah nak gajikan ramai pekerja. Yela, kedainya pun kecil je. Tak padan kan?

Kadang-kadang bos nya ada juga singgah ke mari. Nama tauke kedai kek slash kafe ini ialah Haidar Zaheera. Anak kepada seorang usahawan berjaya di Malaysia ni. Katanya kedai ini diberikan olehnya kepada dirinya. Dinamakan sempena dirinya juga. Zaheera's Bakery. Majikan Daneen ini baik dan lemah lembut orangnya.

Tengah-tengah Daneen menongkat dagu di kaunter itu, datang seorang lelaki yang kelihatan agak tergesa-gesa di hadapan kaunter kafe itu membuatkan Daneen dengan serta-merta berdiri.

"Selamat datang ke Zaheera's Bakery. Encik nak pesan apa ya?". Soal Daneen kepada manusia yang seperti pernah dia lihat itu.

"One hot americano".

Pesanan itu kemudiannya ditaip di komputer skrin sentuh di hadapan Daneen. Kemudian...

"Saiz apa ya en--". Belum sempat Daneen nak tanya manusia tu nak kopi itu saiz apa, dia dah berlalu duduk di salah satu kerusi di dalam kafe bakeri itu.

"Erk... Encik?". Daneen cuba memanggilnya.

"What?". Amboi, sombongnya!

"Encik nak hot americano tadi saiz apa ya?".

"Buat jela saiz apa pun! Itu pun tak tahu ke? Dah berapa lama kau kerja kat sini? Ha?!". Lah, rilek lah bang. Daneen tanya je kan?

Tarik nafas, hembus nafas.
Tarik nafas, hembus nafas.

Kalau tak diikutkan rasional, memang Daneen dah baling mesin kopi tu dekat atas muka mamat kerek ni. Sumpah!

" Huh! Yana, nak buat saiz apeni?". Akhirnya, Daneen mengambil inisiatif untuk tanya dekat Yana sahaja.

"Kak Daneen tulis je la saiz grande. Sebab saiz tu paling biasa orang pesan kan?". Kata Yana sambil garu-garu kepalanya yang tak gatal. Dia pun tak tahu nak jawab apa sebenarnya.

"Oh, okay okay...". Daneen akhirnya akur dan menulis perkataan 'grande' di sebelah jenis kopi yang dipesan oleh mamat kerek itu tadi.

Setelah kopi siap dibancuh oleh Yana...

Ting, ting!

Loceng di kaunter itu ditekan oleh Daneen untuk menyedarkan si manusia kerek itu untuk mengambil minumannya. Lelaki itu lalu berdiri dan berjalan ke arah kaunter.

Mukanya yang dah kerek tadi bertambah kerek bila ternampak kopi yang dia pesan tadi.

"What is this?". Soalnya dengan nada yang agak menjengkelkan.

"One hot americano in a grande cup".

"Aku pesan saiz venti kan? Yang kau pergi bagi grande ni apesal?!". Lelaki itu tiba-tiba meninggikan suaranya kepada Daneen.

Daneen menarik nafas sedalamnya sebelum menjawab.

"Ehem, ehem. Tadi, saya ada tanya encik... encik nak saiz apa. Tapi encik tak jawab. Jadi saya buatkan saiz grande saja lah kerana itu yang pelanggan biasa pesan". Daneen masih lagi boleh tersenyum manis. Padahal dalam hati dah rasa macam nak simbah kopi panas ni dekat muka mamat kerek ni.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now