5- Baju Kurung

4.7K 237 1
                                    

DARIPADA tadi Daneen hanya sibuk ke hulu dan ke hilir tanpa menghiraukan suara-suara 'nyamuk' yang sibuk nak meminta maaf tu. Bukan Daneen tak nak maafkan. Cuma dia masih geram. Sekarang ni, bagi dia bertenang dulu... Nanti sikit baru dia maafkan budak dua orang ni.

"Aku minta maaf eh, Daneen?". Pinta Syeeqa buat kali ke seratus juta setengah. Daripada tadi tak berhenti dia ulang ayat yang sama. Nak berdarah dah telinga Daneen dibuatnya.

"Aku pun wey. Kau maafkan lah kitorang eh?". Kalini Adira pula yang membuka mulut. Tapi masih juga kedua-duanya dipalau oleh Daneen. Malas nak bercakap. Harini Daneen berazam yang dia nak jadi pendiam. Bercakap kalau dia perlu menjawab soalan sahaja. Takde mood!

Tak sampai tiga saat dua manusia tu berdiam diri, salah seorang daripadanya membuka mulut lagi. Kalini untuk bertanya pula. Yela, mereka pelik juga... Kawan mereka yang satu ini nak pergi mana? Awal-awal pagi lagi dah bersiap. Biasanya Daneen akan membuta sampai ke tengahari kalau hari-hari cuti macam ni.

"Kau nak pergi mana ni, Daneen?". Tanya Adira.

"Keluar". Mudah sahaja jawapan Daneen. Tangannya sibuk membaiki rambutnya yang cantik dibiarkan lepas itu dihiasi dengan reben cantik berwarna putih di bahagian belakang.

"Dengan siapa? Pergi mana?". Kalini Syeeqa pula bertanya kerana dia merisaui wanita itu. Mana taknya, biasanya Daneen akan memberitahu mereka berdua atau salah seorang daripada mereka jika dia ingin pergi ke mana-mana secara bersendiri. Ini sepatah haram pun tak bagitahu, risau la member tu.

"Dengan Daim. Pergi mana tu aku tak boleh bagitahu sebab nanti korang cakap aku tak move on lagi lepastu kau set up blind date untuk aku lagi sekali". Daneen menjeling mereka berdua seraya menggalas beg tangan bertali panjang itu ke bahu dan berjalan keluar daripada biliknya.

Yup, dua ekor tu ikut sampai dalam bilik Daneen. Punya lah nak minta maaf.

"Oh... Dengan Daim...".
"Oh... Dengan dia...".

Serentak mereka berdua meng'oh'kan jawapan Daneen itu.

"Hm".

Langkah Daneen diatur menuruni tangga untuk ke ruang tamu. Niatnya ingin menunggu Daim di situ. Nak duduk dalam bilik, takut nanti tak sedar kalau-kalau Daim dah sampai. Nak tunggu dekat luar, takut panas. Walaupun ada sesetengah orang cakap cahaya matahari pagi ni baik untuk kesihatan, Daneen tetap tak sanggup nak berjemur di pagi-pagi hari ni. Mahunya cair makeup dia nanti.

Daneen duduk si sofa. Dua orang perempuan itu juga duduk di sofa. Seorang di sebelah kanan Daneen, seorang lagi di sebelah kiri. Daneen memandang mereka bersilih ganti. Sengihan bak kerang busuk dihidangkan oleh mereka kepada Daneen. Something sangat...

"Korang nak apa ni?". Daneen mengeluh kecil sebelum bertanya.

"Kau dah maafkan kitorang ke belum?". Soal Syeeqa sembari matanya dikelip-kelipkan. Buat-buat comel. Mana tahu hati Daneen jadi lembut kan?

Daneen hanya mengangkat bahu, malas.

"Maafkan lah kitorang, Daneen... Please, please, please...". Syeeqa memeluk lengan kiri Daneen, kemas. Pipinya digesel-geselkan ke situ seumpama kucing manja. Ingat comel ke?

"Entahnya Daneen... Nanti aku belanja kau makan. Nak tak?". Tawar Adira. Dia tahu, Daneen takkan pernah tolak makanan.

"Hm. Nanti la aku fikirkan". Daneen tak kira! Dia masih lagi nak merajuk!

"Huwaa...".
"Daneen...".

Merengek la dua orang tu.

Pin! Pin!

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now