KALAU nak dibandingkan dengan kutub utara, rasanya perjalanan pulang ke rumah Daneen ini lagi sunyi daripada kawasan berais itu. Kenanga dan Hyder di hadapan langsung tidak membuka bicara melihatkan Daim dan Daneen yang tiba-tiba mendiamkan diri setelah pulang daripada taman tema tadi. Eh, bukan Daim dan Daneen. Lebih kepada Daneen sahaja.
Daim yang duduk di sebelah gadis itu sudah tidak keruan. Dia ada buat salah ke? Kenapa gadis manisnya ini tiba-tiba sahaja mendiamkan diri? Ke sebab cotton candy tadi dah habis? Tak mungkin la...
"Sunshine, are you okay?". Tegur Daim dengan suara takut-takut. Dia takut jika Daneen tiba-tiba naik angin.
Diam. Langsung tiada respon daripada Daneen. Membuatkan Daim semakin gelisah. Selain daripada kes prank tak berakal haritu, Daneen tak pernah mendiamkan diri sampai macam ni sekali dengannya.
"Daneen?". Panggil Daim lagi. Kalini hujung jarinya menyentuh bahu kiri Daneen untuk menyuruh gadis itu berpaling ke arahnya. Tak bersuara pun tidak mengapa la. Asalkan dia boleh melihat wajah si gadis manisnya itu.
"Apa?". Menggunakan suara yang boleh dikatakan sedingin ais, Daneen bertanya kembali kepada Daim. Dia sudah cukup serabut sekarang ni. Dia mencuba untuk berdiam diri agar amarahnya tidak terlepas kepada sesiapa.
"Pandang aku sekejap, Daneen".
"Kau nak apa, Waqeel?".
Ada dua benda yang membuatkan Daim terkejut habis. Satu, kedua mata Daneen yang sudah memerah, berair, dan sembab itu. Seolah sedang ingin menangis. Untung sahaja gadis itu pandai menahan air matanya daripada jatuh. Kedua, kata ganti diri yang telah ditukar oleh Daneen.
'Aku ada buat salah ke?'. Soal jejaka itu sendiri.
"Kenapa ni? Aku ada buat salah ke?".
Soalan Daim itu membuatkan Daneen menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dia menjawab,
"Kau tanya aku, Waqeel? Kau patut tanya diri kau tu?! Kau tanya diri kau sendiri, apa yang kau dah buat, Waqeel? APA YANG KAU DAH BUAT?!!". Amarah yang tertahan, akhirnya terlepas juga. Membuatkan semua manusia yang ada di dalam kereta itu terpana dengan perubahan sikap Daneen secara tiba-tiba ini. Hyder dan Kenanga di hadapan malas menyampuk kerana tidak mahu ikut campur dalam urusan peribadi Daim dan Daneen itu.
"Ya Allah, aku buat apa? Kau tak bagitahu aku, macam mana aku nak tahu?". Daim meraup wajahnya menggunakan kedua-dua tangannya. Dia boleh dikatakan cukup tertekan dengan situasi sekarang ini. Dia langsung tak faham mengapa Daneen tiba-tiba sahaja memarahinya.
"FUCKING ASK YOURSELF, DAIM AL WAQEEL!". Tengking Daneen, kuat. Tersentak bahu Daim dibuatnya. Daneen tidak pernah menengkingnya sehebat itu sebelum ini. Tak pernah. Walaupun jika gadis itu sedang memarahinya sebelum ini.
Daim mengeluh berat sebelum membuka mulut,
" Stop the car, Zafran". Arah Daim dan tanpa banyak bunyi lagi, terus Hyder memberhentikan kereta itu ke bahagian tepi jalan yang sudah mahu masuk ke kawasan perumahan Permata, kawasan tempat tinggal Daneen itu."Aku tak tahu apa yang aku dah buat sampai kau marah aku macam ni sekali, Daneen. But I need you to let me know, sunshine. I need to know and Im so sorry in advance. I will do anything for you to forgive me". Daim kini sudah berpaling sepenuhnya ke arah Daneen.
Di sisi lain,
"Kenanga, awak pakai ni okay?". Hyder menghulurkan sebuah headphone kepada Kenanga. Lagu Taylor Swift kegemaran lelaki itu sudah pun terpasang and connected to the headphone.
"Kenapa?". Kenanga cukup keliru sekarang ni. Keliru dengan tindakan Hyder dan keliru dengan situasi yang berlaku.
"Pakai je, okay? Nanti dah habis hal diorang, saya bagitahu". Hyder menjawab persoalan Kenanga itu dengan tenang bersama sebuah senyuman manis.
![](https://img.wattpad.com/cover/340055857-288-k243811.jpg)
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...