38- Wounds

2.8K 126 5
                                    

RALIT betul Daneen menonton channel YouTube 123 Go itu. Sesekali pandangannya dikalihkan ke arah jam yang tergantung di dinding bilik bekerja itu. Angka jam tersebut menunjukkan pukul 11.30 pagi. Sudah lebih kurang sejam lebih Daim pergi meninggalkannya sendiri di ruangan ini.

Berkeroncong juga perut Daneen dibuatnya. Niatnya yang ingin makan makanan yang dibelikan oleh Daim sebentar tadi terbatal apabila dia teringatkan janji lelaki itu yang ingin menemaninya makan sebaik sahaja dia selesai bermesyuarat. Terus Daneen sandarkan balik badannya ke sofa.

Tengah duk sibuk mengeluh sebab lama sangat tunggu Daim tu, tiba-tiba ada seorang wanita masuk ke dalam bilik itu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Barangkali sudah tahu yang bos besar tiada di dalam.

And no, she wasn't Raisya.

Wanita itu merupakan staf syarikat ni yang bergaduh dengan Daneen haritu. Alah, yang pasal baju Daneen tu. Yang cakap baju Daneen ni macam nak goda Tuan Muda mereka tu. Ha, perempuan tu. Tapi kalini dia datang sendiri tanpa temannya yang seorang lagi tu.

Daneen pandang dia, dia pandang Daneen. Yang pastinya pandangan seorang itu pandangan yang terkejut manakala seorang lagi pandangan yang seolah-olah annoying dengan kehadiran si 'dia'. Guess which one which.

"Oh... Patut lah tak datang kerja. Sedap duduk melepak dalam bilik Tuan Muda rupanya". Perempuan yang Daneen percaya bernama Izara itu mulai berjalan ke arahnya dan berkata-kata. Senyuman sinis turut dihidangkan.

Malas nak melayan Izara, Daneen sambung menonton rancangan YouTube yang masih terpasang di kaca televisyen seluas entah berapa inci tu (malas nak buat research, kalau aku main letak je nanti korang cakap aku melalut pulak). Dia memang sentiasa tiada angin nak layan manusia-manusia dengki macam ni.

"Apa sebenarnya erk hubungan kau dengan Tuan Muda? Eh, Puan Besar pun tak pernah la duduk bersahaja macam ni dalam bilik Tuan Muda". Geram dengan reaksi bersahaja Daneen, Izara bertindak menolak bahu gadis di hadapannya ini dengan fail yang dia pegang.

"Aku bercakap dengan kau ni, perempuan. Tak dengar ke?". Kalini, jari telunjuknya pula yang digunakan untuk menunjal kepala Daneen. Terteleng gadis itu dibuatnya. Tapi, Daneen masih memasang riak bersahaja dan dengan selamba badaknya sempat lagi dia menekan-nekan alat kawalan jauh televisyen itu untuk menukar channel YouTube.

"Hei, perempuan!".

Pap!

Okay...

Kalini dah melampau.

Izara dengan sengaja menggunakan fail yang dipegang olehnya tadi untuk menampar kuat pipi Daneen sehingga gadis itu sekali lagi terteleng ke tepi. Lebih kuat sehingga hampir sahaja dia tercium sofa yang didudukinya.

Daneen yang sudah menyirap darahnya itu bangun berdiri dan mencerlung tajam ke arah Izara.

"Daripada hari pertama kan kau tak puas hati dengan aku? Why? You got a problem with me, dumbass?". Terjungkit hujung bibir Daneen yang sudah mulai mengeluarkan darah daripada luka kecil kesan tamparan fail tadi.

"Kau panggil aku apa, perempuan?!". Pekik Izara.

"Dumbass. D.U.M.B.A.S.S. Dumbass. Atau dalam erti kata lain, si bodoh!". Siap dengan ejaan diberikan oleh Daneen. Makin berapi Izara dibuatnya. Sampai kalau logik, boleh nampak kepulan asap keluar daripada kedua lubang telinganya.

"Perempuan tak tahu malu!". Hujung kasut tumit tinggi yang tajam itu naik menyepak tulang kering kaki Daneen membuatkan gadis itu menyeringai kesakitan. Izara lalu tersenyum puas.

"You son of a bit--".

"Daneen Isabella".

Belum sempat tangan dihayunkan ke pipi Izara, namanya dipanggil oleh seseorang dengan suara yang tenang tetapi cukup tegas membuatkan dia berpaling ke arah pintu.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now