3- Blind Date (failed)

5K 229 16
                                    

"YOU DID WHAT?!".

Daneen menjerit sampai kalau boleh nak runtuh rumah sewa mereka bertiga itu. Sampai kalau boleh nak kasi jiran rumah yang paling hujung sekali dengar. Memang itu pun niatnya kerana sekarang ni dia terasa nak penyet-penyet je dua orang rakan serumahnya ini. Adira dan Syeeqa.

"Hehehe, kau pergi ya? Kitorang dah tolong set kan date". Adira memeluk lengan Daneen, memujuknya untuk ikut sahaja rancangan dia dan Syeeqa.

"Taknak lah aku!". Bantah Daneen sekeras-kerasnya sambil menepis kasar tangan Adira yang tadinya melingkar di lengannya itu.

"Alah Daneen, ini untuk kebaikan kau juga. Kau cakap kau nak cuba lupakan ex kau yang masih tak boleh nak move on walaupun dah tiga tahun tu kan? Ha, ini aku ngan Dira nak tolong kau lah ni. Kau pergi lah ya? Lelaki tu baik. Dia kawan abang aku. Aku jamin lah dia akan suka kau". 'Bekas' yang dimaksudkan ialah Daim. Dan sudah tak terkira berapa banyak kali Syeeqa nak puji lelaki yang entah siapa-siapa tu. Ini mungkin dah masuk kali ke-282628822992.

"Tapi bukan dengan cara ni. Aku. Tak. Suka". Daneen melabuhkan ke atas sofa berdekatan lalu menekup muka sendiri. Sumpah dia tak suka dengan rancangan mengarut teman-temannya ini!

Daneen baru sahaja merancang ingin berehat-rehat sahaja di rumah pada hujung minggu ini setelah seminggu penat bekerja dengan majikan barunya yang teramat menjengkelkan itu. Alih-alih baru sahaja dia balik daripada kerja tadi, dia disambut dengan berita buruk daripada Adira dan Syeeqa.

Mereka berdua tiba-tiba sahaja memberitahu yang mereka sudah meng- set up kan satu blind date untuk Daneen dengan seorang lelaki yang merupakan kawan kepada abang Syeeqa. Namanya pun Daneen dah ingat-ingat lupa. Apa eh nama mamat tu? Ya... Ya-z... Yazid! Ha Yazid namanya.

Daneen pun apa lagi, mengamuk teruk la dia tadi. Ini je dah tenang sikit walaupun tak tenang sangat.

"Sekaliii ni je, Daneen". Pujuk Adira bersungguh.

"Ye dho. Pastu kau balik je daripada date tu, aku belanja kau makan. Cun tak?". Tawar Syeeqa menggunakan usahanya yang terakhir. Dia tahu, Daneen pasti tidak akan mampu untuk menolak tawaran yang satu ini kerana Daneen dan makanan ialah kekasih sejati. Pantang berpisah!

Dengar sahaja perkataan 'makan' tu, terus Daneen mengangkat mukanya. Kembali memandang Adira dan Syeeqa yang sudah tersenyum lebar.

"Makan kat mana?". Soal Daneen seolah tertarik membuatkan Adira dan Syeeqa berpandangan sesama sendiri seraya menampalkan senyuman yang semakin melebar.

"Anywhere you want". Balas Syeeqa.

"Dekat restoran Gordon Ramsay tu pun takpe. Aku bayar. Apa-apa je kau nak makan". Adira Ruhaila, bercakap bagi pihak manusia paling kaya di situ. Dia punya kaya tu sampaikan masa mereka mula-mula nak sewa rumah ni dulu, Adira yang tanggung sewa setiap bulan sorang-sorang. Namun, ditegah oleh Daneen dan Syeeqa.

Daneen berfikir seketika sebelum berkata,

"Hm". Lebih kepada menggumam je ni sebenarnya.

"Kau nak pergi lah ni?". Tanya Adira semakin teruja.

"Ya. Kat mana dan bila?". Daneen mencapai alat kawalan jauh yang ada di hadapan lalu dimain-mainkan di tangan.

"Yayyy!".
"Yoohooo!".

Sempat lagi dua ekor tu bersorak sebelum barulah salah satu daripada mereka menjawab,

"One of the restaurants in Pavilion. Aku lupa nama dia, nanti aku tanya Yazid balik. Waktunya esok, pukul 1 dia datang ambil kau". Terang Adira.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now