KENANGA menghampiri seorang gadis yang sedang duduk sambil menggoyangkan kaki kirinya manakala kaki kanan gadis itu pula terlihat tertampal dengan sejenis fabrik. Mungkin sahaja kaki kanan gadis itu terluka kan?
Di tangan Kenanga ada sekeping kad yang menyerupai kad identifikasi diri (identification card or IC) tetapi berwarna merah jambu yang tak terlalu menyerlah. Barangkali lesen memandu seseorang.
Sampai sahaja di hadapan gadis yang mempunyai kaki bertampal itu, Kenanga terus membuka mulut seolah ingin bertanya sesuatu.
"Hai". Sapa Kenanga, mesra. Walaupun dia jarang berbual dengan orang yang tidak dikenali, tapi kalini dia terpaksa. Kalau tidak sampai ke sudah lah dia tak dapat nak pulangkan lesen memandu itu kepada pemiliknya. Malu bertanya sesat jalan kan?
Terus Daneen mengangkat kepalanya ke atas apabila terasa ada yang menyapanya.
Ternyata betul lah, ada seorang gadis comel berkaca mata bulat yang sedang berdiri tepat di hadapannya. Nak cakap budak sekolah, tak logik pula kerana dia terlihat seperti seorang wanita dewasa. Nak kata dewasa sangat, tak juga. Sebab Kenanga terlihat terlalu polos di mata Daneen.
"Hai!". Daneen membalas sapaan Kenanga dengan penuh keceriaan.
"Erm... Tumpang tanya, awak kenal tak sesiapa nama Hyder Zafran yang kerja dekat sini?". Sejurus selesai persoalan Kenanga itu, mereka berdua mendongak memandang ke atas signboard (?) gergasi yang terlekat di bangunan di hadapan mereka yang tertulis Infinity LInes Holdings itu.
'Dia cari Hyder?'. Bicara Daneen sendiri lantas matanya beralih ke arah kad merah jambu yang dipegang oleh Kenanga.
"Kenal. Dia bodyguard kawan saya. Kenapa ya?".
"Erk... Kalau saya cakap ni, awak jangan salah faham tau". Pinta Kenanga terlebih dahulu kerana dia yakin sesiapa sahaja yang mendengar ceritanya ini akan memikirkan perkara yang bukan-bukan.
Daneen mengangguk sekali. Buat apa dia nak salah faham kalau dia tak tahu perkara sebenar kan? Adalah baiknya kalau dia dengar kesemua cerita gadis comel di hadapannya ini dahulu. Tak nak la nanti timbul perasaan bersangka buruk pula.
"Haritu Hyder ada makan tengahari dekat rumah saya with my dad sekali. Lepastu, dia tertinggal ni. Nasib baik dia ada bagi saya business card dia haritu. Jadi, saya datang la sini. Saya dah cuba telefon dia tapi tak berjawab. Mungkin dia sibuk kut". Kad merah jambu itu dihulurkan kepada Daneen tetapi belum sempat gadis itu menyambut, ada tangan lain yang mencapai.
"Kau kawan Hyder?". Dingin berais suara itu bertanya. Seolah-olah empunya suara sedang datang bulan, padahal dia memang macam tu. Siapa 'dia' tu? Daim. Daim Al Waqeel. Sejenis manusia yang tak pernah nak maniskan muka kalau dengan orang yang tak berapa dia nak rapat atau kenal. Kalau orang tak kenal dia tengok, mesti orang cakap dia sombong.
"Y-ya...". Tergagap Kenanga dibuatnya. Mungkin sedikit gentar dengan figura bertubuh agak sasa dengan ketinggian lebih kurang sama dengan Hyder di hadapannya ini.
"Waqeel! Jangan lah takut-takut kan dia". Laju sahaja tangan Daneen naik mencubit sisi perut Daim membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan.
"Ouch! Im not. Ini kan memang suara aku". Suara yang tegas tadi tiba-tiba sahaja bertukar menjadi suara yang cukup manja apabila jejaka yang Kenanga percaya namanya Waqeel itu bercakap dengan gadis cantik di bangku itu. Pelik juga Kenanga. Secepat itu mood lelaki itu berubah.
"Sorry tau, awak. Dia ni memang macam ni". Daneen menjeling lelaki yang sedang menggosok perut di sebelahnya itu.
"By the way, saya Daneen Isabella. Panggil je Daneen. Ini kawan saya, Daim. Hyder tu kawan kitorang. Dia ada dekat mana entah. Tengah tunggu dia juga ni. Nanti dia sampai kut". Daneen menghulurkan tangannya kepada Kenanga dan gadis comel itu sambut.
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...