35- Soft Spot

3.3K 135 1
                                    

TIDAK sudah-sudah Daim menangis dalam solatnya. Meminta ampun kepada Allah Yang Maha Esa tentang apa yang sudah berlaku di dalam kereta tadi.

Sungguh, dia berasa begitu berdosa sekali. Jikalau saja dia mengelak tadi. Jikalau lah dia menolak Daneen daripada terus mencium dadanya tadi, tanda merah ini tidak akan wujud. Namun, dia tumpas. Daim tumpas dalam kemelut itu. Nasib baik nafsu lelakinya tidak memaksa dia untuk terus melukai wanita kesayangannya itu. Seteruk mana pun dia mahukan Daneen kembali, dia TIDAK AKAN PERNAH menodai gadis itu.

Doa panjang lebar dipanjatkan kepada Allah agar Dia boleh mengampunkan dosa Daim yang satu ini. Terasa amat berat di hati lelaki itu dengan dosanya yang satu ini. Terasa terbeban dengan dosa yang satu ini.

"Amin yarabbal alamin...". Kedua telapak tangannya disapukan ke muka. Air matanya juga dikesat menggunakan hujung lengan baju kurta putihnya itu.

Daim turun daripada sejadah dan melipatkan kain itu menjadi lipatan kecil untuk disangkut semula ke tempatnya dengan mudah.

Sedang dia berjalan ke arah tempat menyangkut sejadah itu, terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya. Seolah-olah ada seseorang di luar ruangan itu. Mungkin sahaja Hyder atau Puan Rohaini atau...

... Daneen.

Tok, tok, tok!

"Daim...". Oh, itu suara Puan Rohaini.

"Ya ma?". Daim bersuara di sebalik pintu itu. Masih kedengaran bunyi esakannya yang entah bila nak sudah itu. Betapa dia terasa besarnya dosanya dengan Allah pada saat ini. Sampaikan lencun lengan baju kurtanya itu.

"Daneen dah bangun. Pergi tengok dia sekejap, sayang. Dia nak jumpa kamu tu". Bicara Puan Rohaini lembut. Niatnya ingin menghantar makanan kepada Daneen yang sudah tersedar itu tadi, tapi gadis itu meminta untuk Puan Rohaini memanggil Daim.

"Baik, ma. Nanti Daim pergi".

"Hm, okay lah kalau macam tu. Mama turun dulu ya? Nak hidang makan malam. Nanti suruh Daneen habiskan makanan dia tu, lepastu kamu turun makan". Sempat lagi Puan Rohaini meninggalkan pesanan sebelum berlalu pergi apabila tiada respon yang diberikan oleh anak terunanya itu.

Daim ternyata hanya mengangguk kecil sebelum sejadah yang dipegang akhirnya disangkut dan kakinya dihayun ke arah pintu utama biliknya itu.

Daun pintu dipulas dan pintu dikuak untuk dirinya terus melangkah pergi ke kamar sebelah. Lebih tepat lagi, bilik di mana Daneen dibawa masuk olehnya sebaik sahaja sampai ke rumah pada petang tadi.

Pintu bilik sebelah itu diketuk sebelum ditolak sedikit apabila melihatkan yang ianya sudah terkuak ke dalam. Sudah terbuka. Barangkali kerana mamanya sudahpun masuk ke dalam bilik berdinding kelabu itu sebentar tadi.

Krek...

Bunyi tolakan pintu itu membuatkan lamunan Daneen yang sedang duduk di birai katil itu terhenti. Pandangannya serta-merta beralih kepada figura yang berdiri di hadapan pintu yang sudah terbuka luas itu.

Kedua-dua daripada mereka berdiam diri sebentar sebelum Daneen bertindak untuk berjalan laju ke arah figura yang masih berdiri tanpa riak di hadapan muka itu.

Sampai sahaja di hadapan Daim, mata heterocromia cantik milik lelaki itu ditenung tajam oleh Daneen. Dan tanpa boleh diagak oleh sesiapa pun, tangan gadis itu diangkat tinggi dan dengan kelajuan yang maksima, dia menampar pipi Daim. Sehingga terteleng lelaki itu ke tepi. Tak cukup dengan itu, dada lelaki itu juga ditumbuk-tumbuk kuat sehingga tergerak badan Daim seinci ke belakang. Butang kurta lelaki itu dibuka tapi kalini dengan penuh amarah. Bukan lagi godaan.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now